[20] ✿ܓ♥ NAFAS ITU KEHIDUPAN
Nafas adalah modal untuk perniagaan kamu di dunia. Jika kamu pandai mengendalikannya, kamu akan mendapat laba (keuntungan di akhirat). Jika kamu tidak menghagainya, kamu akan menangis dengan penyesalan yang amat sangat di akhirat nanti.
Kehidupan hanya di antara naik dan turun nafasmu. Jika ia naik tanpa turun atau turun tanpa naik, kamu akan mati. Hargailah nafas yang masih berhubung dengan jasadmu dengan tidak lupa pada-Nya walau setiap detik. Berniagalah ke jalan ALLAH, kamu tidak akan mengalami kerugian.
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
" Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya? dan ia Maha Kuasa (Membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)." [Al-Mulk: 2]
[21] ✿ܓ♥ AGAMA PEDOMAN HIDUP
Mempelajari agama bukanlah mempelajari akhirat semata-mata. Mempelajari agama adalah mempelajari pengurusan kehidupan supaya memiliki kejayaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Agama datang mengajar pengurusan diri, keluarga, masyarakat dan negara berdasarkan wahyu ALLAH, bukannya pengurusan yang berdasarkan nafsu dan aqal.
Agama datang bukannya menyuruh meninggalkan dunia tetapi menguruskan dunia dengan pengurusan yang betul dan baik. Mengabaikan agama adalah suatu kebodohan dan penderitaan, pengurusan kehidupannya menuju ke martabat haiwan dan syaitan yang menyesatkan.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
" Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (seluruhnya); dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata." [Al-Baqarah: 208]

[22] ✿ܓ♥ KEJAYAAN HAKIKI
Barat mengajak manusia kepada kejayaan dunia smata-mata. Sedangkan Nabi menyeru manusia kepada kejayaan dunia dan akhirat. Kejayaan hakiki ialah kejayaan yang mendapat barakah, mereka diberi prtolongan oleh ALLAH di dunia dan akhirat. Jangan memisahkan dunia dan akhirat krana sgala prbuatan dunia walau satu zarah sekalipun akan membawa kesan di akhirat. Pandai-pandailah mengendalikan pelayaran kehidupan ini, jangan sampai tenggelam atau tersasar ke pulau yang lain.
وَمَا هَٰذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَهْوٌ وَلَعِبٌ ۚ وَإِنَّ الدَّارَ الْآخِرَةَ لَهِيَ الْحَيَوَانُ ۚ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
" Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan semata-mata; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini)." [Al-Ankabut: 64]
[23] ✿ܓ♥ PILIHAN ITU DI TANGANMU
Untuk mencipta kehidupan sama ada bahagia atau derita, ia terletak di tanganmu, ia adalah pilihanmu. Jika kamu mahu kebahagiaan, sucikan dirimu dari sifat mazmumah. Jika kamu mahu derita, ikutlah nafsu mazmumahmu dan jangan membuangnya. Penderitaan dan kebahagiaan bukannya tletak pada luaran, tetapi ia di dalam dirimu sendiri. Neraka kehidupan itu ialah apabila hatimu buta dengan ALLAH, sedang Syurga kehidupan itu ialah apabila hatimu terpancar padanya cahaya makrifat.
وَمَن كَانَ فِي هَٰذِهِ أَعْمَىٰ فَهُوَ فِي الْآخِرَةِ أَعْمَىٰ وَأَضَلُّ سَبِيلًا
" Dan sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya." [Al-Israa': 72]

Tiada ulasan:
Catat Ulasan