Khamis, Disember 15

RISALAH AL QUSYAIRI BAB 16: QANAAH

مَنۡ عَمِلَ صَـٰلِحً۬ا مِّن ذَڪَرٍ أَوۡ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤۡمِنٌ۬ فَلَنُحۡيِيَنَّهُ ۥ حَيَوٰةً۬ طَيِّبَةً۬‌ۖ وَلَنَجۡزِيَنَّهُمۡ أَجۡرَهُم بِأَحۡسَنِ مَا ڪَانُواْ يَعۡمَلُونَ 
Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan. (An- Nahl: 97)
Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah saw telah mengatakan, “Qanaah itu adalah harta kekayaan yang tidak boleh habis.”
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw telah berkata, “Jadilah orang yang menghindari (yang haram), maka engkau akan menjadi orang yang paling bersyukur. Inginkanlah bagi orang lain apa yang kau inginkan bagimu sendiri, nescaya engkau akan menjadi orang beriman. Jadilah tetangga yang baik nescaya engkau akan menjadi seorang Muslim. Dan janganlah banyak tertawa, sebab banyak tertawa itu mematikan hati.”
Dikatakan, “Orang-orang miskin itu mati, kecuali mereka yang dihidupkan Allah dengan kebesaran qanaah.”
Abu Sulaiman Ad-Darani berpendapat, “Hubungan qanaah dengan redha adalah seperti hubungan antara maqam warak dengan zuhud.” Qanaah adalah awal redha, dan warak adalah awal zuhud.
Abu Bakr Al-Maraghi menangani urusan dunianya dengan qanaah, dan tidak bergegas-gegas, tapi menangani urusan akhiratnya dengan penuh kerakusan dan ketergesaan, urusan agamanya dengan ilmu dan mujahadah.
Abu Abdullah bin Khafif menyatakan, “Qanaah adalah meninggalkan keinginan terhadap apa yang telah hilang atau yang tidak dimiliki dan menghindari bergantungan kepada apa yang dimiliki.”
Dikatakan mengenai firman Allah SWT bermaksud, “Allah akan menganugerahi mereka dengan rezeki yang berlimpah,” bahawa yang dimaksud di sini adalah qanaah.
Dikatakan juga, “Orang yang selalu berpaling pada Tuhan dalam setiap keadaan, akan dianugerahi-Nya qanaah.”
Salah seorang sufi ditanya, “Siapakah yang paling qanaah di antara ummat manusia?” Dia menjawab, “Iaitu orang yang paling berguna bagi ummat manusia dan paling sedikit tuntutannya kepada mereka dalam soal rezeki.”
Dikatakan dalam kitab Zabur, “Orang yang qanaah adalah orang yang kaya sekalipun dia dalam keadaan lapar.” Dikatakan, “Allah SWT menempatkan lima perkara dalam lima tempat. Keagungan dalam ibadah, kehinaan dalam dosa, berbakti dalam bangun malam, kebijaksanaan dalam perut yang kosong, dan kekayaan dalam qanaah”
“Lakukanlah pembalasan terhadap kerakusanmu dengan qanaah sebagaimana engkau membalas dendam kepada musuhmu dengan qisas,” nyata Ibrahim al-Maristani.
“Orang yang qanaah akan menemukan kelapangan dari kecemasan dan berjaya atas segala sesuatu.”
Kaum sufi sering membacakan syair berikut, “Bagi seorang pemuda, lapar yang ditahan dengan terhormat, lebih baik dari kekayaan yang disertai kehinaan.”
Dalam suatu cerita disebutkan, “Seorang laki-laki melihat seorang yang bijaksana sedang memakan potongan-potongan sayur yang dibuang di tempat cucian, dan berkata kepadnaya, “Jika anda mahu bekerja dengan sultan, nescaya anda tidak perlu makan makanan sebegini.” Orang bijak itu menjawab, :Dan anda, seandainya anda mahu berqanaah dengan makanan begini, nescaya anda tidak perlu mengabdi kepada sultan.”
Dikatakan, apabila burung helang terbang, ia begitu gagah perkasa dan jarak dari jangkauan penglihatan dan intaian si pemburu, tetapi apabila dia menginginkan bangkai yang tergantung pada tali jerat, maka dia turun dari terbangnya dan tertangkap di dalam jerat.”
Dikatakan bahawa Musa as berbicara tentang kerakusan, katanya,
فَٱنطَلَقَا حَتَّىٰٓ إِذَآ أَتَيَآ أَهۡلَ قَرۡيَةٍ ٱسۡتَطۡعَمَآ أَهۡلَهَا فَأَبَوۡاْ أَن يُضَيِّفُوهُمَا فَوَجَدَا فِيہَا جِدَارً۬ا يُرِيدُ أَن يَنقَضَّ فَأَقَامَهُ ۥ‌ۖ قَالَ لَوۡ شِئۡتَ لَتَّخَذۡتَ عَلَيۡهِ أَجۡرً۬ا 
Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu dia membinanya. Nabi Musa berkata: Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya! (Al-Kahfi: 77)

Nabi Khidir lalu berkata kepadanya,
قَالَ هَـٰذَا فِرَاقُ بَيۡنِى وَبَيۡنِكَ‌ۚ سَأُنَبِّئُكَ بِتَأۡوِيلِ مَا لَمۡ تَسۡتَطِع عَّلَيۡهِ صَبۡرًا 
Dia menjawab: Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya. (Al-Kahfi: 78)
Dikatakan ketika Musa as mengucapkan kata-kata itu, seekor rusa berhenti di hadapan keduanya. Mereka berdua lapar; sisi tubuh rusa yang menghadap Musa as dagingnya masih mentah, manakala sisi yang menghadap Nabi Khidir as dagingnya sudah cukup masak.
Mengenai firman Allah SWT:
إِنَّ ٱلۡأَبۡرَارَ لَفِى نَعِيمٍ۬ 
(Gunanya catatan malaikat-malaikat itu ialah: Untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) kerana sesungguhnya: Orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat. (Al-Infithar: 13), dikatakan bahawa na’im disini maksudnya adalah qanaah di dunia.
وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا ٱلۡعَقَبَةُ
فَكُّ رَقَبَةٍ


“Tahukah kamu apakah jalan yang mendaki lagi sukar itu? (Iaitu) melepaskan budak dari perbudakan.” (Al-Balad, 90:12-13) ayat ini beerti, “membebaskan orang dari kerendahan sifat kikir”
وَقَرۡنَ فِى بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجۡنَ تَبَرُّجَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ ٱلۡأُولَىٰۖ وَأَقِمۡنَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتِينَ ٱلزَّڪَوٰةَ وَأَطِعۡنَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۚ ۥۤ إِنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيُذۡهِبَ عَنڪُمُ ٱلرِّجۡسَ أَهۡلَ ٱلۡبَيۡتِ وَيُطَهِّرَكُمۡ تَطۡهِيرً۬ا


Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji). (Al-Ahzab:33) “beerti menghilangkan sifat kikir dan iri - melalui sifat murah hati dan tidak lokek dalam memberi”
وَلَقَدۡ فَتَنَّا سُلَيۡمَـٰنَ وَأَلۡقَيۡنَا عَلَىٰ كُرۡسِيِّهِۦ جَسَدً۬ا ثُمَّ أَنَابَ
قَالَ رَبِّ ٱغۡفِرۡ لِى وَهَبۡ لِى مُلۡكً۬ا لَّا يَنۢبَغِى لِأَحَدٍ۬ مِّنۢ بَعۡدِىٓ‌ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ ٥
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji Nabi Sulaiman (dengan satu kejadian), dan Kami letakkan di atas takhta kebesarannya satu jasad (yang tidak cukup sifatnya) kemudian dia kembali (merayu kepada Kami): (34) Katanya: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya. (Shaad: 35) beerti, “anugerahkanlah kepadaku darjat qanaah yang tidak tersaing oleh siapa pun, yang dengannya aku akan merasa puas dengan ketentuan-Mu”
Abdul Wahab, bapa saudara Muhammad bin Farhan menuturkan, "Aku sedang duduk-duduk bersama Al-Junaid ketika musim haji, dan di sekelilingnya ada sekelompok besar orang bukan Arab, dan termasuk beberapa orang yang telah dibesarkan di lingkungan orang Arab. Seseorang datang kepadanya dengan membawa wang lima ratus dinar, yang diletakkannya di hadapan Junaid, sambil berkata, "Bahagikanlah wang ini kepada orang-orang miskin di sini."
Junaid bertanya, "Apakah kamu masih punya wang selain ini?" Dia menjawab, "Ya, aku masih punya banyak." Junaid bertanya lagi kepadanya, "Apakah kamu ingin memperoleh lebih banyak dari yang kamu miliki sekarang?" Dia menjawab, 'Ya." Maka Junaid lalu berkata kepadanya, "Ambillah kembali wangmu ini, sebab engkau lebih memerlukannya daripada kami."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan