Isnin, Disember 16

.:: Kalam Hikmah ::.

Saya melihat tiadalah keutamaan dalam membincangkan tentang karamah, kasyaf, ilham, firasat, mimpi, wali-wali ghaib, syeikh-syeikh yang hebat, perubatan, persoalan imam Mahdi dan dunia mistik yang lain. Sebaliknya agenda membangunkan ummah, keimanan, kasih sayang, kefahaman, amal, mujahadah, dakwah, jihad adalah lebih besar dan utama untuk dibincangkan.

Pada saya yang dhaif ini, ukuran natijah kerohanian dalam pengalaman Tariqat Tasawuf bukannya dilihat dari segi apa yang ia dapat dari alam ghaib seperti bisikan, mimpi yang hebat, karamah, firasat yang hebat, kelebihan perubatan atau persilatan. Tetapi, ukuran kehebatan kerohaniannya yang sebenar ialah keimanan, ketakwaan, tercabutnya mazmumah, ubudiyyah, pelaksanaan syariah, akhlak, ibadah, cinta ALLAH, Rasul, akhirat, warak, khusyuk dalam ibadah, ketenangan menghadapi musibah, mencintai dakwah dan jihad.

al-faqir ilaLlah Ibrahim Mohamad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan