Sebagaimana bidang-bidang yang lain seperti politik, agama, bidang ilmu
tarikat atau tasawuf tidak sunyi dan tidak terkecuali daripada
penyelewengan dan kesesatan. Islam yang sedemikian jelas, kerasulan
Muhammad SAW yang sedemikian terang masih cuba diselewengkan dan
disesatkan oleh musuh-musuh Islam. Jika dibandingkan dengan
bidang ilmu yang lain, maka ilmu tasawuf lebih terdedah kepada
penyesatan dan penyelewengan. Sejarah membuktikan bahawa tasawuf
terutama tarikatnya telah dan sentiasa menjadi saluran dan lindungan
yang lebih selamat kepada musuh-musuh Islam untuk menyesatkan dan
menyelewengkan kesucian aqidah, kelurusan syariat dan kebenaran agama
ALLAH.
Selain fakta sejarah, penyelewengan dan dan penyesatan dalam tarikat tasawuf diakui oleh semua tokoh sufi dan juga ulama rabbani pada setiap masa. Sejak Imam Malik (r.a), sehinggalah kepada zaman Imam al-Qusyairi, zaman Hujwiri dan zaman al-Ghazali sehinggalah zaman terakhir para ulama rabbani dan immahnya telah memperingatkan umat sezamannya supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati dari terjebak ke dalam perangkap kesesatan dan penyelewengan yang berselindung di sebalik nama tasawuf. Bahkan mereka telah menegaskan bahawa yang mendorongkan mereka menulis kitab-kitab yang menjadi rujukan penting dalam tasawuf ialah untuk menjelaskan konsep tasawuf yang sebenar serta perjalanan para tokohnya yang menjadi ikutan di samping mengingatkan bahaya kesesatan dan penyelewengan yang mempergunakan nama tasawuf.
Antara penyelewengan dalam tasawuf ialah sikap sesetengah guru suka menceritakan kelebihan diri dan cerita-cerita pelik kepada murid-muridnya. Apakah matlamatnya? Tidakkah ia berunsur riya' yang halus? Menyatakan firasat untuk membantu menguatkan agama tidak mengapa. Tetapi terlalu bermain dengan firasat, hal-hal kerohanian yang tiada apa faedah pada agama dan hanya untuk menyatakan kehebatan, apakah tujuannya? Lebih-lebih lagi ahli sufi terkenal sebagai orang yang amat halus dan tajam pandangannya terhadap tipudaya nafsu. Apakah faedahnya kepada pendidikan murid melainkan ia membawa kepada khayalan dan kebodohan.
Umat Islam sebenarnya perlu memahami cerita-cerita luarbiasa atau karamah yang berlaku pada para Auliya' bukannya satu mukjizat yang boleh memberi kekuatan kepada Islam. Kita tidak menafikan kebenaran karamah-karamah yang berlaku
pada para Auliya' dan ia adalah perkara yang dibenarkan dalam akidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Namun apa yang menjadi kesalahan ialah apabila menjadikan umat Islam bergantung dan memuja cerita-cerita tersebut sebagai satu kepercayaan yang menyebabkan mereka menunggu-nunggu kehebatan para Auliya' ini untuk membantu mereka. Padahal ia sebenarnya hendak menutup kelemahan dan kekecewaan.
Islam bukannya sebagai satu mukjizat yang diberi kemenangan oleh ALLAH dengan kun fayakun. Islam didirikan oleh kehebatan perjuangan berasaskan keimanan dan pengorbanan yang hebat. ALLAH SWT mahu mereka yang diberi kemenangan dari kalangan yang melalui ketetapan ALLAH iaitu melalui potensi manusia. Dari perjuangan inilah ALLAH melihat siapakah mereka yang benar-benar tahan diuji, siapakah yang benar-benar beriman? Mereka yang tahan diuji inilah yang akan memiliki jiwa yang sabar, yakin, tawakal, berani, bijak, benar dalam kecintaan kepada ALLAH dan Rasul dan sebagainya yang melayakkan diri mereka untuk diberi kemenangan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan