Cerita kehebatan Syeikh sufi berperang mengalahkan musuh secara ghaib
dan pelbagai lagi boleh membunuh kehebatan manusia muslim. Mereka
menjadi manusia yang akan merasa tenang dan bergantung kepada syeikh
apabila berlakunya permasalahan ummah. Apakah kepentingan cerita
sebegini kepada umat Islam yang menghadapi cabaran yang begitu hebat
terutama di masa mutakhir ini. Kita tidak menolak tentang karamah tetapi
cerita-cerita seperti ini boleh membunuh jatidiri setiap muslim. Mereka
berperang mengharapkan syahid dan amat malang bagi lelaki Muslim jika
setiap peperangan tidak perlu dilalui kerana di sana sudah ada 10 syeikh
sufi yang penuh karamah untuk menentang musuh secara ghaib di dalam
gua!
Cerita-cerita luarbiasa dan karamah-karamah perlu
diselidiki kerana kemungkinan berlakunya sikap berlebih-lebihan untuk
memberi kepuasan dan keyakinan sehingga berlakunya pemujaan kepada
syeikh secara melampau. Akibatnya, ramai umat Islam tidak hidup di alam
nyata, mereka terus berkhayal dan menunggu keajaiban berlaku melalui
syeikh tadi.
Di sana berlaku juga perpecahan antara satu
kumpulan tariqat dengan kumpulan yang lain walaupun mereka dari aliran
yang sama. Perpecahan ini ada ketikanya memuncak di mana murid sesama
murid bergaduh dan masing-masing mendakwa syeikh mereka yang lebih
hebat. Masing-masing meremehkan antara satu sama lain, malah adakalanya
perpecahan berlaku disebabkan hal-hal khilafiah sahaja, bukannya dalam
perkara dasar.
Hal seperti ini amat mendukacitakan apatah lagi
di sana wujudnya pertentangan golongan 'kaum muda' yang terang-terangan
mengatakan pengamalan ini adalah sesat dan bid'ah. Akibatnya, masa
dihabiskan dengan berhujah dari beramal.
Perbahasan dalam
masalah selubung, rabitah, masalah zikir jahar, masalah zikir dalam
gelap dan sebagainya tidak memberi sebarang kebaikan kepada murid dan
ummah yang begitu lemah sekarang. Namun jika amalan ini diamalkan secara
sirr demi kepentingan maslahat adalah amat baik dan sebaik-baiknya
pengamalnya adalah terdiri di kalangan mereka yang mempunyai kemantapan
ilmu yang dapat menyuluh kebenaran amalan dan syeikh mereka. Apa yang
penting, kita dapat mencapai objektif tanpa terikat dengan kaedah yang
melambatkan atau yang boleh menghalang untuk mencapai objektif tersebut.
Bialah murid beramal dengan tenang dan masyarakat tiada curiga akan
pengamalannya.
Demikianlah beberapa tipudaya dalam dunia
tasawuf yang tidak menyumbang apa-apa kebaikan. Sebaliknya umat Islam
yang sedia ada sekarang ini menjadi semakin lemah, dan mudahlah
musuh-musuh Islam melemparkan panah-panah beracun bagi menghancurkan
kekuatan umat Islam. Dan akhirnya mereka menghabiskan di situ sehingga
tidak mempunyai masa untuk memikirkan dakwah dan perjuangan menegakkan
agama ALLAH.
Cerita-cerita luarbiasa dan karamah-karamah perlu diselidiki kerana kemungkinan berlakunya sikap berlebih-lebihan untuk memberi kepuasan dan keyakinan sehingga berlakunya pemujaan kepada syeikh secara melampau. Akibatnya, ramai umat Islam tidak hidup di alam nyata, mereka terus berkhayal dan menunggu keajaiban berlaku melalui syeikh tadi.
Di sana berlaku juga perpecahan antara satu kumpulan tariqat dengan kumpulan yang lain walaupun mereka dari aliran yang sama. Perpecahan ini ada ketikanya memuncak di mana murid sesama murid bergaduh dan masing-masing mendakwa syeikh mereka yang lebih hebat. Masing-masing meremehkan antara satu sama lain, malah adakalanya perpecahan berlaku disebabkan hal-hal khilafiah sahaja, bukannya dalam perkara dasar.
Hal seperti ini amat mendukacitakan apatah lagi di sana wujudnya pertentangan golongan 'kaum muda' yang terang-terangan mengatakan pengamalan ini adalah sesat dan bid'ah. Akibatnya, masa dihabiskan dengan berhujah dari beramal.
Perbahasan dalam masalah selubung, rabitah, masalah zikir jahar, masalah zikir dalam gelap dan sebagainya tidak memberi sebarang kebaikan kepada murid dan ummah yang begitu lemah sekarang. Namun jika amalan ini diamalkan secara sirr demi kepentingan maslahat adalah amat baik dan sebaik-baiknya pengamalnya adalah terdiri di kalangan mereka yang mempunyai kemantapan ilmu yang dapat menyuluh kebenaran amalan dan syeikh mereka. Apa yang penting, kita dapat mencapai objektif tanpa terikat dengan kaedah yang melambatkan atau yang boleh menghalang untuk mencapai objektif tersebut. Bialah murid beramal dengan tenang dan masyarakat tiada curiga akan pengamalannya.
Demikianlah beberapa tipudaya dalam dunia tasawuf yang tidak menyumbang apa-apa kebaikan. Sebaliknya umat Islam yang sedia ada sekarang ini menjadi semakin lemah, dan mudahlah musuh-musuh Islam melemparkan panah-panah beracun bagi menghancurkan kekuatan umat Islam. Dan akhirnya mereka menghabiskan di situ sehingga tidak mempunyai masa untuk memikirkan dakwah dan perjuangan menegakkan agama ALLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan