Islam telah berjaya menguasai dunia dan menjadi model kepada kehidupan
manusia. Islam telah menjadi kuasa yang amat ditakuti dan disegani
kerana bukan sahaja menjadi contoh dalam aspek kerohanian tetapi juga
dari segi akhlak, peribadi dan pendidikan anak-anak.
Rumahtangga orang Mukmin tertumpu kepada tujuan mencari cinta ALLAH.
Suami menjadi pemimpin isteri, manakala isteri menjadi penasihat kepada
suami dan mendidik anak-anak. Malah Islam telah berjaya melahirkan
generasi contoh dalam pengurusan kehidupan manusia seperti dalam urusan
ekonomi, politik, pentadbiran negara, intelektual, sosial dan
sebagainya.
Generasi ini menterjemahkan Islam yang syumul
secara praktikal dan membicarakan permasalahan kehidupan manusia seperti
kesucian diri dari hadas kecil hingga kepada kesucian pentadbiran
negara dan dunia seluruhnya.
Sesungguhnya tidak ada jalan lain
untuk melahirkan kembali generasi contoh yang hebat ini melainkan
mengikuti kembali jalan-jalan mereka, peribadi, akhlak, ibadah,
mujahadah, pengorbanan dan jihad mereka. Mereka telah dididik oleh
Rasulullah SAW dengan keimanan Makrifatullah, keimanan yang hakiki.
Diwajibkan ke atas mereka untuk melakukan Qiamullail untuk melahirkan
kecintaan kepada ALLAH, hati yang hidup dengan ALLAH. Mereka ditarbiyah
dengan sentiasa membawa al-Qur'an dan menghadiri majlis-majlis tazkirah
untuk melahir dan menguatkan perasaan cinta kepada ALLAH. Kecintaan
mereka ialah kecintaan kepada hati yang dzauq dan tubuh badan yang
sihat. Segalanya berpunca dai hati, sebab itu hati mestilah diutamakan
dalam pendidikan manusia
—
Rumahtangga orang Mukmin tertumpu kepada tujuan mencari cinta ALLAH. Suami menjadi pemimpin isteri, manakala isteri menjadi penasihat kepada suami dan mendidik anak-anak. Malah Islam telah berjaya melahirkan generasi contoh dalam pengurusan kehidupan manusia seperti dalam urusan ekonomi, politik, pentadbiran negara, intelektual, sosial dan sebagainya.
Generasi ini menterjemahkan Islam yang syumul secara praktikal dan membicarakan permasalahan kehidupan manusia seperti kesucian diri dari hadas kecil hingga kepada kesucian pentadbiran negara dan dunia seluruhnya.
Sesungguhnya tidak ada jalan lain untuk melahirkan kembali generasi contoh yang hebat ini melainkan mengikuti kembali jalan-jalan mereka, peribadi, akhlak, ibadah, mujahadah, pengorbanan dan jihad mereka. Mereka telah dididik oleh Rasulullah SAW dengan keimanan Makrifatullah, keimanan yang hakiki. Diwajibkan ke atas mereka untuk melakukan Qiamullail untuk melahirkan kecintaan kepada ALLAH, hati yang hidup dengan ALLAH. Mereka ditarbiyah dengan sentiasa membawa al-Qur'an dan menghadiri majlis-majlis tazkirah untuk melahir dan menguatkan perasaan cinta kepada ALLAH. Kecintaan mereka ialah kecintaan kepada hati yang dzauq dan tubuh badan yang sihat. Segalanya berpunca dai hati, sebab itu hati mestilah diutamakan dalam pendidikan manusia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan