Ahad, Mac 21

MENURUT SUNNAH

MENURUT SUNNAH

1 . Rasulullah s . a . w bersabda :
Terdapat 3 perkara yang boleh melepaskan :

a . Takut kepada Allah ketika bersunyi – sunyi dan
berterang – terangan
.
b . Berlaku adil ketika suka dan marah .

c . Qasad (bersikap sederhana ) pada waktu kaya dan fakir .

Amal yang membinasakan :
a. Mengikut Hawa nafsu .
b . Bakhil .
c . ‘ Uhud ( angkuh dan terlalu kagum kepada diri sendiri ) .
( Abu al – Syeikh dan Tabrani )

2 . Rasullullah s . a. w bersabda :
Amal – amal yang membawa ke syurga – Yusuf al – Badriy

“ Terdapat tiga perkara yang membinasakan dan tiga
perkara pula yang melepaskan , tiga perkara yang menhapuskan
, dan tiga peringkat darjat ’’ .

Perkara – perkara yang membinasakan tersebut ialah :
Kebakhilan , mengikut hawa nafsu , dan mengagumi diri sendiri .
Maka ketiga – tiga sifat ini , jika sudah ada pada seseorang , maka
nasib orang tersebut sangat celaka .

Manakala perkara – perkara yang melepaskan ialah : adil ketika marah
Dan reda ( suka ) . qasad ( sederhana ) pada waktu miskin dan kaya ,
Dan takut kepada Allah SWT pada waktu bersunyi – sunyi dan ber –
terang – terangan .

Perkara – Perkara Yang menghapuskan Dosa :
Terdapat beberapa perkara yang boleh menghapuskan dosa –
Orang islam . Sebahagian darinya ialah ; Menunggu sembahyang
Sesudah sembahyang , menyempurnakan wuduk dan melangkah
Ke mesjid untuk sembahyang bersama para jemaah .

Adapun darjat yang Tiga ialah :
Memberi makan , menyebutkan salam , dan sembahyang
Malam ketika orang lain sedang tidur . ( Riwayat Tabrani )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan