Adakah Kita Makan Kulit, Buang Kacang
--------------------------------------------------------------------------------
Katalah kita ni polis, sedang duduk dalam kereta peronda kita sambil minum
kopi. Tiba-tiba radio kita berbunyi, mengatakan ada dua kes yang diminta
kita menangani salah satu darinya. Dua-dua kes orang kena tangkap
mencuri.Kes pertama di kampung hulu, seorang lelaki ditangkap mencuri duit
seringgit.Kes kedua di kampung hilir, seorang warga asing kena tangkap
mencuri duit 20 ribu ringgit.
Panduan Hari Ini
--------------------------------------------------------------------------------
Dari Abu Darda r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda : Tidak seorang Muslim pun
yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama Muslim) yang berjauhan ,
melainkan malaikat mendoakannya pula : Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan
pula
--------------------------------------------------------------------------------
Kes mana yang kita kejarkan dulu? Agaknya tentulah kita segera berkejar ke
kampung hilir, ye tak? I mean, apalah sangat duit seringgit, itupun nak
report polis ke? Tapi bagaimana kalau lepas tu kita tahu hakikatnya begini:
Dalam kes pertama, duit itu kepunyaan seorang anak yatim piatu peminta
sedekah, dan duit itu sajalah yang ada padanya untuk digunakan membeli roti
setelah beberapa hari tak makan? Sedangkan dalam kes kedua, duit itu
kepunyaan orang kaya bakhil yang seumur hidupnya tak pernah keluar zakat?
Tiba-tiba, baru kita sedar perbezaannya, antara prinsip dan appearance.Kalau
ikut prinsip, tentulah kes pertama lebih berat, walaupun hanya melibatkan
duit seringgit. Tapi sebab kita hidup ini dah biasa menghakimkan orang serta
peristiwa dari segi luaran, maka selalu minda
kita tertipu. Stephen Covey, dalam bukunya "Seven Habits of Highly Effective
People" menceritakan pula begini:
--------------------------------------------------------------------------------
Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman. Sedang kita enak menikmati
sandwic dan Coke kita di tengah taman dengan udara bertiup lembut
itu,tiba-tiba datang seorang lelaki bersama 2 orang anak kecilnya duduk di
sebelah kita. Lelaki itu hanya menung panjang melihat ke tasik dan
mendiamkan diri sementara anak-anaknya berlarian macam setan menjerit-jerit
sekuat hati. Orang yang lalu lalang semuanya melihat dengan kening
berkerut-kerut perangai budak-budak yang tak tahu hormat pada orang lain tu.
Kita pun lama-lama semakin bengang. Setan sungguh budak ni! Apahal mamat ni
diammm je, tak nak tegur ke anak-anak dia ni? Lepas dah tak tahan sangat,
kita pun tegur lelaki itu. Boleh tak encik suruh anak-anak encik tu dok
diam-diam, saya tengah nak makan sandwic ni! Lelaki itu melihat pada kita
seketika sebelum tersenyum sedikit."Maafkan saya," kata lelaki itu. "Dan
maafkan anak-anak saya tu. Sebenarnya, isteri saya - ibu mereka - baru
meninggal dunia sebab kanser di hospital, dan saya tak tahu macamana nak
terangkan pada mereka hal ini." Kemudian dia sambung lagi: "Biarlah saya
bawa mereka ke tempat lain supaya tak menganggu anda makan." Apa rasa kita
masa itu?
SUDUT RENUNGAN
Rutin yg baik
Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima
musibah
Hadis Pilihan
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda : Allah Taala sangat
gembira menerima taubat seseorang kamu, melebihi kegembiraan seseorang yang
menemukan kembali barangnya yang hilang
Sebab itulah bila teringat ayat Qur'an mengatakan, beza antara manusia itu
hanyalah iman dan taqwa, saya sering berasa menyesal. Sebab saya selalu
menghukum orang melihat keadaan luarannya! Bagaimana dengan anda?
Wallahualam.
--------------------------------------------------------------------------------
" Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah
dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya
menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan
alasan untuk membela diri "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan