Ahad, Mac 21

10 Laluan Syaitan...

Assalammualaikum warah matullah wabarakatuh,
Teman-teman seperjuangan,

Renungilah pesanan seorang hamba soleh yang dipetik daripada buku "Apa
ertinya saya menganut agama Islam "
hasil tulisan Fathi Yakan, yang membicarakan tentang 10 laluan yang patut
dijaga dari gangguan syaitan laknatullah:
Beliau berkata: " kurenung dan kufikir, dari laluan manakah syaitan itu
memasuki hati manusia, tiba-tiba kudapati syaitan
memasukinya dari 10 laluan :


Pertama :
TAMAK DAN BURUK SANGKA
lantas aku mengahadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada
dengan
yang ada setelah berusaha dan berikhtiar.

Kedua :
CINTAKAN HIDUP DAN PANJANG ANGAN-ANGAN
lantas aku menghadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut dengan
tiba-tiba.

Ketiga :
CINTAKAN NIKMAT
lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa ikmat itu akan
hilang dan meyakini balasan buruk.

Keempat :
KAGUM DENGAN DIRI SENDIRI
lantas aku menghadapinya dengan mensyukuri nikmat pemberiaan Allah
dan takutkan balasan seksa.

Kelima :
MEMANDANG RENDAH PADA ORANG LAIN DAN TIDAK MENGHORMATI MEREKA
lantas aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan
mereka.


Keenam :
HASAD DENGKI
lantas aku menghadapinya dengan sifat qana'ah ( puas hati dengan apa yang
ada
setelah berusaha) dan redha dengan pemberian Allah.

Ketujuh :
RIAK DAN SUKAKAN PUJIAN MANUSIA
lantas aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.

Kelapan :
BAKHIL
lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang ada di tangan
makhluk akan
binasa sedangkan yang ada di sisi Allahlah yang kekal selamanya.

Kesembilan : TAKABBUR
lantas aku menghadapinya dengan sifat tawadhu'.

Kesepuluh : TAMAK
lantas aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak
mengharapkan
sesuatu yang ada pada manusia.

MUDAH-MUDAHAN KITA SENTIASA MENDAPAT PERLINDUNGAN DARI-NYA UNTUK MENANGKIS
SEGALA TIPU DAYA
MUSUH-MUSUH-NYA, INSYAALLAH................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan