Assyahid Syeikh A.Yassin Bapa Intifadah Palestin
Dilulus terbit pada Wednesday, January 14 @ 21:24:19 MYT oleh TokPenghulu
Artikel Pilihan Oleh monazmuslim
"
Walaupun Assyahid lumpuh seluruh badan dan hanya menggunakan kerusi roda untuk bergerak dengan bantuan pembantunya, namun beliau sangat digeruni oleh pemimpin rejim Zionis Laknatullah. Kenapa puak pemimpin pengganas rejim Zionis begitu takut sekali dengan seorang insan yang lumpuh, uzur dan hanya boleh menggerakkan kepalanya saja ?
Inilah yang Allah janjikan kepada hambaNya yang beriman dan bertaqwa. Allah akan menimbulkan perasaan takut dan gerun ke dalam hati musuh terhadap golongan yang bertaqwa. Bagi orang mukmin pula, Allah akan meletakkan rasa kasih sayang mereka terhadap golongan insan seperti Assyahid Sheikh Ahmad Yassin.
Pada tahun 1987, Assyahid bersama beberapa tokoh masyarakat mengasaskan Pergerakan Kebangkitan Islam (HAMAS) atau di dalam bahasa Arab disebut Harakatul Muqawamatil Islamiyyah. Pertubuhan ini membawa fikrah Ikhwanul Muslimin dan menyeru rakyat Palestin berjuang atas dasar Islam bagi menentang penjajahan Yahudi Zionis di Palestin. Syeikh Yassin dipilih sebagai pemimpin tertinggi (Mursyidul Am).
Dengan tertubuhnya Hamas, rakyat Palestin yang selama ini teraba-raba mencari jalan perjuangan, kini bergabung tenaga melakukan kebangkitan yang menyeluruh atau dikenali sebagai INTIFADAH. Penentangan terbuka rakyat Palestin bermula pada 9 Disember 1987. Tercetusnya intifadah pertama apabila berlakunya peristiwa sebuah lori besar milik Yahudi yang sengaja melanggar dua buah lori kecil milik umat Islam Palestin dan mengakibatkan 4 orang terbunuh dan 9 lagi cedera. Ekoran dari peristiwa ini, maka bermulalah intifadah dan penentangan terbuka rakyat Palestin dengan melontar batu ke arah musuh. Umat Islam Palestin pada ketika itu tiada senjata api. Kegagalan mendapatkan bekalan senjata api disebabkan semua sempadan negara ditutup dan dikawal ketat oleh pihak Israel dan negara-negara Arab yang bersempadan.
Walaupun dengan lontaran batu tetapi sudah cukup untuk menggerunkan puak tentera rejim Zionis. Batu yang dilontar itu bagaikan nuklear. Kebangkitan rakyat Palestin ini sangat membimbangkan rejim Israel. Pada bulan Ogos 1988, tentera Israel menceroboh rumah Syeikh Yasin dan melakukan pemeriksaan serta mengugutnya untuk dibuang negara ke Lubnan. Namun ugutan itu langsung tidak diendahkan oleh Syeikh Yasin malahan operasi membunuh tentera pengganas Israel terus dipertingkatkan oleh para pengikutnya. Talibarut Israel dari kalangan bangsa Arab Palestin turut dibunuh.
Walaupun rejim Zionis menangkap, memenjara dan menyiksa Syeikh Yasin sehingga seluruh badannya lumpuh, mata kanannya buta manakala sebelah kirinya kabur dan telinganya sentiasa sakit serta paru-parunya rosak akibat siksaan dalam tahanan, namun semuanya ini tidak sedikit pun melemahkan semangatnya untuk terus berjuang. Begitu juga dengan pimpinan Hamas yang lain serta para pengikutnya. Perjuangan yang mereka mulakan dengan lontaran batu sudah berubah wajah kepada serangan menggunakan bahan letupan dan senjata api ciptaan mereka sendiri. Mereka juga berjaya mencipta peluru berpandu serta pelancarnya yang dinamakan Sarukh Al Qassam.
Kemuncak kepada intifadah ini adalah Amaliyyah Istisyhadiyyah. Operasi serangan berani mati ini memang sangat menakutkan rejim Israel. Walaupun operasi ini merbahaya dan boleh mengorbankan nyawa para pejuang Hamas, namun mereka berjaya membunuh ramai pengganas Yahudi serta memusnahkan kepentingannya sekali.
Hari ini Syeikh Yasin telah tiada. Beliau telah menemui syahid sebagaimana yang dicita-citakannya. Begitulah juga dengan pimpinan Hamas yang lain seperti Dr. Aziz Rantisi serta para pengikutnya. Walaupun telah ramai di kalangan para pejuang Hamas yang terkorban, namun semangat juang mereka yang masih hidup terus membara bersama kebangkitan rakyat Palestin. Mereka memang tidak takut mati dan cintakan syahid. Mereka yakin dengan janji Allah.
Semuga Allah mengurniakan darjat syahid yang tinggi kepada mereka dan memberikan pertolongan kepada mereka yang masih hidup dalam menghadapi serangan musuh rejim Zionis.
"Lebih Baik Kita Mati Syahid Daripada Mati Kena Kencing Manis"
Sekian, Jazakallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan