Isnin, Mac 8

SERUAN ISLAM KEPADA SEMUA PENGUNJUNG NON-MUSLIM

SERUAN ISLAM KEPADA SEMUA PENGUNJUNG NON-MUSLIM

Salam sejahtera…!!!

Kepada semua pengunjung yang bukan beragama Islam (Non-Muslim) diucapkan selamat melayari Blog saya yang tak sepertinya ini.

Dengan penuh hormat dan rasa rendah diri saya mengambil kesempatan ini untuk
MENGAJAK tuan-tuan dan puan-puan untuk MEMELUK AGAMA ISLAM yang maha suci. Ini adalah kewajipan saya sebagai “Muslim” untuk berdakwah menyampaikan “Kebenaran Islam” kepada semua manusia untuk dianut sebagai agama. Selebihnya saya tidak mahu didakwa di hadapan Allah SWT di akhirat nanti. Kerana tidak mustahil ada di antara anda nanti di Hari Pembalasan cuba beralasan (ketika hendak dicampakkan ke dalam api neraka) bahawa Ambuyat (nama samaran) tidak pernah sama sekali MENGAJAK kami memeluk Agama Islam, walaupun beliau tahu kami sering mengunjungi Blog beliau yang sarat dengan INFO mengenai Agama Islam untuk difahami dan seterusnya diimani.

Maka dengan ini sekali lagi saya MENGAJAK kepada semua pengunjung Non-Muslim yang mulia supaya MEMELUK AGAMA ISLAM/MENERIMA ISLAM sebagai AGAMA seperti mana yang dilakukan oleh orang-orang terkemuka dari kalangan mereka yang (terkenal seperti Yusof Estis dll) beragama Kristen dari seluruh dunia.

Saya turut MENDOAKAN agar anda semua memperolehi HIDAYAH dari INFO yang terdapat dalam Blog ini untuk bersedia dengan rela hati menerima Islam.

Akhir sekali “Kalau Elok beritahu kawan dan kalau Tak Elok beritahu saya” dan jangan serik SILA DATANG LAGI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan