Istilah MAQAM (daLam literasi Tasawuf) bererti pencapaian atau darjat hamba di hadapan ALLAH SWT dalam beribadah kepada-Nya. Firman ALLAH SWT :
وَمَا مِنَّا إِلَّا لَهُ مَقَامٌ مَّعْلُومٌ
" Dan tiada sesiapapun dari kalangan kami melainkan ada baginya darjat kedudukan yang tertentu."
[As-Saaffaat: 164]
Tingkatan MaQam yang Dimaksudkan adaLah seperti berikut:
1. Permulaan maqam adalah 'Kesedaran'; ertinya menginsafi diri daripada kelalaian terhadap ALLAH SWT.
2. Kemudian 'Taubat'; ertinya kembali kepada ALLAH SWT (setelah menginsafi kelalaian) dengan kekal menyesali dosa serta banyak beristighfar.
3. Kemudian 'Inabah'; ertinya mengubah diri daripada lalai kepada zikir mengingati ALLAH SWT. Ada pendapat mngatakan taubat ertinya rasa gerun (dengan ancaman ALLAH SWT), inabah ertinya keinginan untuk kembali kepada ALLAH SWT. Pendapat lain mengatakan: taubat pada yang zahir, inabah pada yang batin.
4. Seterusnya 'Warak'; ertinya meninggalkan yang syubhat (tidak jelas halal haramnya).
5. Kemudian 'Muhasabatun Nafs'; ertinya memperbaiki diri sama ada meningkat atau menurun, sama ada bertambah kebaikan atau kejahatan.
6. Kemudian 'Iradah' (kehendak); ertinya terus beramal tanpa rehat.
7. Kemudian 'Zuhud'; ertinya meninggalkan kenikmatan dunia yang halal, menjauhi dunia dan segala syahwatnya.
8. Kemudian 'Faqr' (fakir); ertinya tidak memiliki harta benda dunia serta mengosongkan hati daripada apa yang tidak tercapai oleh tangan.
9. Kemudian 'Jujur'; ertinya: Zahir dan batin sama sahaja.
10. Kemudian 'At-Tasabbur' (menahan sabar); ertinya menguatkan diri menempuh segala rintangan dan menelan kepahitan. Menahan sabar adalah maqam terakhir bagi golongan murid.
11. Selepas mendapat maqam At-Tasabbur, meningkat pula ke maqam 'Sabar'; ertinya tidak mengadu dalam menanggung kepedihan.
12. Kemudian 'Redha'; ertinya: Rasa manis dengan ujian.
13. Kemudian 'Ikhlas'; ertinya dalam beramal tidak nampak lagi makhluk, tujuannya hanya kerana ALLAH SWT.
14. Kemudian 'Tawakkal' kepada ALLAH SWT; ertinya bergantung semata-mata kepada-Nya, sama sekali tidak mengharap selain-Nya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan