[7] ✿ܓ♥ KENALI DAN CINTAI TUHANMU
Tiadalah harta yang bernilai yang ditinggalkan Nabi melainkan iLmu makrifat kepada ALLAH. Dengan makrifat, hamba-Nya tenggelam dalam ketauhidan, ketauhidan menenggelamkannya kepada ibadah, ibadah membuahkan akhLaq yang indah dengan ALLAH dan manusia. Maka zahirlah syariat membina tamadun manusia yang hebat. Manusia yang benar-benar memiLiki makrifat kepada ALLAH, mereka adaLah RAJA KEBAHAGIAAN DUA KERAJAAN dunia dan akhirat.
Jangan jauhi diri daripada agama . BeLajar dan beramallah sungguh-sungguh mengikut jalan para kekasih-Nya, agar kamu mendapat makrifatullah, yang dengannya kamu memperoleh kunci kebahagiaan. Jika dalam dada dirimu dan anak-anakmu memiLiki makrifat, tidurlah dengan lena dari igauan masa depan. Orang yang hidup dalam kecintaan kepada ALLAH, masa depannya terjamin di dunia dan akhirat, jiwanya dikurniakan permata kebahagiaan. Sang Kekasih tidak akan membiarkan kekasih-Nya menuju kebinasaan. Hidup tidak terjamin apabila kamu bergantung kepada manusia, harta, pangkat atau sijiL. Ia bagaikan bergantung pada dahan yang amat rapuh. Sebaliknya, bergantunglah kepada ALLAH, nescaya hidupmu akan terjamin dunia dan akhirat.
Carilah iLmu sampai ke negeri China, tetapi hatimu jangan bergantung kepada iLmu itu kerana ia hanyalah alat untuk menjaLani kehidupan. Ia bukannya kuasa yang boleh mengubah kehidupan, kerana segaLanya daLam kekuasaan ALLAH. Berapa ramai orang yang beriLmu, tapi berakhir hidupnya dengan kebinasaan dan kesesatan. Mereka menyangka dengan iLmu, mereka akan seLamat, sedangkan iLmu yang tidak disertakan dengan tauhid kepada ALLAH akan menyebabkan kita tertipu. Mereka akan menangis penyesaLan apabila ditutup mata hati, akhirnya lidah kelu untuk menyebut Kalimah tauhid di hujung kehidupan.
مَا عِندَكُمْ يَنفَدُ ۖ وَمَا عِندَ اللَّهِ بَاقٍ
" (Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi ALLAH tetap kekaL...." [An-NahL : 96]
Larilah daripada yang lain, kosongkan hatimu dari segala berhala kesyirikan. Hanya kepada-Nya engkau menyerah diri. Barangsiapa yang hidupnya bertawakkaL kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH akan menyelesaikan segaLa kesulitannya. Itulah iLmu yang hakiki, MENGENAL ALLAH dan bergantung pada-Nya.
وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ
" Dan sesiapa berserah diri bulat-bulat (bertawakkaL) kepada ALLAH, maka cukuplah ALLAH baginya (menoLong dan menyeLamatkannya)...."
[At-Taalaq : 3]

Tiada ulasan:
Catat Ulasan