[8] ✿ܓ♥ SELAMILAH HAKIKAT KEHIDUPAN
Manusia adalah alam. Ia bagaikan bintang-bintang di langit. Setiap diri ada kehidupannya sendiri, ada kitabnya sendiri, ada kisah hidupnya sendiri yang berlainan walaupun tidur sebantal. Antara suami dan isteri, antara ibu bapa dan anak-anak, antara abang dan adik, antara teman dengan teman, mereka berada di atas pentas yang sama tetapi melakar kisah yang berlainan. Mereka menempuh ujian yang sama tetapi dalam wajah yang berbeza.
Para Sultan, menteri, si kaya dan si fakir semuanya sama di dalam menempuh tribulasi kehidupan. Cuma, ada ujian yang dapat dilihat dan ada yang terlindung. Jika hidup tanpa ranjau dan duri, ia bukan kehidupan namanya. Kehidupan dunia adalah perjuangan untuk kehidupan akhirat. Sesiapa yang melaluinya dengan baik, mereka adalah orang yang berjaya dan bahagia. Jangan kecewa atau sombong dengan kehidupan dunia, ia bukannya hakikat segalanya. Ia hanya secebis kisah kehidupan diri, filemnya terlalu singkat di sini tetapi akan berkekalan di sana. Kematian bukan penghujung kehidupan, bahkan sebenarnya kematian adalah permulaan kehidupan yang hakiki.
وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ لِّمَنِ اتَّقَىٰ
" Dan (balasan) di akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa.." [ An-Nisa' : 77]
Carilah kebenaran kehidupan di sana bukannya di sini. Buatlah perancangan yang rapi agar kehidupan ini membawa kejayaan di sana. Segala perbuatan di sini akan membuahkan gambaran yang hakiki di sana. Nabi mngajak manusia kepada matlamat kehidupan yang jelas. Daripada alam yang sempit dan sementara kepada kehidupan yang luas dan abadi. Ingatlah, manusia mempunyai ceritanya sendiri. Di akhirnya mereka akan berjalan nafsi-nafsi, kecuali Nabi Muhammad s.a.w yang mempunyai kemuliaan dan darjat yang tinggi. Ingatlah, jangan kecewa dengan kegagalan, kesusahan, kecacatan, kekurangan atau kesempurnaan. Ini kerana segalanya hanyalah gambaran ujian, segalanya ilusi kehidupan.
Tajamkan mata hatimu kepada ALLAH. Perhatikan sedalam-dalamnya khidupan Nabi-nabi, para sahabat, para auliya', ulama akhirat dan golongan yang soleh. Belajarlah dengan mereka bagaimana menghadapi dan melalui kehidupan ini. Jangan terperangkap dengan cara, fahaman, fikiran, budaya hidup Yahudi dan Nasrani dalam kehidupan. Mereka menyangka bayangan adalah realiti, menyangka dunia adalah hakikat kehidupan, menyangka dunia adalah jawapan segala persoalan, menyangka kehidupan akhirat adalah khayalan. Sesungguhnya ALLAH adalah haq, firman-Nya adalah haq, Nabi adalah haq kehidupan akhirat adalah haq. Banyakkan istighfar, berselawat, beribadah dan berpegang teguhlah dengan akidah dan syariah. Insya-Allah, Dia akan membuka mata hatimu untuk memandang hakikat yang sebenar-benarnya.
لَّقَدْ كُنتَ فِي غَفْلَةٍ مِّنْ هَٰذَا فَكَشَفْنَا عَنكَ غِطَاءَكَ فَبَصَرُكَ الْيَوْمَ حَدِيدٌ
" Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka Kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya segala hakikat) [Qaaf: 22]
Engkau tidak akan menangis dengan kehidupan ini, engkau akan memikul segala keperitan dengan senyuman. Segalanya akan menjadi emas dan permata di akhirat. Tukarlah tangisanmu, dari tangisan nasib di dunia kepada tangisan nasib yang akan dihadapi di akhirat. Menyesallah sebelum terlambat. Sesungguhnya Nabimu tidak berdusta dengan apa yang dikhabarkan tentang kehidupan. Nabi amat menyayangi umatnya tetapi ramai umatnya kini yang tidak menghargai kasih sayang Baginda. Janganlah kamu menjadi golongan yang tidak menghargai kasih sayang Baginda.
لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ
" Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman."
[At-Taubah: 128]

Tiada ulasan:
Catat Ulasan