Istilah al-ahwal (dalam literasi Tasawuf) atau 'hal' bererti pekerjaan hati. Ertinya perasaan hati yang lahir daripada ketulusan zikir.
Sidi Junaid al-Baghdadi berkata. "Hal itu suatu keadaan yang turun ke hati, tetapi tidak kekal."
Antara Tingkatan HaL Adalah:
1. Al-Muraqabah; ertinya merenung pada yang ghaib dengan setulus keyakinan.
2. Kemudian al-qurb; ertinya menetapkan jiwa di 'hadapan" ALLAH SWT dengan meng"ghaib"kan diri daripada selain-Nya.
3. Kemudian al-mahabbah: ertinya cinta apa-apa yang dicintai-Nya, benci apa-apa yang dibenci-Nya.
4. Kemudian ar-raja'; ertinya yakin dengan janji ALLAH SWT.
5. Kemudian al-khauf; ertinya memperlihatkan hati akan maha kerasnya ALLAH dan balasan buruk daripada-Nya.
6. Kemudian al-haya'; erinya malu dengan ALLAH SWT, lantas menjaga hati daripada rasa lega. Sebabnya, apabila hati mula dekat dengan ALLAH SWT datanglah perasaan yang pelbagai ragam; ada yang terasa maha hebat dan maha agungnya ALLAH SWT lalu perasaannya menjadi takut dan malu, ada pula yang terasa maha lemah lembutnya ALLAH SWT dan belas ihsan-Nya mengatasi kemurkaan-Nya lalu perasaan menjadi cinta dan harap.
7. Kemudian as-syauq; ertinya rindu pada ALLAH SWT, hati jadi tidak tentu hala apabila terkenangkan Dia.
8. Kemudian al-uns; ertinya mesra dengan ALLAH SWT dan meminta pertolongan kepada-Nya dalam setiap perkara.
9. Kemudian at-thuma'ninah; ertinya tenang menghadapi segala taqdir.
10. Kemudian al-musyahadah; ertinya menghayati dengan mata hati yang yakin, tidak hanya dengan mata kasar.
Inilah yang disabdakan oleh Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, mafhumnya:
"Sembahlah ALLAH seolah-olah kamu melihat-Nya, jika kamu tidak dapat merasakan yang demikian itu maka sesungguhnya (hayatilah) bahawa Dia melihatmu."
Musyahadah adalah hal yang terakhir dalam tingkatan ahwal, sesudah itu pembukaan daripada ALLAH SWT, pemberian-Nya, kurniaan-Nya dalam pelbagai bentuk adalah sesuatu yang tidak terjangkau oleh ibadah lagi.
Firman ALLAH SWT:
وَإِن تَعُدُّوا نِعْمَتَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا ۗ
"Dan jika kamu menghitung ni'mat ALLAH nescaya kamu tidak dapat menentukan bilangannya.."
[Surah Ibrahim: 34]

Tiada ulasan:
Catat Ulasan