[6] ✿ܓ♥ PIMPIN KELUARGAMU KE SYURGA
Nabi s.a.w bersabda bahawa di akhir zaman, ibu-ibu akan melahirkan tuan. Ya, benarlah engkau wahai Nabi ALLAH ! Di zaman ini ibu bapa gerun pada anaknya, mereka sudah hilang hak untuk menasihati si anak. Ada ibu yang dibayar gaji untuk menjaga cucu. Ramai ayah dan ibu kini menitiskan air matanya kerana disakiti oleh anak yang dahulu ditatangnya seperti minyak yang penuh. Apabila dewasa, anak sudah lupakan mereka, tidak dijaga perasaan mereka yang inginkan perhatian.
Apakah ia adalah ujian Tuhan atau musibah? Muhasabahlah sedalam-dalamnya sebelum kita menyalahkan takdir. ALLAH SWT tidak menzalimi hamba-Nya, ALLAH amat menyayangimu. Dia menjadikan hukum alam dengan sebab dan musabab. Dia tidak mengubah nasib dirimu jika engkau tidak mahu berubah.
ALLAH SWT telah datangkan kepada hamba-Nya Nabi Muhammad s.a.w sebagai pembawa rahmat, sebagai cahaya untuk engkau membawa perubahan, daripada penderitaan kepada kebahagiaan, daripada kegelapan kepada cahaya. Kemudikan dirimu dan ahli keluargamu dengan jalan Nabi, nescaya engkau dan keluargamu memiliki dua kebahagiaan iaitu dunia dan akhirat. ILmu pertama yang wajib diajar itu bagi ahli keluarga ialah mengenal ALLAH SWT, kemudian iLmu fiqh yang berhubung hukum beribadah, kemudian ajarkan mereka akan iLmu adab yakni tasawuf yang berhubung adab dengan ALLAH dan adab dengan manusia. Kemudian ajarkan lagi mereka akan iLmu fardhu kifayah yang berhubung dengan keduniaan. Bertawakkallah kepada ALLAH dan yakini rezeki dari ALLAH. Jangan ajar mereka bergantung selain dari ALLAH SWT.
Yakinilah, jika anak memiliki jiwa akhirat, dunia akan mereka miliki. Namun jika memiliki dunia, belum tentu dunia itu membahagiakan mereka dan belum tentu akhirat akan diperolehi. Jika di dunia anak-anak sudah tidak membantu, bagaimana mereka mahu membantumu di akhirat nanti. Yakinilah, jika mereka memiliki akhirat, dunia dalam genggaman mereka. Mereka tidak akan susah walaupun seluruh dunia mengatakan mereka susah, batin mereka tenang dalam dakapan ar-Rahman. Mereka akan menjadi anak yang akan memberi kasih sayang padamu walau apapun keadaan mereka. Mereka akan membantu engkau di dunia dan dapat memberi syafaat di akhirat nanti.
Jiwa yang terikat dengan taqwa tidak akan kering dengan kasih sayang. Kasih sayang adalah sifat ALLAH yang dianugerahkan kepada hamba-Nya yang dikasihi. Ramai yang tidak yakin dengan ALLAH. Mereka lebih yakin dan bergantung pada perkara yang lain, yang dianggap menjamin masa depan. Adakah ada lagi kekuasaan yang hebat selain daripada-Nya untuk menjamin masa depan? Keraguan melambangkan tiadanya cahaya pada hati. Ia menjadi buta untuk melihat kebesaran ALLAH dalam menjamin dan memelihara hamba-Nya. Cukuplah ALLAH sebagai penjamin dan pelindung.
Sesungguhnya Dia amat bersifat pengasih dan penyayang. Jika anak terlalu liar dan keras hati, banyakkan membaca doa Nabi ALLAH Ibrahim 'Alaihis Salam:
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
" Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku..." [Ibrahim: 40]
dan ayat kegembiraan Nabi Yaakub sehingga sembuh matanya dari buta apabila menyentuh baju Nabi Yusof.
Sesungguhnya anak itu bagaikan kain putih. Ibubapalah yang mencorak jiwa, pemikiran dan budaya hidupnya, sama ada dengan jalan Islam, Yahudi atau Nasrani. Itulah yang disabdakan Nabi s.a.w :
"Anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka ibu bapanya-lah yang akan menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." [HR Bukhari dan Muslim]
Siapakah yang perlu ditangisi? Kepada anak yang tidak mengenag budi atau pada diri sendiri yang tersalah jalan mendidik mereka. Diri terlalu memikirkan jaminan hidup anak di dunia sehingga lupa jaminan hidup diri sendiri dan anak-anak di akhirat.
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan penuh keinsafan. Bertaubatlah dengan taubat nasuha dan jangan berputus asa berdoa agar anak-anak mendapat hidayah. Tebus kesalahanmu. Jika kamu ada iLmu atau harta, infaqkanlah ia kepada usaha membimbing anak-anak kecil umat Muhammad kepada Islam. Mereka menjadi anak-anakmu dalam keturunan rohani, merekalah yang akan menjadi pembantumu di akhirat nanti, insya-Allah.
وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي ۖ إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
" (Ya ALLAH) berikanlah kebaikan kepadaku (dengan memberi kebaikan) kepada anak-anak dan keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu, dan sesungguhnya akau dari orang-orang yang berserah diri."
[Al-Ahqaaf: 15]

Tiada ulasan:
Catat Ulasan