Sayyidina Muhammad Al-Amin di Gua Hira’
Di tengah-tengah masyarakat
yang penuh dengan bermacam-macam kepincangan itu, dalam dekad pertama kurun ke
– 7 Masihi, Muhammad yang bergelar Al-Amin yang sedang meningkat usia empat
puluhan sedang dalam keadaan amat tidak puas hati dengan keadaan masyarakatnya
yang sedemikian rupa. Baginda sentiasa berfikir dan merenung mencari kebenaran.
Pada suatu malam, baginda
mengalami mimpi yang baik “al-Ru’ya al-Salihah” atau “al-Ru’ya al-sadiqah”
mimpi yang benar di dalam tidurnya. Sejak itu baginda gemar bersendirian di Gua
Hira’, sebuah gua yang terletak kira-kira enam batu ke utara kota Makkah.
Baginda bersendirian di gua itu kerana beribadat menurut agama Nabi Ibrahim AS.
Dalam hubungan ini Aisyah melaporkan:
Permulaan wahyu berlaku
pada Rasulullah s.a.w. ialah mimpi yang baik di dalam tidur. Sesuatu mimpi yang
dilihatnya itu pasti datang seperti sinaran subuh. Kemudian selepas itu baginda
gemar bersendirian di Gua Hira’ beribadat beberapa malam sebelum kembali kepada
keluarga mengambil bekalan baru. Sesudah beberapa malam di Gua Hira’ baginda
pulang kepada Khadijah mengambil bekalan sehingga datang kebenaran ketika
berada di Gua Hira’ itu.
(Riwayat al-Bukhari , L-Tajrid al-Sarih, hlm.5)
(Riwayat al-Bukhari , L-Tajrid al-Sarih, hlm.5)
Beberapa tahun sepanjang bulan Ramadhan, baginda pergi ke Gua Hira’,
merenung, berfikir dan menunaikan ibadat. Jauh dari masyarakat yang
hingar–bingar, bersendirian mencari kebenaran dan keheningan fikiran, mencari
kekuatan rohaniah dan kekuatan diri.
Pada suatu ketika sewaktu berada di gua itu, tiba-tiba datang Malaikat
Jibril AS dengan rupa yang asal, membawa sehelai kain sutera yang bertulis,
terus ia memeluk nabi dengan erat sambil berkata: “Bacalah!” dan dia menjawab:
“Aku tidak tahu membaca.” Sekali lagi Jibril memeluknya. Ia menyuruh lagi
katanya: “Bacalah!” Muhammad terus bertanya, “Apakah saya akan baca?” Ketika
itu Jibril terus membaca firman Allah Taala:
“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Ia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang paling Pemurah. Yang mengajar dengan perantaraan pena. Ia mengajar manusia apa-apa yang tidak diketahuinya. (Surah al-Alaq :1-5)
“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Ia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang paling Pemurah. Yang mengajar dengan perantaraan pena. Ia mengajar manusia apa-apa yang tidak diketahuinya. (Surah al-Alaq :1-5)
Nabi menurut bacaan itu dan Jibril menghilang dirinya dari situ . Ketika
itu baginda seolah-olah terasa hatinya sudah tertulis atau terpatri dengan ayat
yang dibacanya itu.
Begitulah peristiwa Rasulullah SAW menerima ayat al-Quran yang pertama dari
Malaikat Jibril. Peristiwa ini berlaku pada malam Isnin 17 Ramadhan tahun 41
dari kelahirannya bersamaan 6 Ogos tahun 610 Masihi. Ketika itu baginda
meningkat usia 40 tahun 6 bulan 8 hari menurut kiraan tahun Qamariah bersamaan
kira-kira 39 tahun 3 bulan 8 hari menurut kiraan Syamsiah.
Dalam keadaan terkejut dan kehairanan Nabi SAW keluar dari gua itu. Ketika
sampai di lembah bukit, baginda terdengar suara dari arah langit, katanya:
“Wahai Muhammad! Engkau rasul dan aku Jibril.” Nabi mendongak ke langit
kelihatan Jibril dalam rupa seorang lelaki. Baginda
tidak berganjak dari tempatnya, tidak ke depan dan tidak ke belakang. Setelah
Jibril menghilangkan diri, Nabi segera pulang ke rumah mendapatkan isterinya
Khadijah. Dengan
perasaan gerun dan terperanjat baginda meletakkan kepalanya di atas paha
Khadijah sambil berkata, “Selimutkanlah aku! Selimutkanlah aku!”
Melihat keadaan yang luar biasa itu, dengan penuh simpati Kahdijah
bertanya: “Wahai Abu al-Qasim, ke manakah anda pergi? Saya telah mengantar
utusan untuk mencari anda sehingga mereka sampai ke Bandar Makkah dan kini
mereka telah pulang.” Setelah agak reda daripada keadaan itu, Nabi menceritakan
segala yang telah berlaku. Sebaik sahaja mendengar peristiwa itu, sebagai
seorang isteri yang bertanggungjawab, Khadijah cuba menenang dan menguatkan
semangat suaminya itu. Kata Khadijah: “Bergembiralah dan tetapkan hati wahai
anak pakcik ku! Demi yang diri Khadijah ini di dalam kekuasaan-Nya, ku harap
anda dapat menjadi Nabi bagi umat ini.” Melihat suaminya dalam keletihan dan
terperanjat itu, Khadijah menyelimutkannya sehingga baginda tertidur.
Ketika Nabi sedang tertidur itu Khadijah pergi ke rumah sepupunya Waraqah
bin Naufal seorang tua yang buta, beragama Nasrani, menguasai bahasa Ibrani,
sangat luas pengetahuan dalam hal-hal agama. Mengetahui kandungan kitab Taurat
dan Injil. Setelah mendengar cerita daripada Khadijah, Waraqah berkata:
“Quddus, Quddus! Demi yang diri Waraqah di tangan-Nya, kalau engkau mempercayai
aku wahai Khadijah, sebenarnya dia telah didatangi al-Namus al-Akbar yang telah
datang kepada Nabi Musa. Dia adalah Nabi untuk umat ini.” Katakanlah kepadanya:
“Hendaklah tetapkan hati.”
Khadijah pulang menemui suaminya dan didapati ia masih nyenyak tidur.
Tiba-tiba ia menggigil dan sesak nafas sementara peluh membasahi dahinya.
Baginda terbangun dari tidurnya itu dan didapati malaikat datang menyampaikan
wahyu kepadanya:
“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah , lalu berilah peringatan!Dan Tuhan
mu agungkanlah. Dan pakaianmu bersihkanlah. Dan perbuatan dosa tinggalkanlah.
Dan jangan engkau memberi(dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak.”
(Surah al-Muddathir: 1-6)
(Surah al-Muddathir: 1-6)
Melihat suaminya yang menggigil-gigil itu, timbul rasa belas kasihan dan
simpati di hati Khadijah lalu menyuruhnya tidur kembali untuk berehat.
Mendengar suruhan isterinya itu baginda berkata:-
Masa tidur dan berehat sudah habis wahai Khadijah! Jibril telah memerintah
aku supaya memberi peringatan kepada manusia dan menyeru mereka kepada Allah
dan beribadat kepada-Nya. Tetapi siapakah orangnya yang hendak aku serukan itu?
Siapakah yang akan menerima seruan aku itu?
Kemudian dengan tidak teragak-agak Khadijah terus menyatakan pendiriannya
dengan berkata: “Sayalah orang yang mula-mula sekali menyahut seruan Islam.
Saya mengaku bahawa anda adalah Nabi dan Pesuruh Allah dan saya beriman kepada
Allah.”
Bermulalah babak baru dalam
hidup Muhammad. Hidup yang mengubah dunia dari gelap kejahilan kepada cahaya
kebenaran dan ilmu. Kehidupan baginda menjadi contoh teladan yang unggul bukan
sahaja dalam bidang kehidupan rohani, tetapi dalam pembinaan masyarakat dan
negara.
Kerohaniaan
Dalam Islam
Kehidupan rohaniah dalam
Islam bermula sejak zaman Nabi SAW dan baginda sendiri merupakan model yang
pertama dan utama dalam mengamalkan rohaniah dalam kehidupan sehari-hari.
Amalan baginda dicontohi dan diikuti para sahabat yang kemudiannya diteruskan
pula oleh para Tabi’in dan Tabi’at Tabi’in dan berterusan sampai ke hari ini
dan masa-masa yang akan datang. Perjuangan dan amalan rohaniah Baginda SAW
merupakan ikutan utama bagi setiap Muslim yang ingin mencapai ketinggian
rohaniah.
Rasulullah dan para
sahabatnya, di samping berjuang di medan perang kerana menegakkan agama Allah,
mereka juga berjuang meningkatkan rohaniah, hidup zuhud, tidak mementingkan
kebendaan dunia, pangkat kebesaran dan kemasyhuran diri. Mereka sebaliknya
dengan penuh prihatin dan kesedaran menumpukan sepenuh hati kepada Allah,
berusaha meningkatkan mujahadah al-nafs melawan hawa nafsu dan godaan syaitan.
Di samping itu tidak pula lalai daripada tanggungjawab dakwah menegakkan amar
maaruf dan nahi munkar. Semua tanggungjawab ini adalah semata-mata kerana Allah demi mencapai
keredhaan-Nya.
Dengan iman yang kental dan keyakinan yang padu, mereka tidak ragu-ragu
memikul tanggungjawab sebagai hamba Allah, menunaikan hak-hak fizikal dan juga
tuntutan-tuntutan rohaniah sehingga berjaya mencapai ketinggian rohaniah dan
kehidupan yang sempurna selaras dengan ajaran-ajaran dan tuntutan Islam yang
sebenar. Mereka telah memperimbangkan antara tuntutan dunia dan tuntutan
akhirat, antara jasmaniah dan rohaniah. Dengan menggabung-jalinkan antara dua
aspek ini barulah terbina kehidupan yang dikehendaki Islam.
Cara hidup Rasulullah SAW dan para sahabat Ridwanullahi Alaihim dengan
penumpuan beribadat, hidup zuhud, hidup secara kasar (taqasysyuf), mujahadah
al-nafs, berjihad pada jalan Allah, semuanya itu merupakan benih pertama
kehidupan rohaniah Islamiah. Kemudian benih ini tumbuh dan berkembang subur
melahirkan sistem rohaniah yang mempunyai kaedah-kaedah dan cara-cara yang
tertentu, menjadi amalan para tabi’in dan amalan umat Islam yang kemudiannya.
Mereka mengambil berat menjalankan urusan agama, tidak lalai dan tidak
terpengaruh dengan kehidupan dunia yang sementara ini.
Sirah Rasulullah SAW sebelum baginda dibangkitkan menjadi Rasul sebagaimana
yang telah dijelaskan dalam bahagian yang lepas, baginda berhari-hari
bersendirian di Gua Hira, merenung memikirkan tentang keindahan alam, tentang
keadaan masyarakat, tentang kekuasaan dan keagungan Maha Pencipta, mencari
ketenangan dan keheningan jiwa, semuanya ini merupakan jalan rohaniah, jalan
menyuci jiwa daripada kekotoran dan gangguan keduniaan untuk menuju insan
kamil.
Untuk mencapai ketinggian dan kemurniaan rohaniah itu, seseorang itu
memerlukan disiplin diri yang kuat, menjalani riadah dan mujahadah,
melaksanakan amalan-amalan syariat dengan penuh kesedaran sehingga akhirnya
terbentuklah kehidupan rohaniah yang murni, bersih daripada gangguan-gangguan
hawa nafsu, rasa tamakkan dunia, tidak berasa takut dan ragu dalam menjalani
hidup di dunia ini.
Berjuang meningkatkan ketinggian rohaniah dengan membersihkan jiwa daripada
daki-daki dunia merupakan satu usaha dan ikhtiar untuk membaiki diri setakat
yang mampu oleh manusia. Tujuannya supaya benar-benar menjadi abid, seorang
insan yang beruntung, yang mencapai kejayaan hakiki menurut penilaian Islam, beruntung
dan berjaya di dunia dan akhirat.
Dalam kehidupan dunia ini, biasanya manusia kalah kepada hawa nafsu apabila
berhadapan dengan kebendaan dan pangkat kebesaran dan tawaran-tawaran
kesenangan walaupun kadang-kadang jalan-jalan memperolehinya itu tidak bersih
dan salah. Apabila seseorang itu kalah dalam menghadapi gejala-gejala tersebut,
nilai dirinya telah jatuh ke tahap yang paling rendah, ia tidak lagi mempunyai
harga diri dan terlalu hina pada pandangan Allah Taala.
Biasanya pengaruh kebendaan inilah yang memutuskan hubungan hamba dengan
Tuhannya. Ia merupakan penghalang bagi seseorang daripada mencapai kebersihan
kerohaniaan, menjadikan manusia leka dalam hidup ini dan akhirnya terjerumus
dalam kesesatan, kegelapan dan kehinaan.
Kehidupan rohaniah menurut Islam bukan sahaja bertujuan menggilap hati
sejernih mungkin, tetapi juga membawa manusia kepada keinsafan diri, mengenali
diri sendiri dan mengenali akan alam sarwajagat yang tersusun indah, rapi dan
menakjubkan ini. Semakin tajam keprihatinan diri terhadap alam ini, semakin
jauh jangkauan mata hati, perasaan hati dan pandangan hidup meneroka alam
metafizik yang penuh rahsia, penuh misteri ini.
Ayat-ayat Al-Quran begitu banyak menganjurkan manusia supaya merenung
berfikir dan menyelidik terhadap alam semesta ini. Bagi orang yang berfikir,
orang yang bermata hati, semua penjuru alam ini menimbulkan kesedaran bahawa di
sebalik alam nyata yang indah dan terbentang luas wujud satu kuasa Yang Maha
Agung, Maha Sempurna, Dialah Al-Khaliq. Apabila kesedaran ini telah bertakhta
di hati, perasaan diri akan lebih tertumpu ke arah Yang Maha Agung itu sehingga
timbul perasaan rindu, perasaan ingin mengenali dan mendampingi-Nya. Justeru
itu, mulailah ia berusaha mencari jalan untuk makrifatullah dengan sebenar-benarnya.
Sesudah dapat mencapai makrifatullah, keimanan akan bertambah kukuh, keyakinan
terhadap kebesaran dan kekuasaan-Nya semakin kuat dan rasa tauhid bertambah
mendalam, tiada lagi ragu-ragu, itulah tauhid ahlullah. Terangkat hijab dan
terserlah baginya berbagai-bagai rahsia alam ghaib.
Apabila seseorang itu telah mencapai tahap kerohaniaan yang tinggi,
mengenali hakikat hidup yang sebenar, keduniaan ini tidak lagi menjadi tumpuan
hidup yang utama. Nilai kebendaan dan kebesaran pangkat pula tidak lagi menjadi
tumpuan hidup dan tidak lagi menduduki tempat yang teratas dalam pandangannya.
Dia sudah mempunyai pegangan dan pandangan hidup yang tersendiri. Dia sedar
hidup di dunia ini hanya sementara sahaja. Dia yakin, di sebalik hidup di dunia
ini ada lagi hidup yang lebih tinggi dan lebih bererti, hidup kekal abadi,
hidup di dalam rahmat Allah bagi mereka yang telah menyuci jiwanya. Sebaliknya
pula, hidup dalam kesengsaraan yang amat parah bagi mereka yang hanya
bergelumang dengan keduniaan.
Setelah mengenali yang hak
dan yang batil, ia beriltizam di atas yang hak. Kaya atau miskin, senang atau
susah, mulia ataupun hina, tinggi ataupun rendah, istana atau pun teratak,
semuanya tidak penting dalam hidupnya. Yang penting ialah menghabiskan sia-sia
hidup sementara ini dalam kebenaran. Kalau Allah memberi kesenangan, kemewahan,
kekayaan, ia bersyukur, dan ia membelanjakannya untuk jalan agama Allah. Jika
sebaliknya, ia juga bersyukur dan bersabar. Ia terus berusaha dan bersabar
beristiqamah dalam keredaan Allah walaupun terpaksa menempuh ujian dan
kesusahan.
Dengan pandangan ini, ia
terus bertekun meningkatkan ta’abbudnya kepada Allah, menjadi seorang abid yang
bersikap warak, zuhud, taqasysyuf, bertawakal dan reda. Inilah sikap hidup yang
dipelopori baginda Rasulullah SAW, dicontohi para sahabat, menjadi ikutan
generasi Muslim yang kemudian. Inilah juga cara hidup para nabi yang terdahulu,
para wali, orang-orang salihin, dan orang-orang sufi.
Kehidupan rohaniah
sebagaimana yang tersebut di atas adalah tuntutan syariat Allah, bukannya
rekaan manusia. Ia adalah intisari bagi agama Samawi, telah dipraktikkan para
nabi dan abid yang telah sempurna kemuncak keagungannya dalam agama Islam,
bertitik tolak daripada ajaran al-Quran dan as-Sunnah.
Kehidupan rohaniah Islamiah
sebagaimana yang telah digambarkan di atas itu terus berkembang di kalangan
generasi Islam peringkat permulaan itu dengan keadaan bersih dan murni. Tetapi
setelah Islam berkembang luas, penganut bertambah ramai terdiri daripada
pelbagai bangsa yang selama ini telah mempunyai kepercayaan, amalan, adat
istiadat, kebudayaan dan cara hidup yang tersendiri, mulailah kehidupan itu
bercampur dengan pelbagai unsur. Ada yang bersifat falsafah, kebudayaan,
kepercayaan dan sebagainya. Unsur-unsur itu telah memberi kesan dan pengaruh
yang besar kepada kehidupan orang-orang Islam. Antara unsur itu ada yang sesuai
dengan Islam dan ada pula yang menyeleweng.
Oleh yang demikian apabila
hendak melibatkan diri dalam kehidupan rohaniah, kita kenalah berhati-hati
memilih guru atau syeikh mursyid yang muktabar agar kita tidak terjerumus dalam
ajaran sesat yang bertopengkan ilmu tasawuf. Perlu diingat sejak zaman-zaman
kebelakangan ini, terdapat banyak ajaran sesat berkembang di dalam masyarakat
kita yang dibawa oleh orang-orang jahil yang mendakwa diri mereka sebagai ahli
tasawuf padahal mereka bukan ahli tasawuf.
Ibadat
Rasulullah SAW
Dalam huraian di atas
dinyatakan bahawa kehidupan Rasulullah merupakan contoh teladan bagi para
sahabat dan kemudiannya diikuti pula oleh generasi yang kemudian Rasulullah SAW
dalam kehidupannya telah melaksanakan kedua-dua tuntutan, duniawi dan ukhrawi. Baginda tidak meninggalkan
dunia kerana menumpukan amal ibadat untuk hidup akhirat. Beliau adalah sebagai
panglima perang, ketua negara yang berkecimpung dalam masyarakat kerana membina
ummah, sebagai suami dan sebagai ayah yang bertanggungjawab membina keluarga
dan rumahtangga bahagia. Dalam kesibukan menjalankan tugas dan tanggungjawab
tersebut, baginda juga merupakan seorang abid yang tekun menunaikan ibadat,
bangun menunaikan solat tahajud dan membaca Al-Quran setiap malam, beristighfar
kepada Allah sekurang-kurangnya 70 kali atau 100 kali setiap hari.
Baginda menunaikan solat fardu berjemaah di masjidnya. Ditambah pula dengan
sunat rawatibnya, lapan rakaat ditunaikan solat dhuha setiap hari. Solat
ditunaikan dengan khusyuk, penuh sempurna memakan masa yang panjang, malah
meliputi dua pertiga malam menunaikan solat. Auf bin Malik menceritakan: “Pada
suatu malam saya bersama Rasulullah SAW. Baginda
bangun lalu bersugi. Selepas itu baginda menunaikan solat. Saya bangun
besertanya. Baginda menunaikan solat dengan membaca surah Al-Baqarah. Bila
bertemu ayat rahmat, baginda berhenti lalu berdoa. Bila bertemu ayat azab, ia
berhenti lalu memohon perlindungan. Kemudian barulah rukuk. Lama sekali
rukuknya itu. Dalam rukuknya itu baginda membaca:
سبحان ذى الملكوت والعظمة
والجبروت
‘Maha suci Tuhan Yang mempunyai kerajaan dan keagungan serta kekuatan.’
Kemudian bangun dan sujud,
dibacanya yang demikian. Pada rakaat yang kedua dibacanya surah Ali Imran,
kemudian dibacanya surah demi surah dilakukannya seperti itu juga.
Mengambarkan keadaan ibadat
Rasulullah SAW, Ummu Mu’minin Saiyidatina Aisyah menerangkan bahawa baginda
menunaikan solat malam sampai bengkak kedua kakinya. Lantaran itu Aisyah RA
berkata: “Wahai Rasulullah! Kerana apa lagi tuan lakukan sampai begini,
sedangkan Allah telah mengampuni dosa tuan yang telah lalu mahupun yang akan
datang?” Jawab baginda: “Tidakkah baik aku menjadi seorang hamba yang penuh
bersyukur?”
Rasulullah SAW sering menangis takutkan Allah. Sensitiviti hatinya begitu
terasa dan tajam. Justeru itu apabila berdoa kepada Allah baginda sering
menggeletar, menadah tangan dengan penuh khusyuk dan tadarruk terutamanya pada
malam-malam hari selepas menunaikan solat pada waktu sahur, pada waktu pagi dan
juga pada waktu petang. Baginda pernah bersabda maksudnya: “Demi Allah, jika
kamu mengetahui apa yang aku ketahui, tentulah kamu berebut-rebut hendak pergi
ke kubur.”
Ata’ menceritakan bahawa beliau dan Ubaid bin Umair pernah pergi ke rumah
Aisyah RA bertanyakan hal-hal yang menakjubkan pada Rasulullah SAW. Aisyah yang
berada di balik tabir itu tiba-tiba menangis sambil berkata: “Perkara-perkara
yang berlaku pada Rasulullah SAW semuanya menakjubkan. Pada satu malam giliran
saya, baginda datang menghampiri saya sehingga bersentuhan kulit. Baginda
bersabda: aku hendak menumpukan ibadat kepada Tuhanku, Allah Taala’. Baginda
pun pergi ke tempat air mengambil wuduk. Baginda berdiri menunaikan solat.
Kemudian menangis sehingga basah janggutnya. Kemudian sujud. Selepas itu
baginda terbaring di atas lambungnya. Kemudian datang Bilal kerana azan Subuh.
Bilal bertanya: ‘Apa sebab tuan menangis sedangkan Allah telah mengampuni dosa
tuan yang lalu dan yang akan datang?’ Jawab baginda: ‘Wahai Bilal, betapa tidak
aku menangis kerana pada malam ini Allah telah menurunkan ayat:
“Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi, dan silih bergantinya malam
dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.” (Ali Imran: 190)
Kemudian baginda bersabda: ‘Celakalah bagi mereka yang membaca ayat ini, tetapi
tidak memikirkan tentangnya.’
Dalam penumpuan rohaniah ini, pernah terjadi Rasulullah SAW putus hubungan
dengan alam nyata ini, terputus dengan keadaan sekelililngnya walaupun tubuh
kasarnya berada di alam nyata ini. Pada suatu ketika baginda berada seorang
diri, tiba-tiba Aisyah isterinya masuk ke tempat baginda. Bila baginda sedar
Aisyah masuk terus bertanya:
“Siapa engkau?”
“Saya Aisyah.” Jawab Aisyah.
“Siapa Aisyah?” Tanya baginda lagi.
“Aisyah anak al-Siddiq.”
“Siapa al-Siddiq itu?”
“Mentua Muhammad,” tegas Aisyah.
“Saya Aisyah.” Jawab Aisyah.
“Siapa Aisyah?” Tanya baginda lagi.
“Aisyah anak al-Siddiq.”
“Siapa al-Siddiq itu?”
“Mentua Muhammad,” tegas Aisyah.
Ketika baginda bertanya: “Siapa Muhammad?” Aisyah tidak berkata apa-apa
kerana dia sudah mengetahui, Nabi SAW sedang berada dalam keadaan yang luar
biasa, lebih ke alam rohani daripada alam maddi. Jika riwayat ini sahih, kata
Muhammad Mustafa Hilmi, suasana rohaniah yang luar biasa juga boleh berlaku
pada orang-orang yang sufi.
Dalam melaksanakan tuntutan rohaniah ini, seseorang itu jangan sampai
mengabaikan tanggungjawab terhadap tuntutan jasmaniah dirinya. Kedua-duanya
hendaklah dilaksanakan, sama-sama diberi perhatian yang sebaik-baiknya. Pada
zaman Rasulullah SAW pernah tiga orang sahabat datang ke rumah isteri-isteri
Rasulullah SAW bertanyakan tentang ibadat baginda. Setelah mereka diberitahu,
mereka merasakan bahawa ibadat tersebut masih terlalu sedikit. Lalu mereka pun
berkata: “ Di manlah kita ini jika dibandingkan dengan Rasulullah SAW sedangkan
baginda diampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang?” salah
seorang daripada mereka berkata: “Tentang saya, saya akan solat malam
selama-lamanya.” Yang kedua berkata: “saya akan berpuasa sepanjang tahun dan
tidak akan berbuka.” Yang ketiga pula berkata: “saya akan menjauhkan diri
daripada perempuan dan tidak akan kahwin selama-lamanya.” Apabila Raulullah SAW
bertemu mereka, baginda bertanya: “Kamukah yang berkata begini, begini?
Sesungguhnya demi Allah, saya adalah orang yang paling takut dan bertakwa
kepada-Nya, tetapi saya berpuasa dan berbuka. Saya mendirikan solat dan tidur
dan saya juga berkahwin. Sesiapa yang tidak sukakan sunnahku, dia bukan
daripada golonganku.” (Riwayat Al-Bukhari)
Ramai para sahabat melaksanakan tuntutan rohaniah dengan memperbanyakkan
ibadat kepada Allah. Sikap ini pula dicontohi oleh generasi tabi’in. dalam
perkembangan rohaniah Islam ini, semua tatahidup para sahabat itu dapat
dianggap sebagia benih pertama yang kemudiannya tumbuh dan berkembang merendang
mengeluarkan buah-buahan yang lazat rasanya, dinikmati dalam kehidupan para
tabi’in dan generasi-generasi kemudian yang mengutamakan agama dalam hidup
dunia ini.
Dalam peringkat permulaan ini, istilah “tasawwuf” dan “sufi” belum lagi
wujud dalam sejarah umat Islam. Ia mula dikenali pada kurun ke-2 Hijrah.
Orang-orang yang mula-mula sekali dipanggil sufi ialah Abu Hasyim al-Kufi yang
meninggalkan dunia pada tahun 162.
Perkembangan Kehidupan Rohaniah
Kehidupan rohaniah Islamiah yang bermula dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW
sebagaimana yang tersebut dalam bahagian yang lepas, dicontohi dan diamalkan
oleh para sahabat dalam kehidupan mereka. Sebagaimana Nabi turun ke medan
perang berjihad menegakkan agama Allah, para sahabat dan generasi yang
kemudiannya juga turut melaksanakan tuntutan tersebut. Akhirnya mereka berjaya
menegakkan pemerintahan Islam, mengalahkan dua kerajaan besar pada masa itu
iaitu Rom dan Parsi. Di samping meneruskan jihad di medan perang, mereka juga
meneruskan jihad al-nafs, melawan hawa nafsu dan godaan syaitan.
Sejarah menunjukkan sikap hidup yang bersepadu, yang dipelopori Rasulullah
SAW dan para rasul yang terdahulu itu, dalam kehidupan sahabat-sahabat besar
baginda, Abu Bakr, Umar, Uthman dan Ali. Sahabat-sahabat utama seperti Bilal
Al-Habsyi, Salman Al-Farisi, Suhaib Al-Rumi, Ubai Ibn Ka’ab, Tamim Al-Dari, Abu
Dzar Al-Ghiffari, Huzaifah Ibn al-Yaman, Mus’ab ibn Umair dan ramai lagi
sahabat lain turut mempraktikkan sistem hidup Rasulullah SAW itu. Mereka
menumpukan amal ibadat (taabud), bersikap zuhud (tazahhud), hidup taqasysyuf
(hidup secara kasar), mujahad al-nafs dan sebagainya.
Semuanya tatahidup mereka itu merupakan benih pertama rohaniah yang
kemudiannya tumbuh dan berkembang membina institusi kehidupan rohaniah yang
besar, menerbitkan buah-buahan yang lazat, dinikmati dalam kehidupan para
tabi’in dan generasi yang kemudiannya.
Dalam kurun pertama hijrah ini, istilah sufi dan tasawwuf belum lagi
dikenal dalam sejarah kehidupan rohaniah Islamiah. Dalam peringkat ini ahli-ahli ibadat dipanggil dengan
berbagai-bagai gelaran. Antaranya ialah:
Nussak: Kata jamak bagi perkataan nasik iaitu orang-orang yang
memberi penumpuan untuk beribadat kepada Allah.
Ubbad: Kata jamak
bagi perkataan abid iaitu orang-orang yang banyak beribadat, mengabdikan diri
semata-mata kepada Allah.
Zuhhad: Kata jamak bagi perkatan zahid yang diambil daripada
perkataan zuhud iaitu orang-orang yang tidak mementingkan dunia, harta benda,
kemegahan, kebesaran dan sebagainya.
Bakka’un: Kata jamak bagi perkataan bakka’ yang bermaksud
orang-orang yang banyak menangis kerana mengenangkan amalan ibadat kalau-kalau
tidak diterima Allah atau pun kerana mengenangkan hari Akhirat.
Walaupun nama-nama ini
berlainan sebutan zahirnya, tetapi semuanya membawa pengertian yang sama iaitu
sangat-sangat prihatin terhadap urusan agama, sedikit perhatian terhadap dunia.
Kehidupan mereka lebih banyak menunaikan ibadat, banyak berzikir, merenung,
bertafakkur mengenangkan keagungan dan kekuasaan Allah, peka terhadap Allah dan
penuh bertawakal kepada-Nya.
Antara tokoh rohaniah dalam
peringkat ini ialah Uwais bin Amir Al-Qarani, Amir bin Abdullah bin Abd Qais
al-Basri, Masyruq bin Abdurrahman al-Kufi, al-Rabi’ bin Khaitham, Haram bin
Hayyan, Hasan bin Abu al-Hasan Abu Sai’d al-Basri dan lain-lain. Cara hidup
mereka meninggalkan kesan yang besar dalam pertumbuhan kerohanian Islam
masa-masa berikutnya.
Dalam kurun pertama dan
kedua Hijrah, peraturan-peraturan yang merupakan kaedah-kaedah umum untuk
dijadikan pegangan dalam melaksanakan kehidupan rohaniah atau kaedah-kaedah
yang perlu diikuti dalam menjalani latihan rohaniah belum lagi wujud dengan
teratur. Malah setiap individu menjalankan kehidupan rohaniah menurut citarasa
sendiri. Walaubagaimanapun, masing-masing berusaha menuju ke arah ketinggian
rohaniah dan kebersihan jiwa. Ahli-ahli ibadat, nasik, zahid, dan sebagainya
itu berusaha membersih dan membebaskan diri daripada gangguan-gangguan duniawi
yang boleh menyekat perkembangan rohaniah seseorang itu. Matlamat mereka ialah mencapai
keredaan Allah, matlamat tertinggi bagi setiap orang.
Dalam peringkat ini, golongan nussak, dan zuhhud itu secara umumnya
terbahagi kepada dua aliran iaitu:
1.Aliran Kufah
2.Aliran Basrah
2.Aliran Basrah
Kedua-dua aliran ini sangat-sangat mengambil berat tentang ilmu-ilmu Islam
dengan mempelajari ilmu fekah, hadis, ilmu al-kalam dan ilmu-ilmu bahasa. Di
samping kegiatan ilmiah itu, mereka juga giat menjalani latihan rohaniah,
menjalani riadah hati, mujahadah al-nafs dan mengawal hawa nafsu.16
Selain daripada dua aliran yang berpusat di dua buah kota itu golongan
al-zuhhad, ubbad dan nussak juga telah muncul di kawasan-kawasan lain umpamanya
Khurasan di mana munculnya Ibrahim bin Adham (m. 161H) dan muridnya Syaqiq
al-Balkhi (m. 194H). Kedua-duanya merupakan tokoh terkenal dalam sejarah
kehidupan rohaniah Islamiah.
Tasawwuf dan Tareqat
Daripada kegiatan rohaniah sebagaimana yang telah dijelaskan itulah
kemudiannya terbentuk institusi tasawwuf. Pada permulaan abad ketiga ia telah
tersebar luas dan mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat. Baghdad,
pusat pemerintahan kerajaan Abbasiyyah pada masa itu merupakan pusat kegiatan
ilmiah yang begitu pesat. Kegiatan tasawwuf amat subur di kota ini. Sesuai
dengan kemajuan dan pertumbuhan ilmiah itu, orang ramai kian terpaut kepada
kesenangan dan kemewahan duniawi. Justeru keruntuhan akhlak mulai melanda
masyarakat Islam.
Untuk menghadapi gejala-gejala negatif itu, alim ulama’ meningkatkan
kegiatan mereka, menyedarkan masyarakat, berusaha menarik mereka ke arah
memperbaiki akhlak dan ketinggian budi pekerti. Kegiatan tasawwuf bertambah
luas dan memegang peranan penting dalam usaha pembentukan rohaniah dan akhlak
masyarakat. Baghdad sebagai pusat kegiatan tasawwuf mengatasi tempat-tempat
lain. Dari Baghdad, tasawwuf terus berkembang sampai ke Parsi. Sebagaimana
Baghdad, tanah Parsi juga merupakan kawasan yang subur bagi institusi tasawwuf.
Pada peringkat ini tasawwuf telah berkembang sampai ke Mesir, Syam dan Jazirah
Arab.
Semenjak abad ketiga, tasawwuf mulai teratur, terbentuk
peraturan-peraturan, kaedah-kaedah yang tersusun sebagai satu ilmu dan
istilah-istilahnya juga sudah tercipta. Masa abad ke-4 ia telah merupakan satu
cabang ilmu yang telah mantap, mempunyai bidang dan pendekatannya yang
tersendiri. Istilah-istilah seperti al-‘Isya, al-Mahabbah, al-qurb, al-haqiqah,
maqamat, ahwal dan lain-lain sudah meluas digunakan.
Institusi tasawwuf tumbuh dengan meluas di bawah bimbingan syaikh-syaikh
tasawwuf yang berwibawa yang mempunyai murid yang ramai. Dari institusi inilah
kemudiannya terbentuk tareqat-tareqat dengan cara dan pendekatan masing-masing.
Keseimbangan antara kegiatan ilmiah dan amalan inilah yang meletakkan tasawwuf
pada tahap kecemerlangan, dan inilah yang perlu kita contohi pada hari ini.
Bermula dari kurun ke 7 dan seterusnya, tareqat telah berkembang luas dan
tumbuh di seluruh alam Islami. Tareqat-tareqat itu walaupun mempunyai sistem,
cara dan kaedah yang berlainan antara satu sama lain, tetapi semuanya mempunyai
matlamat yang sama iaitu mendekatkan diri kepada Allah, membersihkan jiwa,
meningkatkan rohaniah untuk mencapai keredhaan dan ma’rifatullah. Hasil
daripada pertumbuhan dan kegiatan sebagaimana yang tersebut itu akhirnya
terbentuklah institusi tareqat yang diberi nama menurut nama shaikh
masing-masing. Tareqat-tareqat mu’tabar sebagaimana yang disenaraikan Abu Bakar
Aceh antaranya ialah:
1. Qadiriyyah
2. Jalutiyyah
3. Usyaqiyyah
4. Syattariyyah
5. Naqsybandiyyah
6. Bakdasiyyah
7. Bakriyyah
8. ‘Aidrusiyah
9. Syadhiliyyah
10.Ghazaliyyah
11.Bayumiyyah
12.Sunbuliyyah
13.Rifa’iyyah
14.Rumiyyah
15.Uthmaniyyah
16.Anfasiyyah
17.Dusuqiyyah
18.Jastiyyah
19.Aliyyah
20.Sammaniyyah
21.Akbariyyah
22.Sya’baniyyah
23.Abbasiyyah
24.Sanusiyyah
25.Maulawiyyah
26.Kaisaniyyah
27.Haddadiyyah
28.Idrisiyyah
29.Kubrawiyyah
30.Hamzawiyyah
31.Maghribiyyah
32.Badawiyyah
33.Suhrawardiyyah
34.Tijaniyyah
35.Ghaibiyyah
36.Ahmadiyyah
37.Khalwatiyyah
38.Alawiyyah
39.Hadriyyah
2. Jalutiyyah
3. Usyaqiyyah
4. Syattariyyah
5. Naqsybandiyyah
6. Bakdasiyyah
7. Bakriyyah
8. ‘Aidrusiyah
9. Syadhiliyyah
10.Ghazaliyyah
11.Bayumiyyah
12.Sunbuliyyah
13.Rifa’iyyah
14.Rumiyyah
15.Uthmaniyyah
16.Anfasiyyah
17.Dusuqiyyah
18.Jastiyyah
19.Aliyyah
20.Sammaniyyah
21.Akbariyyah
22.Sya’baniyyah
23.Abbasiyyah
24.Sanusiyyah
25.Maulawiyyah
26.Kaisaniyyah
27.Haddadiyyah
28.Idrisiyyah
29.Kubrawiyyah
30.Hamzawiyyah
31.Maghribiyyah
32.Badawiyyah
33.Suhrawardiyyah
34.Tijaniyyah
35.Ghaibiyyah
36.Ahmadiyyah
37.Khalwatiyyah
38.Alawiyyah
39.Hadriyyah
Antara tareqat yang tersebar luas dan mempunyai pengikut atau ikhwan yang
ramai di Malaysia ialah Tareqat Naqsybandiyyah dan Tareqat Ahmadiyyah. Justeru
itu, ada yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan bergerak sebagai
kumpulan tareqat dan mendakwa kumpulannya sebagai Tareqat Naqsybandiyyah atau
Tareqat Ahmadiyah pada hal sebenarnya bukanlah tareqat tersebut. Oleh itu
diingatkan kepada sesiapa yang ingin mengikut mana-mana tareqat pastikan ianya
tareqat yang sebenar, bukanlah tareqat tiruan yang membawa ajaran sesat.
Mengenali Syeikh Mursyid
Dalam menyelusuri khazanah sufistik ini, perlu juga kita mengetahui
ciri-ciri seorang shaikh yang merupakan tonggak utama dalam institusi tareqat
sufiyyah. Ini kerana di tangannya terletak teraju bagi sesebuah tareqat sama
ada berada di atas landasan yang lurus ataupun sebaliknya. Masalah mursyid
inilah yang perlu diberi perhatian oleh setiap orang yang ingin melibatkan
dirinya dalam kegiatan rohaniah. Wujudnya ajaran-ajaran sesat yang bergerak
cergas adalah berpunca daripada mursyid tiruan yang mendakwa dirinya sebagai
pemimpin rohaniah, pada hal dia bukanlah mursyid menurut kriteria tareqat
sufiyyah yang sebenarnya. Gerakan yang dipimpinnya itu dilabelkan dengan
mana-mana sama tareqat yang mu’tabar bertujuan untuk mengabui mata orang ramai,
untuk meraih sokongan dan kepentingan diri sendiri. Dengan sikapnya yang tidak
bertangggungjawab itu, dia telah mencemarkan ajaran-ajaran tareqat yang asli
yang telah lama beroperasi dan diterima pakai dalam masyarakat alam Islami.
Untuk kebaikan peminat-peninat rohaniah, kita menyeru agar mereka
berhati-hati dan berwaspada dalam memilih institusi rohaniah yang hendak
disertainya itu. Seseoraang itu hendaklah lebih dahulu meneliti latar belakang
institusi yang hendak diceburinya itu dan sekaligus pula cuba mengenali latar
belakang pemimpinnya, apakah dia seorang yang berwibawa dalam bidang Akidah
Islamiyah, bidang Syariah dan benar-benar menguasai ilmu rohaniah. Ini boleh
dicapai dengan merujuk kepada alim ulama’ dan institusi–institusi agama yang diakui
menpunyai authoriti dalam bidang keagamaan.
Dalam peringkat ini rasanya perlu kita mengetahui apakah ciri-ciri mursyid
yang layak untuk menjadi pemimpin rohaniah itu? Dalam hubungan ini al-Imam
al-Ghazali menegaskan,
katanya: “Seseorang salik atau pengembara rohaniah itu memerlukan seseorang syaikh mursyid murabbi untuk mengeluarkan sifat-sifat negatif daripada salik tersebut dengan bimbingan dan didikannya, dan digantikannya dengan sifat–sifat positif.” Seterusnya kata Imam Ghazali lagi, didikan atau tarbiah itu serupalah dengan kerja peladang yang mencabut duri-duri dan mengeluarkan tumbuh-tumbuhan asing dari celah–celah tanaman supaya ia tumbuh dengan baik dan sempurna kesuburannya. Bagi seseorang salik, kata al-Imam al-Ghazali, dia mesti syaikh yang melatih dirinya dan menunjuknya ke arah jalan Allah Taala. Ini kerana Allah Taala telah mengutus untuk hamba–hambanya seorang rasul yang bertugas memandu hamba-hambanya itu kejalan Allah; dan apabila Rasulullah SAW sudah tidak ada lagi, para Khulafa’ ar-Rasyidun pula mengambil tempatnya itu, sehingga mereka pula bertugas menunjuk orang ramai kepada jalan Allah Taala.
katanya: “Seseorang salik atau pengembara rohaniah itu memerlukan seseorang syaikh mursyid murabbi untuk mengeluarkan sifat-sifat negatif daripada salik tersebut dengan bimbingan dan didikannya, dan digantikannya dengan sifat–sifat positif.” Seterusnya kata Imam Ghazali lagi, didikan atau tarbiah itu serupalah dengan kerja peladang yang mencabut duri-duri dan mengeluarkan tumbuh-tumbuhan asing dari celah–celah tanaman supaya ia tumbuh dengan baik dan sempurna kesuburannya. Bagi seseorang salik, kata al-Imam al-Ghazali, dia mesti syaikh yang melatih dirinya dan menunjuknya ke arah jalan Allah Taala. Ini kerana Allah Taala telah mengutus untuk hamba–hambanya seorang rasul yang bertugas memandu hamba-hambanya itu kejalan Allah; dan apabila Rasulullah SAW sudah tidak ada lagi, para Khulafa’ ar-Rasyidun pula mengambil tempatnya itu, sehingga mereka pula bertugas menunjuk orang ramai kepada jalan Allah Taala.
Syarat seorang syeikh yang layak menjadi pengganti Rasullullah SAW itu,
kata Al Imam Al-Ghazali, pertamanya dia mesti seorang yang alim. Tetapi tidak
semua orang alim layak menerajui kepimpinan ini. Di sini, kata Al-Imam
Al-Ghazali, diterangkan secara ringkas cirinya agar tidak semua orang boleh
mendakwa dirinya sebagai mursyid. Antara ciri-ciri itu ialah:
•Dia tidak mencintai dunia dan kemegahannya.
•Dia sendiri telah mengikuti bimbingan seorang mursyid yang berwibawa yang berkesinambungan sampai kepada junjungan kita penghulu rasul-rasul SAW.
•Beliau amat baik dalam riyadhah dirinya, tidak banyak makan, tidak banyak bercakap dan tidak banyak tidur, sebaliknya banyak mengerjakan solat, bersedekah dan puasa.
•Dia sendiri telah mengikuti bimbingan seorang mursyid yang berwibawa yang berkesinambungan sampai kepada junjungan kita penghulu rasul-rasul SAW.
•Beliau amat baik dalam riyadhah dirinya, tidak banyak makan, tidak banyak bercakap dan tidak banyak tidur, sebaliknya banyak mengerjakan solat, bersedekah dan puasa.
Dengan mengikut syaikh yang berwibawa seperti itu, jadilah akhlak yang baik
itu sirah perjalanan hidupnya seperti bersifat sabar, mengerjakan solat,
bersyukur, bertawakal, yakin, qana’ah, tenang, lemah-lembut, tawadhu’,
bersopan-santun, berhati-hati, berhemat-cermat dan sebagainya. Jadilah dia
sebagai cahaya daripada cahaya-cahaya nabi SAW, dan dia layak diikuti. Tetapi
wujudnya tokoh yang seperti ini jarang sekali dan lebih sukar daripada mendapati
belerang merah. Walaupun bagaimanapun, kata Al-Imam Al-Ghazali, mana-mana orang
yang terdorong untuk beroleh kebahagiaan, dia akan bertemu denagn shaikh yang
mempunyai ciri-ciri dan kriteria sebagaimana yang tersebut itu.
Sifat-sifat mursyid yang dibentangkan al-Imam al-Ghazali itu dapat kita
jadikan sebagai kayu pengukur atau neraca untuk memilih syaikh atau mursyid,
atau guru rohaniah yang benar-benar boleh dipercayai dan boleh diikuti. Dengan
demikian, seseorang itu akan terhindar daripada terperangkap dalam kegiatan
ajaran-ajaran sesat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan