Ahad, November 25

Risalatul Murid 8 - 10


FASAL {8}

Hindarilah diri setiap ahli suluk dari meninggalkan ibadah Jum'at dan berjemaah. Perbuatan ini hanyalah perilaku orang-orang yang menganggur dan bodoh.

Peliharalah juga amalan-amalan sunnah Qabliah dan Ba'diah (sembahyang sunat
sebelum dan selepas). Lazimkan diri dengan solat Witir dan Dhuha. Mestikanlah menghidupkan antara Maghrib dan Isya'.

Imarahkan juga waktu selepas Subuh sehingga terbit matahari, waktu selepas Asar hingga Maghrib. Peliharalah kedua-dua waktu yang amat suci ini. ALLAH melimpahkan padanya dengan bermacam bentuk kurniaan kepada hamba yang mengimarahkan dan memperbanyakkan ibadah.

Menghidupkan waktu Subuh merupakan waktu yang boleh menarik segala himpunan rezeki jasmani. Selepas asar pula mampu menghimpunkan anugerah kerohaniaan.

Demikianlah apa yang telah dilakukan secara mujarrab oleh orang-orang yang Arifin. Di dalam aL-Hadith:

Ertinya: "Sesungguhnya orang yang duduk di tempat sembahyangnya mengingati ALLAH selepas subuhnya akan mempercepatkan mndapatkan rezeki berbanding orang yang musafir di segenap ufuk."
FASAL {9}

Perkara yang tidak kurang penting dalam jalan menuju kepada ALLAH selain menunaikan segala perintah dan meninggalkan segala larangan, ialah berzikir pada setiap masa dan tempat dengan hati dan lidah.

Zikir ini mestilah terhimpun padanya segala macam faedah zahir dan batin. Tiada lainnya iaitu kalimah "LAA ILAAHA ILLALLAH". Zikir ini yang menjadi permulaan pejalanannya. Dan zikir bagi a
hli yang sudah sampai ke kemuncak kebahagiaan.

Barangsiapa yang melakukannya nescaya pasti dia akan mengecapi rahsia perjalanannya dan terpancarlah sinaran hakikatnya.

Hendaklah sentiasa duduk iktikaf, berzikir pada ALLAH dengan jiwa yang hadir, adab yang sempurna, semangat yang membara dan dorongan yang kuat. Tidak akan terhimpun erti-erti dari makna ini pada setiap individu sehingga terbuka baginya rahsia di alam malakut yang indah. Akan terbuka baginya rohnya hakikat alam yang suci. Ia akan menyaksikan dengan mata hatinya keindahan dan kesucian yang Maha Agung.

Para ahli suluk juga mestilah banyak bertafakkur.

Tafakkur ini pula di atas tiga bahagian:

[1] Tafakkur tentang keajaiban kuasa dan keindahan Sang Penguasa yang Maha Agung sama ada di langit mahu pun di bumi.

[2] Tafakkur di atas ni'mat ALLAH yang tidak terhitung. Pengaruh yang terdapat di alam ni'mat itu sendiri, serta kecintaan kepada ALLAH.

[3] Tafakku dalam soal kehidupan dunia dan akhirat serta keadaan makhluk yang ada, sehinggalah terbina jiwa yang tidak tunduk kepada dunia bahkan sentiasa mencari kebahagiaan akhirat.

Hal ini telah kami perjelaskan secara teliti di dalam kitab "Risalah Al-Mu'awwanah". Bolehlah membacanya bagi sesiapa yang berminat.

FASAL {10}

Seandainya diri anda terasa malas dalam menunaikan ketaatan dan merasa berat untuk melaksanakan kebaikan, pulihkanlah dengan pengharapan yakni "al-Raja' ". Sentiasa mengingati ALLAH dan janji-Nya kepada orang-orang yang ta'at iaitu kejayaan yang agung, ni'mat yang kekal, kemenangan, keredhaan, kekal di dalam Syuga, ketinggian, kedudukan di sisi ALLAH dan hamba-Nya.

Seandainya pula dir
i anda disentuh oleh perilaku yang bercanggah dengan syara' dan cenderung kepada keburukan, maka dindingilah dengan benteng takut yakni "al-Khauf". Ia mampu menyedarkan dan memandu kita. Ingatlah amaran ALLAH tentangnya iaitu kehinaan, balasan buruk, kemurkaan, ketinggalan, pengharaman, kegersangan dan kerugian yang amat nyata.

Janganlah sampai tepengaruh dengan sebarang bicara kosong orang-orang yang mempermudahkan urusan Syurga dan Neraka.

Agungkanlah apa-apa yang yang telah dimuliakan ALLAH dan Rasul. Berbuatlah amal kerana ALLAH, Tuhan sekalian makhluk. Mohonlah Syurga-Nya dan minta dijauhkan dari Neraka-Nya dengan rahmat dan kurniaan-Nya.

Jika syaitan berkata: "Bahawa ALLAH itu Maha Kaya, Ia tidak perlu kepada amalan hamba yang tidak akan memberi sebarang manfaat atau mudharat kepada ALLAH, demikian juga dengan maksiat." Cukup dijawab kepada bicara itu "Benar kamu, tetapi aku adalah hamba yang sangat berhajat kepada kelebihan ALLAH dan amalan saleh. Berhajat kepada ketaatan yang memberi manfaat kepada hamba-Nya. Kami amat takut perkara maksiat yang akan memudharatkan kami." Hal ini telah disebut oleh ALLAH dalam Hadith Qudsi-Nya:

"Seandainya dibisikkan oleh syaitan kepada hamba, sedangkan hamba itu telah ditentukan sebagai orang-orang yang berbahagia, nescaya tanpa syak lagi ia akan menjadi ahli Syurga, walaupun hamba itu ahli yang taat atau maksiat. Seandainya hamba itu telah ditentukan sebagai orang yang durjana, maka sudah pasti ia akan menjadi penghuni Neraka, walaupun hamba itu seorang ahli ibadat yang taat."

Janganlah sesekali mendengar bicara itu. Urusan ini adalah ketentuan ALLAH semenjak azali. Tiada sesiapa yang mengetahui perkara ghaib kecuali ALLAH. Urusan ini juga tiada sesiapa pun yang boleh mencampurinya.

Ketaatan adalah perkara yang telah diputuskan dalam janji ALLAH dengan kebahagiaan. Tiada sebarang pendinding di antara orang-orang yang taat dan Syurga ALLAH, sekadar kematian dalam keluhuran.

Kemaksiatan telah diputuskan dalam janji-Nya dengan kecelakaan. Tiada sebarang pendinding di antara oang-orang yang maksiat dengan Neraka ALLAH sekada kematian dalam kemaksiatan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan