Rabu, Januari 23

Syair Karangan asy-Syeikh Yusuf ibn Ismail an-Nabhani رحمه الله تعالى






SubhanALLAH, berikut, sebuah Syair nan indah,
karangan asy-Syeikh Yusuf ibn Ismail an-Nabhani رحمه الله تعالى
dengan terjemahan oleh al-Fadhil Ustaz Noor Deros حفظه الله تعالى.





على رأس هذا الكون نعل محمد *** علت فجميع الخلق تحت ظلاله
لدى الطور موسى نودي اخلع وأحمد *** على القرب لم يؤمر بخلع نعاله
مثال حكى نعلاً لأشرف مرسل *** تمنت مقام الترب منه الفراقد
ضرائرها السبع السموات كلها *** غيارى وتيجان الملوك حواسد
مثال لنعل المصطفى ما له مثل *** لروحي به راح لعيني به كحل
فأكرم به تمثال نعل كريمة *** لها كل رأس ود لو أنه رجل
ولما رأيت الدهر قد حارب الورى *** جعلت لنفسي نعل سيده حصناً
تحصنت منه في بديع مثالها *** بسور منيع نلت في ظله الأمنا
إني خدمت مثال نعل المصطفى *** لأعيش في الدارين تحت ظلالها
سعد ابن مسعود بخدمة نعله *** وأنا السعيد بخدمتي لمثالها
وما حب النعال شغف قلبي *** ولكن حب من لبس النعالا
ونعـل خضعنا هيبـة لوقارهـا *** فإنا متى نخضع لهيبتها نعلـو
فضعها على أعلى المفارق إنهـا *** حقيقتهـا تاج وصورتها نعـل

 
❝ Alas kaki Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم itu Agung di atas kepala alam semesta, dan segenap makhluk itu berada dibawah bayang-bayangnya...


Ketika di bukit Tursina, Musa عليه السلام Diperintah supaya menanggalkan (alas kakinya), tetapi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم biarpun berada pada jarak yang lebih dekat (dengan ALLAH), tidak Diminta supaya ditanggalkan Sandalnya...


Lambang yang meniru Sandal asli Sang Rasul صلى الله عليه وآله وسلم yang paling Mulia itu membuatkan bintang-bintang berangan-angan menjadi tanah untuk dipijak olehnya...


Madu-madunya, tujuh petala langit semuanya cemburu, dan mahkota-mahkota raja semuanya merasa hasad padanya...


Lambang Sandal al-Mustafa صلى الله عليه وآله وسلم itu tiada bandingannya, ia adalah kerehatan bagi ruhku dan celak (ubat) bagi mataku...


Sangatlah Mulia lambang Sandal yang Agung ini! Kerananya, semua kepala berharap, alangkah baiknya jikalau dapat menjadi kaki (Baginda صلى الله عليه وآله وسلم)...


Apabila aku melihat ALLAH (ad-Dahr) mula Memerangi manusia (kerana maksiat mereka), aku menjadikan alas kaki tuannya sebagai perisai...


Aku berlindung daripadaNYA (Kemarahan ALLAH) dengan keagungan lambang alas kaki Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, sebagai tembok yang kukuh dimana aku berasa aman dibawah perlindungannya...


Aku berkhidmat pada lambang Sandal al-Mustafa صلى الله عليه وآله وسلم, supaya dapat aku hidup di dunia dan akhirat dibawah bayang-bayangnya...


Berbahagianya Ibn mas`ud h رضي الله عنه وأرضاه kerana khidmatnya pada sandal Baginda صلى الله عليه وآله وسلم (yang sebenar), dan aku, adalah si Dia (صلى الله عليه وآله وسلم) yang berbahagia kerana khidmatku pada lambangnya...


Sesungguhnya, bukanlah pada lambang itu hatiku merindu, tetapi pada si Dia (صلى الله عليه وآله وسلم) yang memakai Sandal itu...


Kita direndahkan oleh cinta kerana memuliakan Sandal ini, dan bilamana kita merendahkan diri dihadapanya, kita akan diangkat dan dimuliakan!


Maka letakkanlah ia di rak-rak teratas, kerana secara zahir ia adalah Sandal, namun pada hakikatnya ia adalah Mahkota! ❞

Tiada ulasan:

Catat Ulasan