Alhamdulillah kita
dipertemukan lagi dengan bulan Rajab. Maka al-Fagir ingin berkongsi sedikit
tips bagaimana untuk meraih kelebihan di bulan ini. Tips ini diambil dan diterjemah (secara ala kadarnya) dari tulisan
Guru Mulia
Habib Umar bin Muhammad bin Salim حفظه الله di website beliau, yang mana ianya juga ada dikongsikan di FB.
كيف
ينبغي أن يكون حال المسلم ليدرك فضيلة شهر رجب؟
Bagaimana seharusnya keadaan seorang
Muslim untuk mendapatkan kelebihan bulan Rajab?
Oleh: Guru Mulia Habib Umar bin Muhammad
bin Salimحفظه الله
ق التوبة النصوح.
Memperbanyakkan
beristighfar dan mentahqiqkan taubat nashuha (taubat yang
bersungguh-sungguh)
العزم الصادق في الإقبال
على الله بفعل الطاعات، وترك المعاصي والمخالفات.
Berazam dengan
keazaman yang benar (jujur) dalam menghadap kepada Allah dengan mengerjakan
keta’atan-keta’atan dan meninggalkan kemaksiatan dan perkara-perkara yang
bersalahan (dengan syariat).
النظر في أحواله وإصلاحها
وإقامتها على منهج المتابعة للنبي محمد صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم.
Meneliti pada hal
keadaan dirinya dan membaikinya dan mendirikannya dengan berittiba’ (mengikuti)
Nabi صلى الله
عليه وآله وصحبه وسلم
تفقُّد شأنه في الفرائض
وكيفية أدائها وسننها ورواتبها وحضور القلب فيها.
Memerhati urusannya
dalam hal kefardhuan (yakni fardhu sholat) dan kaifiat menunaikannya (yakni
menunaikannya dengan ilmu), (memelihara,
menjaga) sunat-sunatnya dan rawatibnya (yakni sholat-sholat sunat yang
mengiringi sholat fardhu) dan menghadirkan hati dalam mengerjakannya (yakni
khusyu’).
الحرص على الصف الأول في
الجماعة، والحرص على التكبيرة الأولى مع الإمام فلا تفوته.
Loba (menguatkan
keinginan) untuk mendapatkan shaf yang awal dalam berjemaah dan loba atas
mendapatkan takbir pertama berserta imam dan jangan sesekali luput daripadanya
أن يتفقد نفسه في القرآن
ونصيبه من تلاوته وتدبره، والحرص على العمل بما فيه.
Bahwa dia meneliti
dirinya dalam urusan al-Quran dan bahagiannya daripada membaca al-Qur’an dan
memerhatikan makna-makna (tuntutan-tuntutan)nya dan loba atas beramal dengan
apa yang terkandung di dalam al-Quran.
المحافظة على الأذكار في
الصباح والمساء وبعد الصلوات، وفي الأحوال المختلفة.
Memelihara
dhikir-dhikir pada waktu pagi dan petang, selepas sholat dan pada
keadaan-keadaan yang berbeza.
أن يتفقَّد نفسه في
المعاملة مع الأهل والأصحاب والأصدقاء والأقارب والجيران، ومع عامة الخلق وخاصتهم.
Bahwa dia memerhati
akan dirinya dalam bermu’amalah bersama ahli keluarganya, teman dan rakan-taulan,
kaum-karabat, jiran-tetangga dan juga segala makhluk secara umum dan khusus.
صيام ما تيسر من أيام
الشهر، وخصوصا الاثنين والخميس والأيام البيض.
Berpuasa pada
mana-mana hari yang mudah daripada hari-hari dalam bulan Rajab, khususnya hari
isnin, khamis dan hari-hari putih/cerah (yakni pada tanggal 13, 14, dan 15)
أن يكون له نصيب من
الصدقات والتفقُّد للفقراء والمساكين، والإحسان إليهم.
Bahwa dia bersedekah
dan memerhatikan (keperluan) golongan fuqara dan masakin dan berbuat baik
kepada mereka.
اغتنام هذه الليالي في
العبادة، خصوصا وقت السحر، فينبغي في مثل هذا الشهر أن يكون له حال حسن في
المعاملة مع السحر، ليدخل في دائرة من أثنى عليهم الرب الأكبر في القرآن
بالاستغفار في الأسحار، قال تعالى ( وبالأسحار هم يستغفرون) وقال سبحانه وتعالى: (
والمنفقين والمستغفرين بالأسحار ) وقال تعالى ( إنهم كانوا قبل ذلك محسنين كانوا
قليلا من الليل ما يهجعون وبالأسحار هم يستغفرون ).
Merebut peluang atau
mengambil kesempatan pada malam-malam (di bulan Rajab ini) mengerjakan ibadah,
khususnya pada waktu sahur (yakni akhir malam, sebelum fajar). Maka seyogianya dalam bulan ini bahwa dia menjadikan
baginya kebaikan dalam bermu’amalah dengan waktu sahur (yakni membiasakan
dirinya untuk beramal pada waktu sahur), bagi melayakkan dirinya masuk dalam
kumpulan orang-orang yang mana Allah Yang Maha Besar memuji mereka di dalam
al-Quran, dengan (amalan mereka yang) beristighfar pada waktu-waktu sahur.
Allah Ta’ala berfirman:
وَبِٱلْأَسْحَارِ هُمْ
يَسْتَغْفِرُونَ
Maksudnya: Dan pada waktu sahur (yakni akhir malam, sebelum fajar) pula,
mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). – (Adh-Dhariyah: 18)
Dan berfirman Allah
Ta’ala lagi:
وَٱلْقَـنِتِينَ وَٱلْمُنفِقِينَ
وَٱلْمُسْتَغْفِرِينَ بِٱلْأَسْحَارِ
Maksudnya: “Dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada
jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu
sahur”.(Aali
‘Imran: 17)
FirmanNya lagi:
كَانُوا۟ قَبْلَ ذَلِكَ
مُحْسِنِينَ ﴿١٦﴾
كَانُوا۟ قَلِيلًا مِّنَ ٱلَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ ﴿١٧﴾ وَبِٱلْأَسْحَارِ
هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
Maksudnya: Sesungguhnya mereka di
dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa
mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu
sahur (yakni akhir malam, sebelum fajar) pula, mereka selalu
beristighfar kepada Allah (memohon ampun). – (Adh-Dhariyah:
16 – 18)
نسأل الله أن يوفر حظنا من هذه الليالي
وهذا الشهر، وأن يجعلنا من المقبولين المسعودين في الدنيا والآخرة. اللهم بارك لنا
في رجب وشعبان وبلغنا رمضان وأعِنا على الصيام والقيام.
Kita memohon kepada Allah semoga Dia menambahkan (amal
ibadah) kepada kita daripada malam-malam ini dan bulan ini, dan Dia menjadikan
kita daripada golongan yang diterima (amal ibadah) dan orang-orang yang bahagia
di dunia dan di akhirat. Ya Allah limpahilah
berkat kepada kami pada bulan Rajab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan
Ramadhan dan bantulah kami atas mengerjakan puasa dan mendirikan sholat. –
Tammat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan