Isnin, April 11

Sambungan nasihat Tok Ayah….

101. (zero, zero, one) ini nombor kod Ahlullah. Kosong dunia, kosong akhirat, hanya Allah yang
Esa.

102. Bergaul dengan jutawan berasa nak manfaat dari mereka. Syirik! Tengok benda seronok,
berasa seronok. Syirik dengan ‘seronok’. Duduk dengan orang jahat dan ganas, berasa takut
dia kacau kita. Syirik dengan ‘takut’ pula. Bila tengok perkara yang tak elok dan tak berkenan,
tak nak dan tak mahu pula. ‘Syirik dengan tak nak’. Tengok perkara yang berkenan dan
menawan berasa nak. Syirik dengan ‘nak’ pula

103. Kalau kereta rosak ada tukang yang akan baikinya. Kalau orang rosak siapa yang nak baiki?

104. Jadilah hamba Allah sehamba‐hambanya. Kalau orang bertanya siapa yang paling banyak
dosa? Angkatlah tangan!

105. Berdoalah kepada Allah supaya buta mata daripada melihat perkara yang dilarang. Pekak
telinga daripada mendengar perkara yang dilarang. Bisu mulut daripada bercakap perkara
yang ditegah. Batukan anggota daripada melakukan perkara yang Allah larang.

106. Orang munafiq di zaman ini tak senang dengan pakaian sunnah.

107. (La hau la wala quwwata illa billah) cakap senang, nak duduk di atas
garisannya payah.

108. Kemerdekaan yang sebenar ialah apabila bebas daripada belenggu hawa nafsu.

109. Orang Melayu terhijab dengan bahasa Melayunya, orang India terhijab dengan bahasa
Tamilnya. Orang Cina terhijab dengan bahasa Cinanya. Orang Jawa terhijab dengan bahasa
Jawanya. Orang “ARAB” pun terhijab dengan bahasa Arabnya.

110. Perkara yang kita tak tahu tidak semestinya perkara tersebut tak betul.

111. Orang yang loyar buruk dengan Allah s.w.t ialah orang yang loyar buruk dengan auliya’ Allah.

112. Bala yang Allah kenakan kepada kita adalah setimpal dengan amal perbuatan kita. Bila kita
buat kebajikan. Pandanglah, bahawa itu semuanya anugerah dan rahmat Allah. Kalau buat
perkara yang tak berbetulan dengan jalan keredhaanNya janganlah disandarkan kepada Allah.
Salahkan nafsu kita sendiri. Ini tidak! Bila buat kebajikan kita rasa ada “share” (berkongsi)
dengan Tuhan. Bila buat maksiat dikatakan pula ini qodho Tuhan. Inilah puncanya manusia tak
sampai Tuhan dan semakin jauh daripada “rahmatNya”. Tidak lain kerana biadabnya kita!

113. Guru saya pesan. “Mahmud! Janganlah ajar adab nanti mereka biadab. Ajarlah mereka
beribadat sehingga mereka beradab!”

114. Apabila tidak senang dengan aturcara “perjalanan Ahlullah” itu tandanya ada darah kejinan
mengalir di dalam jasad. Untuk menghilangkannya hanyalah
dengan (“Fana’‐fi‐syaikh” yakni mematuhi segala aturan guru). Guru yang
ikhlas tidak akan membawa muridnya masuk “neraka”.

115. Para auliya’ (wali‐wali Allah) tidak menyembunyikan “Ilmu”. Orang dunialah yang
menyembunyikan ilmu. Kerana ada kepentingan dan tak ikhlas. Mereka takut anak murid
mereka lebih bijak! Bersalahan dengan auliya’, mereka mahu murid‐murid mereka lebih
cemerlang dan berjaya.

116. Bila buat sesuatu ikut hawa nafsu maka akan timbullah penyesalan yang berpanjangan.

117. Benda dan perkara yang dah berlaku, jangan kata “Silap!” Tuhan buat “Tak silap”. Yang
silapnya pasal kita “Ikut hawa nafsu!”

118. “Buat apa nak zikir ( suara ) kuat‐kuat? Allah s.w.t. bukan pekak! Zikir perlahan pun Allah s.w.t.
dengar”. Ini cakap orang yang tidak kenal Tuhan, cakap orang kafir. Habis itu Allah s.w.t.
jadikan petir yang berbunyi kuat itu, dia tidak dengar ke? Memang Allah s.w.t. tidak pekak
tetapi yang pekak itu “nafsu”, dia tidak mahu dengar dan ikut perkara yang Allah s.w.t. redha.
Itulah sebabnya disuruh berzikir dengan suara yang kuat. Memang berzikir dengan sirr lebih
afdhol daripada zikir (suara) kuat. Tapi ini untuk orang yang dah sampai.

119. Selaku umat Rasulullah s.a.w. di abad 15 Hijrah ini. Saya akan bersungguh‐sungguh
memperjuangkan dan mempertahankan perjalanan Ahlullah.

120. Bacalah diri sendiri (tengok keburukan sendiri). Jangan baca (tengok) keburukan orang lain.

121. Bereskan kekufuran dan kesyirikan di dalam diri kita dulu. Janganlah bersibuk dengan
kekufuran dan kesyirikan di luar kita.

122. Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyatakan “bahawa para sahabat umpama bintang‐bintang di
langit”. Walaupun mereka berlainan bidang seperti bertani, berniaga, kaya, miskin, panglima,
hamba abdi dan lain‐lain tetapi mereka mempunyai satu rahsia dengan Tuhan iaitu memiliki
sifat “kehambaan”. Inilah perjalanan Ahlullah.

123. Gagahnya satu‐satu zaman itu di sebabkan gagahnya para auliya’ (wali‐wali Allah) di zaman
itu.

124. Air hujan yang turun dari langit “jernih”. Tapi bila sampai di bumi jadi keruh, kotor dan
berwarna merah disebabkan tanah. Begitulah rahmat Allah yang turun dari langit, “suci”. Tapi
perut (hati) kamu yang mengotorkan rahmat Allah itu. Kenapa air hujan yang turun di laut
jernih? Sebab air laut jernih.

125. Sembahyang ada waktu. Zikrullah tidak ada waktu tertentu. Zikrullah kena dilakukan
sepanjang waktu. Semua para nabi dan rasul berzikir.

126. Selagi mana kita terasa reti. Selama itulah kita tak reti!

127. Terasa adanya “kita”. Itulah kesalahan yang besar.

128. Selagi terasa adanya kita. Selama itulah kita menderita.

129. Kita tak soal UMNO ka, PAS ka, ADIL ka. Kita akan berganding bahu dengan orang‐orang yang
sanggup berdiri, mengikuti aturcara kebangkitan (Islam).

130. Abad 15 Hijrah ialah abad kebangkitan Islam.

131. Semua para auliya’ di dalam dunia sepakat mengharamkan rokok.

132. Satu batang rokok yang dihisap menjadi hijab dengan Allah selama 40 hari.

133. Serban, jubah dan janggut lambang orang soleh.

134. Pakai baju, dulukan tangan kanan, buka baju dulukan tangan kiri. Pakai kain dulukan kaki
kanan, tanggalkan kain, dulukan kaki kiri, pakai seluar duduk dulu dan mulakan dengan kaki
kanan kemudian barulah berdiri, buka seluar dulukan kaki kiri. Nak pakai kasut/selipar dulukan
kaki kanan nak buka, dulukan kaki kiri. Pakai kain tindihkan kanan di atas pihak kiri. Ni kamu
tidak! pakai ikut “DAN!”. Tak ikut sunnah, ikut syaitan, tak ada zikrullah. Zikrullah tak masuk
dalam badan lagi. Kamu ingat perkara ni kecik! Kalau perkara kecik tidak boleh nak jaga,
macam mana nak jaga perkara yang lebih BESAR?

135. Buang atau cukur janggut, simpan misai, macam Hindu! Ikut Hindu! Rasulullah s.a.w. suruh
panjangkan janggut, andamkan misai.

136. Semua nabi‐nabi dan rasul‐rasul a`laihimussalatu wassalam dibangkitkan oleh Allah s.w.t.
untuk menguatkan iman dan taqwa dahulu. Bila iman dan taqwa dah kuat, barulah perkaraperkara
lain akan ikut kuat. Ini tidak, nak kuat ekonomilah, kuatkan itulah, inilah. Nabi Adam
a.s. mula‐mula di turunkan ke bumi ini apa yang dibuat dulu? Baginda menangis takutkan
Allah s.w.t. selama 40 tahun. Adakah baginda buat benda lain dulu?

137. Kenapa orang Islam yang dulu‐dulu hebat dan kuat. Sebab mereka kuat berpegang dengan
Allah s.w.t. dan Sunnah. Kita sekarang tidak, sebab itulah orang Islam sekarang lemah.

138. Kita jangan di perbudak‐budakkan oleh budak‐budak dunia.

139. Orang yang baik merasa
dirinya jahat! Orang yang jahat merasa dirinya baik! Dalam bala ada
nikmat. Dalam nikmat ada bala. Sebab itulah semua kekasih Allah di dalam penderitaan.

140. Bala ada 4 jenis:
سراج للعارفين• (Sirajun‐lil‐ariffin) penerang bagi para arifbillah.
يقظة للمريدين• (Yaqozatun‐lil‐muridin) penyedar bagi orang yang hendak mengenal Allah.
إصلاح للمؤمنين• (Islahun‐lil‐mukminin) membaikkan orang yang beriman.
هلك للغافلين• (Halakun‐lil‐ghafilin) membinasakan orang yang lalai pada Allah s.w.t.

141. Punca bohsia dihari ini (keruntuhan moral) ialah disebabkan suntikan yang diberi kepada bayi
yang mengandungi hormon lembu atau kuda. Apa kerja lembu dan kuda? Jadi budak‐budak ini
ikut perangai lembu dengan kudalah! Yang ada hormon manusia sahaja pun, payah nak asuh
apatah lagi yang ada hormon lembu dengan kuda. Inilah cara Yahudi dan Nasrani untuk
melemahkan orang Islam. Mereka tahu sekarang ini adalah masa kebangkitan Islam. Mereka
bunuh sel‐sel kesolehan yang terdapat dalam anak‐anak orang Islam. Sebagaimana Firaun
membunuh anak‐anak Bani Israel kerana takutkan Musa a.s.

142. Wajib taat kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. dan orang‐orang yang “mengajak” kita
taat kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.

143. Cara perubatan yang tak menggunakan dadah seperti akar kayu dan homeopati ini adalah
lebih baik. Perubatan yang menggunakan dadah boleh merosakkan saraf kita. Itu yang
menyebabkan payah masuk zikir jika saraf sudah rosak!

144. Saya buat kerja saya. Saya tak kisah orang nak marah ke atau suka!

145. Di jalan Allah s.w.t. tidak ada mujadalah, mubahasah, munaza’ah dan munakasyah
(bertengkar, berdebat, berbahas). Yang ada di jalan Allah s.w.t. hanya
(beriman dan beramal soleh).

146. Penyelewangan hadis. Betullah! Rasulullah s.a.w suruh tuntut ilmu sampai ke negeri China,
tetapi masalahnya bila kita hantar penuntut kita ke China, mereka jadi China!, hantar ke
Amerika jadi Amerika!, hantar ke England jadi England!. Pasal kita tidak beri mereka kekuatan
(iman dan taqwa) terlebih dahulu. Hadis ini Rasulullah s.a.w. menceritakan di mana dan pada
bila? Pada masa iman para sahabat dah cukup kuat. Inilah penyelewengan hadis namanya.

147. Kalau perut dah kenyang macam mana nak meratib?

148. Satu orang Tuan Guru (Sg. Pau Kedah) komen apa yang saya anjurkan. Saya bagi tahu dia, “Pak
Cik! Kalau Mahmud buat ikut hati ‐ mati. Ikut nafsu, lesu. Kalau Mahmud buat kerana Allah
masyaAllah. Tengoklah nanti bagaimana Mahmud gila (majzub) ini memimpin manusia ke
jalan Allah”.

149. Di dalam tubuh badan manusia ada 56 ribu titik darah. Untuk menyuci satu titik darah tidak
terpakai, perlu berselawat sebanyak 100 kali. Bermakna untuk memproses setiap titik darah
tersebut perlu berselawat sebanyak 5.6 juta.

150. Dalam perjalanan Ahlullah, selagi belum mutmainnah dikira orang baru.Walau dah 30 tahun
ikut tapi belum mutmainnah di kira masih orang baru.

151. Cara‐cara memohon guru mursyid.
a. Selalu buat sembahyang hajat.
b. Banyakkan membaca (Laila hailla anta
subhanaka inni kuntu minaz zolimin), istighfar dan selawat.
c. Berdoa ‐ “Ya Allah dengan berkat Rasulullah s.a.w. dan berkat para waliMu yang besarbesar.
Pertemukan aku dengan orang yang Kau kasih untuk membimbing hambaMu
yang dhaif, zalim dan jahil lagi banyak dosa ini semata‐mata dengan rahmatMu sahaja.
Ya Allah!”.

151. Dari mana hendak kemana,
Singgah di dunia jangan buat bencana;
Di akhirat nanti jadi merana,
Kekal di dalam selama‐lamanya.

152. Fahaman agama ini luas. Ada fahaman syariat, ada fahaman toriqat, ada fahaman hakikat dan
ada fahaman makrifat. Untuk berjalan pertama‐tama sekali kena kasih dengan syariat, kena
kasih pada Rasulullah s.a.w

153. Segala amalan khurafat yang menghalang kita didalam perjalanan dihapuskan dengan
berselawat.

154. Hanyalah dengan memperbanyakkan mengingati Allah sahaja akan membuka laluan kepada
kita untuk memahami tauhid.

155. Yang dikatakan memperbaiki diri ialah kita perlulah bersifat zuhud dan yaqin kepada Allah
Taala.

156. Apabila tidak zuhud akan timbullah penyakit tamak. Dari penyakit tamak akan timbul pula syak
wasangka terhadap Allah.

157. Tidak ada jalan lain untuk keluar daripada penyakit tamak dan syak wasangka terhadap Allah
melainkan dengan zuhud.

158. Punca kita jauh dari Allah tidak dapat merasai kemanisan iman kerana kita tamak. Kalau tamak
hendakkan syurga pun Allah s.w.t keluarkan dari syurga (kisah Nabi Adam a.s), apatah kalau
kita tamak hendakkan dunia.

159. Pupuklah dangan zuhud dan yakin kepda Allah supaya timbul dalam perasaan kita: ”Dia
Tuhan”.

160. Setiap amalan yang tidak sampai makrifah akan jadi sampah.

161. Untuk mendapat yakin kenalah tinggalkan nafsu amarah terlebih dahulu. Dengan nafsu
ammarah tidak akan wujud keyakinan kerana dia musuh Allah dan sentiasa bercanggah
dengan Allah.

Lagi nasihat Tok Ayah……….

1. Jangan tinggal dengan nafsu. Jangan duduk dengan nafsu. Taslim (berserah)
kepada Allah s.w.t.. Jangan redho dengan maksiat. Redholah dengan Qadho &
Qadar Allah s.w.t.

2. Tutuplah pintu pancaindera yang di bangsakan (ikut) nafsu. Tutuplah pintu hati
yang di bangsakan mazmumah (sifat-sifat kebinatangan). Terbukalah pintu
rahmat. Terbukalah anugerah Allah s.w.t. melalui taslim (penyerahan).

3. Tolak hajat (kemahuan) sehingga Allah s.w.t. beri faham.

4. Perkara yang kita kurang puas hati jangan kritik Allah s.w.t.

5. Kedatangan sombong jadi nafsu. Perasaan sudah lama mengikuti (perjalanan)
jadi nafsu.

6. Buatlah istighfar, selawat, dan zikir. Lambat atau cepat (diri terbentuk) mengikut
tekanan masing-masing.

7. Terasa penat! Susah! Itu disebabkan nafsu tidak berupaya. Ibarat (seolah-olah)
mendahului Allah s.w.t. apabila di datangi tekanan.Sebab itu kalau hendak
berjalan (ikut perjalanan sufi), jangan ikut nafsu! Ikutlah Al-Quran & As- Sunnah.

8. Ikhlas adalah rahsia. Selagi ada rungutan. Selagi terasa sudah lama dan sebagainya.
Tanda belum dapat lagi (Tawakkul Mutlaq & Tauhid Mujarrad). Itu tandanya kurang
ikhlas.

9. Rahsia anak kunci kejayaan guru adalah ikhlas dengan Allah s.w.t.

10. Cara pembersihan (jiwa) dengan cara bersedikit-sedikit (ikut kemampuan) iaitu
dengan selawat, istighfar dan zikir. Membaca surah Alam Nasyroh jikalau datang
perasaan jemu dan membaca surah Qulhuallah hu Ahad jikalau berasa celaru dan
serabut.

11. Orang buta kena gila penuh (yakin sepenuhnya) dengan orang celik. Barulah boleh
berjalan. Jangan soal mati atau hidup.

12. Wali Allah bukan maksum, jadi jangan tertipu kerana melihat syariatnya.

13. Melihat kesalahan dan kelemahan guru adalah hijab bagi murid.

14. Pelajaran ilmu tauhid (mengenai sifat dua puluh – usuluddin) hanya untuk
mengawal akal. Bagi menumpukan kepada kalimah “La ila haillallah”.

15. Macam mana Allah hendak beri rahmat kepada kamu? Kerana kamu “BIADAP
DENGAN ALLAH!”

16. Kerohanian, tidak dicari dengan akal tetapi dengan bertaqwa. Bila datang alamat
kerohanian kena tolak dulu, sehingga ia datang bertubi-tubi, buatlah sembahyang istikhorah
supaya pasti.

17. Apa yang kita dakwa dari kerohanian kita, mesti ada bukti selepas itu. Tujuan
(latihan) kerohanian ialah (untuk mendapat) sembahyang khusyuk. Sebagai anugerah dari
Allah.

18. Rahmat Allah datang dengan menendang atau meninggalkan nafsu.

19. Bila timbul krisis (persilihan pendapat), perkara ini kena rujuk kepada Allah. Kalau
ada rahmat melalui saya. Saya akan selesaikan dengan Rahmat Allah.

20. Krisis mesti berlaku dikalangan Sahabat Radiallahu anhum kerana tidak sama darjah
permikiran.

21. Roh adalah urusan tuhan (maksud Alquran –Al-Isra’ ayat 85) ikut suka Tuhanlah
hendak buat macam mana. Perkara inilah yang tidak difahami oleh ulamak zahiriah. Kenapa
hendak campur urusan Tuhan?

22. Kamu pun boleh dapat! (kekuatan iman dan taqwa yang tinggi)! Dengan syarat
membuang kezaliman yang ada pada diri kamu sendiri.

23. Taksub pada diri sendiri adalah hijab yang paling besar sekali.

24. Kalau ada taksub atau mengambil kesempatan. Maka terhijablah kepada abid dan
zuhud.

25. Kadang-kadang manusia itu, kena dibiarkan dahulu sampai mereka terhantuk.

26. Jatuh bangun dalam perjalanan (sufiyah-ahlullah) adalah perkara biasa.

27. Berlaku pergeseran sesama jemaah adalah perkara biasa. Tetapi janganlah jadi
bodoh.

28. Rahsia perjalanan ialah tawaduk. Merendah diri dengan kebenaran.

29. Orang yang kaya ilmu hendaklah tawaduk dengan kekayaan ilmunya atau
keteguhannya.

30. Sekarang ramai orang seperti kacang yang lupakan kulit. Hanya memandang
jasad (zahiriah sahaja) tidak memandang Rahmat Allah, itulah punca menjadi tidak
tawadduk (takabbur) – inilah permainan syaitan.

31. Orang yang buta mata hati. Hal-hal dunia dia boleh buat bermacam-macam.
Kereta yang beranika bentuk, pakaian yang berfesyen-fesyen dan bangunan yang
pelbagai bentuk. Tetapi jalan ke akhirat mereka tidak boleh buat pula.

32. Taslim (penyerahan). Menunggu lakonan-susunan Allah. Tidak kempen, tidak
halau, tidak cepat, tidak lambat, tidak hendak sikit, tidak hendak banyak, tidak kira lama
dan tidak kira baru. Tidak mahu jadi, tidak mahu tidak jadi, tidak kalau boleh dan tidak
kalau tidak boleh!

33. Nafsu sentiasa menarik kepada ammarah untuk duduk setakat lawwamah pun tidak
di beri.

34. Buatlah sesuatu bukan berasa kerana hendak untung dan bukan takut mengalami
kerugian.

35. Mutmainnah itu ialah nafsu yang duduk atas garisan syariat. Sentiasa memikirkan
jalan, bagi mendorongkan manusia ke jalan Allah s.w.t.

36. Apabila mendapat mutmainnah. Penyakit penat akan hilang.

37. Kalau raja (pemerintah) lupa Allah dan rakyat lupa Allah maka kedua-duanya
masuk neraka.
38. Budak-budak gila dengan cara budaknya. Remaja gila dengan cara remajanya.
Orang muda, gila dengan cara mudanya. Orang tua gila dengan cara tuanya, yang ini
lagi teruk! Janggut dah putih tidak sedar-sedar lagi. Tidak ingat mati. Alamat hendak
masuk neraka!

39. Iblis pun berzikir. Dalilnya dalam surah Sod (ayat 82) iblis menyebut fabi izzatika
(hingga akhir ayat) (Demi KebesaranMu aku akan menyesatkan mereka semua). Dia
minta dengan kebesaran Tuhan.Tetapi iblis tidak istighfar dan selawat.

40. Pada tiap-tiap lapisan langit ada penjaganya.

41. Dalam merebut takwa, hendaklah kita pentingkan diri kita dahulu.

42. Saya tidak boleh tarik sesiapa. Kalau boleh, saya tarik anak dan isteri saya
dahulu. Saya hanya sekadar memberi galakan dan dorongan sahaja.

43. Saya hendak bersahabat dengan orang yang ikhlas dan orang yang berani.

44. Saya yang diberi amanah oleh Allah di muka bumi ini pun saya berasa masih
banyak melakukan silap. Saya juga tidak tahu, di mana Allah hendak letakkan saya di
akhirat nanti. Di syurga atau neraka.

45. Tidak ada sebab kamu tidak mati, pasal malaikat maut pun akan mati.

46. Ada orang mengadu kepada Hadrat Tok ayah. “Ayah! saya kadang-kadang berasa
sayu, sedih, hancur hati dengan Allah semasa dalam halqah zikir. Kadang-kadang berasa
tawar, berat dan malas hendak zikir. Saya berasa risau”. Tok ayah menjawab. “Tidak
mengapa, yang pentingnya kita istiqomah. Allah hendak tengok kita bersunguh-sungguh
sahaja”.

47. Di dalam perjalanan Ahlullah, orang yang masih terbelengu dengan hawa nafsu di
kira budak-budak lagi, walaupun janggutnya sudah putih!

48. Budak-budak hendak buat baik, takkan saya hendak halang. Tetapi fahamilah
bahasa saya, budak-budak hendak buat baik!

49. Kita jangan di perbudak-budakkan oleh budak-budak penjajah. Budak-budak
penjajah lebih ganas daripada penjajah. Dia melayu tetapi perangai seperti
orang England. Dia melayu tetapi perangai seperti orang Amerika. Dia melayu tapi
perangai seperti orang Jepun.

50. Kalau berzikir sahaja tetapi tidak selawat, tidak akan meningkat. Beristighfarlah
paling kurang 100 kali sehari. Selawat pula kena lebihka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan