Isnin, April 18

Risalatul Murid Habib Abdullah al Haddad (8 - 10)




i.Bencana Telinga Dan Mata
ii.Sentiasa Dalam Taharah
iii.Memperbanyak Yang Dianjurkan & Menjauhi Yang Dilarang

Bencana Telinga Dan Mata. Ketahuilah, bahwasanya pendengaran dan penglihatan merupakan dua pintu yang sentiasa terbuka menuju ke hati. Apa saja yang masuk menerusi kedua pancaindera ini akan sampai kehati. Terlalu banyak perkara yang didengar dan terlalu banyak perkara yang dilihat oleh mata manusia dari perkara-perkara yang tidak layak untuk sampai ke dalam hati. Maka susah untuk dihapuskan bekas-bekas kesan itu. Sebab hati akan segera terpengaruh dengan segala apa saja yang datang menghampirinya. Apabila hati telah terpengaruh dengan sesuatu perkara, niscaya sukarlah untuk memadamkan kesan itu.

Keterangan:
“Bab seterusnya perjelasan tentang peringatan terhadap dua pintu yang tidak diketahui dandisedari akan peranan pintu yang dikatakan sentiasa terbuka. Bermaksud pintu ini tidak ditutup selagi kita masih bernafas walaupun kita didalam tidur iaitu pendengaran dan penglihatan. Sememangnya sudah terlalu banyak yang kita dengar dan lihat dimana kita menyalahkan pengunaan pada kedua pancaindera tersebut. Oleh kerana pendengaran dan penglihatan sudah sebati dengan diri kita sejak kita dilahir tanpa kita mengetahui akan adanya kerusakkan bila disalahgunakan. Kita senantiasa berdepan dengan penglihatan yang terbuka kepada pendengaran didalam kehidupan. Maka sudah sampai saatnya kita menjaga pendengaran dan penglihatan kita supaya tidak mendatangkan kerusakan pada hati. Bila tidak dijaga maka apa saja yang baik atau buruk dari penglihatan dan pendengaran akan terus masuk kedalam hati. Kalau yang baik masuk, alhamdulillah tetapi kalau yang buruk masuk, maka susahlah bagi diri kita untuk mengeluarkannya. Sekiranya dapat dikeluarkan akan tetapi akan eninggalkan kesan. Mudah-mudahan kita dapat pertolongan dari Allah untuk menjaga kedua pintu tersebut dari kerusakkan. Itupun tergantung pada niat kita samada kita benar benar hendak menjaganya atau tidak”.

Seorang murid harus berhati-hati untuk memelihara pendengarannya dan penglihatannya dari
perkara-perkara yang tidak baik. Dia harus berusaha bersungguh sungguh untuk membenteng seluruh anggotanya daripada maksiat dan dosa dan daripada campurtangan dalam urusanurusan yang tidak ada kena mengena dengan dirinya.
Keterangan:
“Seterusnya, setiap murid harus menjaga segala pendengarannya dan penglihatannya dari
setiap perkara yang tidak baik. Masalahnya, mana yang dikatakan perkara yang tidak baik pada pendengaran dan penglihatan? Inilah masaalah yang dihadapi oleh setiap murid yang tidak mahu berusaha dalam memahami tajuk ini. Tidak faham dan tidak mahu faham kerana merasa tidak penting untuk mempelajari Hukum Fiqih kerana bagi mereka tidak mustahak.mereka hanya asyik dibuai oleh syaitan untuk belajar Bersuluk (ilmu tasauf) saja. Cukup bagimereka. Tetapi tidak mengambil langkah-langkah seperti telah digariskan. Hanya dok asyikmenunggu. Bashirah murid begini ditutup oleh Allah supaya tidak tahu akan Hukum FiqihNya,dimana tanpa pengetahuan hukum fiqih hanyutlah murid itu didalam perjalanan ilmu bersuluk(sesat).
Bentengkanlah segala pendengaran dan penglihatan dan seluruh anggota kamu dengan
Hukum Fiqih. Kalau tak tahu akan hukum fiqih maka hendaklah murid itu tanpa lengah lengah belajar Hukum Fiqih jangan terbawa oleh ilmu suluk (ilmu tasauf). Jangan sekali-kalicampurtangan dalam urusan yang tidak ada kena mengena dengan diri kamu. Ingat, pesan ini,jangan campurtangan”.Awas, jangan memandang kepada kenikmatan kehidupan dunia dan keindahannya denganpandangan yang memikat hati kerana sesungguhnya zahir keindahan dunia itu adalah fitnah,penuh dengan bencana dan batinnya pula adalah tauladan penuh dengan makna. Banyak muridyang memandang kepada sesuatu kelazatan dan keindahan (kenikmatan) dunia lalu hatinyaterpikat kepadanya. Maka dia terus mencintainya dan berusaha untuk mengumpul danmenyimpannya.

Keterangan:
(Ini adalah salah satu peringatan keras oleh Habib Abdullah Alwi AlHaddad, dimana setiap salik dan murid tidak dibenarkan untuk memandang kepada kenikmatan kehidupan dunia dan segala keindahannya. Bila pandangan mereka tertumpu pada kenikmatan dunia, maka akan menjeratkan hati untuk mendapatkannya. Oleh kerana salik dan murid tidak memahami istilah bagaimana untuk mengambil dan bila untuk menolak pandangan kepada segala keindahandunia maka akan terperangkaplah mereka. Sebagai contoh; bagi sesiapa yang sudah menikmati (dapat) pekerjaan iaitu rezki yang telah diberikan oleh Allah Taala sebagai keperluan untuk kehidupan hambaNya, diizinkan hambaNya dapat beribadah dan sentiasa dapat RASA untuk bersyukur dan juga sentiasa dapat berdamping dengan alim ulama danorang-orang Sholeh.
Bila mana pandangan kenikmatan dunia ini disalah pandang, maka Allah Taala meletakkan
rezki lain dan pada pandangan salik dan murid sebagai satu lagi nikmat yang lebih besar dari Allah Taala maka ditinggalkan rezki yang pertama dan menyahut rezki yang kedua. Maka akan lalailah dan akan gelaplah hati salik dan murid yang terperangkap oleh hawanya sendiri. Begitu juga dengan orang yang berniaga. Kerana rezki pertama itu rezki sebenar,rezki yang kedua belum tentu lagi. Maha Suci Allah Taala dengan IlmuNya menguji hambaNya”.
Setiap murid harus memandu penglihatannya kepada segala ciptaan-ciptaan Tuhan supaya
tidak melihat daripadanya melainkan dengan pandangan penuh insaf dan i’tibar. Ketika melihat kepada sesuatu ciptaan hendaklah mengingat bahwa ciptaan itu akan binasa dan pergi tidak kembali lagi. Sebelumnya semua ciptaan-ciptaan itu tidak ada, lalu Allah mengadakannya dan betapa banyak anak Adam yang telah terpikat dan terpengaruh dengan ciptaan-ciptaanNya akan tetapi mereka itu telah pergi dan binasa, manakala ciptaan-ciptaan Tuhan itu tetap akan ditinggalkannya untuk diwarisi oleh orang orang yang terbelakang dari orang-orang yangterdahulu.

Keterangan:
(Subhanallah, salah satu kesilapan yang dilakukan oleh salik dan murid tidak dapat
pandangan (melihat) yang rezki yang Allah Taala itu adalah CIPTAANNYA, kerana apa?
Sebelumnya rezki itu tidak ada pada diri salik dan murid, Subhanallah. Kita sering melihatnikmat Allah tetapi bukan dengan pandangan PENUH INSAF! dan I’TIBAR. Pandangan
dengan Insaf adalah memahami rezki dalam apa bentuk juapun adalah CIPTAANNYA, dimana
Dia dengan sifat QudratNya untuk mengadakan ciptaan itu dan MEMBERHENTIKAN
CIPTAANNYA!

Pandangan dengan I’tibar adalah tidak memandang pada CIPTAANYA yang tidak mengena
dengan diri kita. Kerana bila memaling pandangan pada rezki yang telah diberikanNya
menandakan seolah-olah kita tidak bersyukur pada pemberianNya. Kalau bersyukur, kenapaboleh paling ke rezki yang lain, yang belum tentu ada? Itu menandakan kurang Adab. Lihatlahkeliling kita, berapa banyak ciptaan Allah yang telah diciptakan dan telah dihentikanNya.Contoh; Ayah dan ibu, dulu ada, sekarang tak ada. Wang Ringgit, semalam ada, hari ini tak
ada. Dulu ada kerja, sekarang tak ada. Dulu bujang, sekarang ada famili dan banyak banyaklagi. BUKANKAH INI CIPTAANNYA. Kalau ada wang ringgit, harta berupa rumah maka
akan ditinggalkan juga untuk diwarisi atau direbut-rebutkan. Kalau tak nak tinggalkan wangringgit dan harta maka wang ringgit dan harta akan tinggalkan kita juga”.Lantaran itu wahai murid, lihatlah kepada ciptaan-ciptaan Allah yang ada sekarang ini, tetapijangan melekat penglihatan dalam hati. Lihatlah dengan pandangan seorang yang mengaku kesempurnaanya kekuasaan Zat yang mencipta dan yang mengadakannya; iaitu Allah swt.
Sebenarnya, semua ciptaan-ciptaan Allah Taala yang ada diatas muka bumi ini senantiasamenyeru dengan lidahnya, didengar oleh orang-orang yang bercahaya hatinya yang dapat melihat kepada sesuatu dengan Nur Allah Taala bahwasanya Tiada Tuhan Melainkan Allah, Tuhan Maha Kuasa Lagi Bijaksana.

Sentiasa Dalam Taharah
Setiap murid hendaknya sentiasa didalam taharah (wudhu). Setiap kali berhadas, hendaknya segara berwudhu lalu sembahyang dua rakaat. Sekiranya dia mempunyai isteri dan dia
bersetubuh, maka hendaklah dia segera mandi janabah (mandi bersih) pada masa itu juga
supaya dia tidak terus menerus dalam keadaan junub (kotor).
Keterangan:
“Islam dibangunkan berlandas Kesucian (kebersihan) Jasmani dan Rohani supaya dapat
mencapai Akhlak yang Mulia seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah saw dimana setiap
murid yang ingin mencapai Akhlak yang Mulia disisi Allah Taala harus mencontohi
Rasulullah saw kerana beliau saw senantiasa didalam kebersihan dengan taharah (wudhu).
Hikmah taharah (wudhu) sebenarnya adalah sebagai pendinding bagi sesiapa yang
bertaharah (berwudhu) dengan sempurna semata-mata untuk Allah Taala kerana selalu
merasa ingin mengadap kepadaNya samada didalam Hak Waktu ataupun diluar Hak Waktu.
Bila wudhu seseorang sempurna berlandaskan hukum syariat dan sejalan dengan niatnya
insyallah maka akan sempurnalah wudhunya. Bila wudhunya benar dan hatinya benar maka
insyallah sholatnya benar. Untuk mengetahui samada wudhu dan sholatnya sempurna
hendaklah melihat samada segala perintah dan larangan Allah Taala dapat dilaksanakan
dengan ringan dan mudah. Begitu juga sekiranya murid mempunyai isteri maka digalakkan
untuk segera mandi janabah pada masa itu supaya sentiasa didalam taharah (wudhu).
Hikmahnya adalah supaya bila ajal datang menjemputnya maka berada didalam taharah”.
Supaya seorang murid itu sentiasa didalam taharah, hendaklah dia mengurangi makan dan
mengurangi minum, sebab orang yang banyak makan dan minum selalu didatangi hadas dan
apabila selalu sangat berhadas, tentulah akan menyusahkannya untuk mengekalkan dirinya didalam taharah setiap masa. Selain itu, mengurangi makan juga akan membantunya bangunditengahmalam untuk beribadat, sedang amal ditengahmalam itu adalah sangat sangat dituntutdan digalakkan.
Keterangan:
“Salah satu cara untuk mengekalkan (bertahan) taharahnya hendaklah kurang makan dan
minum. Bila kurang makan dan minum, maka akan kurang ke tandas (untuk membuang hajat)
dengan cara ini dapat mengekalkan taharahnya. Selain dari itu mengurangkan makan dan
minum dapat membantu untuk beribadat diwaktu malam yang dituntut dalam Islam seperti
yang dilakukan oleh Rasulullah saw”.
Seorang murid hendaknya tidak makan kecuali diwaktu lapar dan tidak tidur kecuali sudahmengantuk, tidak berbicara kecuali diwaktu perlu dan tidak bercampur-gaul dengan orangramai kecuali dalam percampur-gaul itu ada faedah.
Keterangan:
“Dilarang juga kepada murid supaya jangan makan kecuali sudah lapar dan tidak tidur
kecuali sudah mengantuk. Sekiranya dia tidak merasa lapar dan ingin makan menunjukkan dia terpengaruh dengan syahwatnya. Begitu juga, tidak tidur kecuali sudah mengantuk. Bila perbuatan ini diamalkan selalu akan membawa kepada kemalasan. Dilarang kepada murid supaya tidak bercakap kecuali pada waktu dan masa yang perlu sahaja dan tidak bercampurgaul dengan orang ramai kecuali dalam pergaulan itu mendatangkan faedah. Bila perbualan itu mengandungi maksiat hendaknya lekas-lekas hari dari campur-gaul. Sekirannya dia kekalkan juga campur-gaul akan mengundang perbuatan dosa sedangkan itu bukan matmalatnya. Setiap murid yang dalam proses penyucian batin hendaklah menerapkan caracara
ini supaya dapat menjauhi permainan nafsu syahwatnya”.
Sesiapa yang suka makan banyak, hatinya akan menjadi keras seperti batu dan ketika itu segala anggotanya akan merasa berat dan malas untuk beribadah.
Banyak makan akan menarik kamu kepada banyak tidur dan banyak cakap. Apabila seseorang banyak tidur dan banyak cakap menunjukkan segala kehendak dan cita-citanya akan menjadi gambaran, semata-mata angan-angan sahaja bukan hakikat.
Dalam sebuat hadits tersebut;
“Tiada suatu tempat yang dipenuhkan oleh anak Adam yang lebih mencelakakan daripada
perutnya. Cukuplah untuk anak Adam itu beberapa suap makanan untuk menegakkan tulang
belakangnya (untuk menahan kelaparan). Jika itu tidak dapat dipertahankan, maka hendaklah dibahagi tiga, sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga lagi untuk pernafasan”
Memperbanyak Yang Dianjurkan & Menjauhi Yang Dilarang
Seorang murid harus menjadi orang yang paling jauh dari segala rupa maksiat dan perkaraperkara yang dilarang, disamping menjadi orang yang sangat menjaga yang fardhu dan perkara-perkara yang dianjurkan. Seterusnya hendaklah kamu menjadi orang yang amat memelihara segala amal yang boleh mendekatkan dirinya kepada Allah Taala, amat cenderung untuk membuat bakti dan kebajikan. Sebab seseorang murid itu tidak akan berbeza dengan manusia ramai, melainkan dengan sifat-sifat keistimewaannya; seperti berada dijalan Allah, selalu membuat taat terhadapNya, serta mengasingkan diri dari segala perkara yang bakal menghalangnya untuk beribadat kepada Allah swt.
Keterangan:
“Setiap orang yang menceburkan dirinya mempelajari ilmu tasauf (ilmu batin) adalah sebagaiseorang murid yang masih didalam perjalanan untuk mengetahui dan mengamalkan
pengetahuannya untuk mendapakant kehampiran dengan Allah Taala. Maka panduan dan
garisan seterusnya oleh Imam Abdullah Bin Alwi AlHaddad untuk setiap murid supaya dapat mengukuhkan lagi perjalanan mereka sebagai berikut:
1. Hendaknya menjadi orang yang paling jauh dari segala rupa maksiat dan perkara-perkarayang dilarang bermaksud; Hendaklah setiap murid mengenal pasti segala rupa maksiat yangsedang berlaku dan mungkin akan berlaku dan tidak bersama dengan mereka yang melakukanmaksiat juga yang bershubhat dalam melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah taala dan RasulNya. Untuk mengetahui samada maksiat atau pun larangan yang dilakukanmereka atau akan dilakukan hendaklah mengambil apa saja tindakkan dan perbuatan mereka(dari segi percakapan, pergerakkan badan, mata dan sebagainya) dan melandaskan kesemua tindakan dan perbuatan itu dengan Ilmu Pengetahuan Syariat (Syara’). Ini yang dimaksudkan segala rupa maksiat dan larangan. Bila seseorang murid dapat berbuat demikian, Insyallah akan mendapat pertolongan dari Allah dan RasulNya. Setelah mendapat jawapan hendaklah tanpa lengah-lengah mengambil tindakkan untuk meninggalkan tempat mereka, kerana dengan melambatkan atau melengahkan tindakkan itu akan mengundang tindakkan dari Hawa ataupun Nafsu untuk menyerang kamu dengan langkah mereka yang selanjutnya. Fahamkan ini kerana hawa nafsu akan mengunakan istilah; “Siapa cepat dia selamat. Siapa lambatterikatlah dia”.
2. Menjaga segala yang difardukan (perkara-perkara yang diwajibkan atas setiap muslim)jangan sampai terlepas akan hak-hak Allah Taala. Kerana setiap waktu ada hak-hak sepertisholat lima waktu yang sangat-sangat penting dan wajib bagi setiap muslim untuk melaksanakan sebagai batas permisahan seseorang yang pengamal ajaran islam atau yangberada didalam golongan musyrik ataupun fasiq. Hak waktu (sholat) merupakan tiang islam sekiranya seseorang yang beragama islam tidak melaksanakan kewajipan yang telah ditetapkan oleh syariat Allah maka dia sebenarnya tidak beriman pada Allah dan RasulNya secara hakikat. Kerana seluruh para Ulama dari dahulu hingga sekarang dan akan datang telah mengariskan bahwa tidak ada alasan yang boleh diberikan seseorang yang beriman pada Allah dan RasulNya melainkan tidak siuman (gila atau hilang ingatan) atau kematian. Hanya dua alasan ini yang dibenarkan oleh Allah dan RasulNya sahaja. Sekiranya tidak mahu mendirikan sholat maka hendaklah menjadi orang gila ataupun seorang yang hilang ingatan, baru digugurkan kewajipan bersholat. Begitu juga pada kefardhuan-kefardhuan lain yang telah ditetapkan didalam hukum syariat dimana dapat dirujuk pada kitab fiqih.
3. Memperbanyakan perlaksanaan perkara-perkara yang dianjurkan oleh Agama Islam. Selain kewajipan pada hak-hak waktu, setiap murid harus mengerjakan perkara-perkara yang boleh mendekatkan dirinya pada Allah dengan bersholat sunnat, membaca alquran, berzikir, bermunajat, bertafakur, muhasabah diri dan lain-lain. Perkara ini adalah yang bersangkutan dengan dirinya sahaja maka perkara lain yang harus dilakukan murid seperti contoh; hadir kelas agama, berziarah kepada kedua ibubapa (sekiranya tinggal berasingan), berziarah pada guru, berziarah pada alim ulama, berziarah kekuburan pada hari Jumaat, berziarah kepada kaum kerabat (yang melaksanakan perintah agama), bersholat jemaah dimasjid, bersholatjemaah dirumah bersama keluarga, senantiasa menasihati keluarga terdekat, dan banyak lagi.

Asalkan perkara itu tidak ada unsur haram, syubhat dan bidaah. Bila perkara ini dapat
diterapkan akan membawa kepada kedekatan pada Allah dan akan membuat dirinya jatuh
minat untuk mengerjakan perkara-perkara kebaktian dan amal kebajikan.
Dengan pelaksanaan perkara-perkara yang disebutkan diatas maka murid akan berbeza
dengan kelakuan, perbuatan dan perangai manusia ramai (manusia lain) dimana mereka
didalam alam khayalan dan dunia yang menjadi buruan mereka. Disinilah letaknya
keistimewaan murid yang senantiasa berada dijalan Allah dan selalu melonjak-lonjak
keinginan untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah Taala. Maka cara ini akan membuat
murid minat dan suka untuk mengasingkan dirinya daripada segala perkara yang boleh
menghalang dirinya untuk beribadat kepada Allah swt dalam apa bentuk rupa pun”.
Seorang murid harus tidak menyia-yiakan nafasnya, sangat berkira dengan masanya, tidak akan membiarkan masa itu berlalu, samada sedikit ataupun banyak, melainkan dihabiskannya dalam membuat kerja-kerja yang akan mendekatkannya kepada Tuhan, iaitu amal dan bakti yang akan mendatangkan manfaat untuk akhiratnya.
Keterangan:
“Maksud ayat diatas seperti berikut;
1. Janganlah kamu menyia-yiakan nafas yang telah diberikan oleh Tuhan kerana Dia
memberinya berlandaskan sebab (ada tujuan) dan bukan percuma. Dia padang mashyar kelak akan dihadapkan pada Tuhan dan akan ditanya tentang nafas yang telah diberikan olehNya dengan soalan ‘apa yang telah kamu lakukan (gunakan) nafas yang diberikan olehKu’. AllahTaala menjadikan kamu dari tidak ada kepada ada. Maka diberikan nafas supaya kamu dapat hidup dan senantiasa bersyukur padaNya dan tujuan yang sebenarnya adalah untuk kamu
mengabdi kepadaNya. Itulah KEHIDUPAN DIDUNIA.
2. Jangan sekali-kali kamu membiarkan waktu (masa) berlalu begitu saja. Jangan sekali-kali berada didalam keadaan lalai kepadaNya. Biarpun kita bersama keluarga, semasa bekerja,semasa berniaga dan lain-lain. Isikan (selitkan) waktu itu untuk sentiasa mengingatiNya, dimana bila mengingatNya, maka akan datang kesyukuran yang dipanjatkan kepadaNya.
Isikan masa kamu dalam membuat perkara-perkara yang boleh mendekatkan diri kamu
kepada Tuhan dengan jalan beramal dan mengerjakan kebaktian yang ada manfaat (ada
kebaikan dan kelebihannya) untuk dibawa keakhirat”.
Seorang murid harus mengatur suatu masa khas untuk setiap amal dan ibadatnya, ditunaikan segala amal dan ibadat itu pada masanya yang tertentu, tidak dicuaikan atau ditinggalkan sesuatupun daripadanya samada dalam masa susah atau masa senang. Hendaklah ia memperbanyak membaca alQuran alKarim dengan mentadabburkan (meneliti) makna-makna dan mentartilkan lafaz-lafaznya.
Keterangan:
“Langkah seterusnya yang harus diamalkan seperti berikut;
1. Salah satu cara mudah untuk setiap murid senantiasa berada didalam pengabdian kepada Allah adalah menguruskan masa khas dengan bijak supaya dapat menjalankan amal
ibadahnya. Tidak kira samada murid itu bekerja, berniaga atau pun tidak, hendaklah pandai mengaturkan waktunya pada pagi, petang dan malam untuk melaksanakan amal ibadah. Allah Taala memberi kamu 24 jam sehari. Dari 24 jam itu berapa jam yang kamu boleh berikan kepada Allah? Hanya untuk bersama denganNya. Ini juga adalah salah satu tanda kesyukuran seorang hamba kepada Tuannya. Yang dimaksudkan disini bukan pelaksanaan diatas perkara kefardhuan (wajib). Masa khas adalah diluar waktu fardhu kerana terletaknya terima kasih kepadaNya. Kefardhuan adalah perkara yang diperintahkan olehNya tetapi masa khas adalah dari seorang hamba ikhlas untuk TuhanNya.
2. Sesudah mengariskan masa khas setiap hari. Seterusnya harus bersifat amanah dan tidak cuai (lalai) didalam menunaikan masa khas itu samada dimasa susah ataupun senang, dimasa kuat ataupun penat. Sekiranya gagal melaksanakan masa khas bererti tidak amanah terhadap Tuhanmu. Disinilah kekuatan pengorbanan yang sebenar dapat diukur setiap orang. Adakah daya pengorbanan pada diri untukNya atau tidak? Kalau tidak, mengapa perkara-perkara yang lain dapat dikerjakan? Seperti bekerja, berniaga, berkumpul dengan kawan-kawan,bersama dengan sanak famili, duduk depan TV, mendengar lagu-lagu dan lain-lain. Mengapa?
Tanyalah pada diri sendiri, jawapannya ada pada diri.
3. Sekiranya dapat melakukan masa khas ini pada masa yang ditetapkan dalam keadaan susahdan penat, masyallah, pertolongan dariNya akan sentiasa diberikan olehNya. Pasti.
4. Memperbanyakan membaca AlQuran dengan meneliti maknanya. Bukan lagunya. Kamu
bukan nak masuk pertandingan bukan? Jadikan bacaan AlQuran sebagai rutin harian keranadapat membantu menguatkan hati”.
Ketika membaca itu, hendaklah merasakan kebesaran Zat Tuhan yang seolah-olah sedang
berkata-kata kepadaNya, sedang dia membaca bicara itu. Janganlah membaca alQuran,
sebagaimana yang dibaca oleh orang-orang yang alpa dan lalai. Mereka membaca alQuran
dengan lidah yang fasih dan suara yang merdu, akan tetapi hatinya kosong dari khusyu’ ada ta’zhim. Mereka membaca alQuran dari awal hingga akhir, sedang mereka tiada faham satu pun dari maksud dan maknanya dan mereka tiada tahu kerana apa alQuran itu diturunkan. Jikamereka tahu, niscaya mereka akan mengamalkan segala kandungannya. Sesungguhnya ilmu ituakan berguna apabila diamalkan. Orang yang berilmu tetapi tiada mengamalkan ilmunya,niscaya tiada beza antaranya dengan orang yang jahil, melainkan dalam suatu segi saja; iaitu Allah Taala akan menjadikan hujjah (bukti) atas dirinya di Hari Kiamat. Dengan ukuran ini,
maka si jahil itu akan lebih bernasib baik dari si alim yang tiada beramal di Hari Kiamat. Sebab itu ada pepatah mengatakan; “Setiap ilmu yang tiada membawa manfaat ke atas dirimu, makalebih baik engkau kembali jahil saja”.
Keterangan:
“Bab anjuran untuk memperbanyakkan membaca alQuran; dengan pencapaian zauk
(perasaan) kebesaran Zat Tuhan ketika membaca hendaklah menyakinkan pada dirinya
sedang berkata-kata dengan Kalam Allah, melalui Kalam Allah. Perasaan ini tidak akan dapat dengan cepat melainkan dengan diistiqamah amalan membaca alQuran secara rutin danistiqamah. Insyallah dengan keyakinan yang tipis akan menjadi tebal didalam proses
kesabaran dan disertai juga dengan berdoa kepadaNya. Dilarang bagi kamu membaca
alQuran seperti orang-orang yang lalai dan didalam keadaan lupa. Bermaksud; sekiranya
kamu menyakini yang diri kamu berkata-kata melalui KalamNya selagi gus denganNya, mana mungkin berada didalam keadaan orang yang lalai dan lupa. Mungkin akan terfikir
bagaimana mungkin seseorang dapat mencapai keyakinan yang begitu tinggi sebegitu? Benar, kita adalah manusia yang diciptakan oleh Allah Taala yang penuh dengan dosa dan noda.Yang sentiasa lupa dan lalai, walaupun hati kita menginginkan untuk kedekatan denganNya.

Fahamkan, yang penting disini adalah pelaksanaan yang dianjurkan olehNya iaitu dapat
menjalankan apa yang disuruh olehnya dengan niatan untuk dekat kepadaNya. Walaupun hati kita lalai dan lupa pada tahap awal pelaksanaan tetapi hakikat sudah dekat denganNya bilamana tangan mencapai alQuran dan membaca KalamNya dengan KalamNya. Itulah kehampiran yang kita tidak dapat melihat! Soal menyakini adalah diatas kemurahan kurniaNya, bila Dia hendak memberikanNya, asalkan kerja jalan. Insyallah.
Janganlah kamu membaca alQuran dengan lidah yang fasih (lancar) dan suara yang merdu
(suara yang sedap aja) tetapi hati kosong dari khusyu’ dan ta’zhim (perasaan membesarkan apa yang dianjurkan olehNya). Jagalah hati kamu jangan sampai kosong dari khusyu’. Ini boleh digantikan dengan cara berpegang pada niat yang kuat iaitu hanya melaksanakan apa yang disuruh olehNya, inilah selemah-lemah niat yang boleh disandarkan pada peringkat permulaan.
Mari bangun membaca alQuran didalam keadaan faham akan maksud, makna dan
perintahNya. Kerana itulah alQuran diturunkan kepada umat Muhammad saw. Caranya ialah
dengan membaca alQuran dengan membaca tafsiran supaya kita dapat faham akan maksud,
makna dan apa yang diperintahNya. Dengan cara begini akan capai tahap suka mengamalkan isi kandungan, suruhan dan tegahan dariNya. Kerana ilmu pengetahuan tidak akan bergunaapabila tidak diamalkan.
Hanya orang yang benar-benar berilmu akan mengamalkan ilmu pengetahuannya dan itu
akan membezakan dirinya dengan orang jahil (orang yang bodoh). Apa itu orang yang bodoh dari segi makna sebenarnya? Orang yang bodoh adalah orang yang tidak ada perasaan takut pada Allah Taala. Jadikanlah diri sebagai manusia yang bernasib baik dengan mengamalkan ilmu dan jangan letakkan diri lebih hina dari orang yang jahil kerana tidak mahu mengamal ilmu pengetahuan. Jangan menceburkan diri kepada ilmu yang tidak mendatangkan faedah,maka tidak, lebih baik berada jahil seperti semula. Ambilah langkah-langkah ini setapak demi
setapak, insyallah lambat laun akan capai ke-tempat yang di-idam-idamkan”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan