Sambungan nasihat Tok Ayah
41. Saya kagum dengan ketahanan yang ada pada Hallaj, orang korek mata, kerat tangan dia, dia
tidak rasa sakit.
42. Nasihat hanya boleh diberi sebelum nyawa di halqum (garghorah). Selepas garghorah tidak ada gunanya lagi.
43. Kesufian bukan boleh didapati dengan seminar dan pena. Kesufian boleh didapati dengan
zuhud dan yakin.
44. Kekufuran tidak boleh menghilangkan kekufuran. Hanya kerasulan, kenabian dan kewalian
sahaja yang boleh menghilangkan kekufuran.
45. Hanya ketaqwaan yang tinggi sahaja yang boleh menundukkan kesombongan, kekufuran dan
kesyirikkan sebagai mana Ibrahim Khalilullah menghancurkan kerajaan Namrud.
46. Jangan buat ibadat pura‐pura, nanti jadi kura‐kura.
47. Kamu jangan biadab dengan Allah s.w.t.!
48. Kamu jangan jadi seperti kerengga, dia duduk di pokok buah‐buahan tetapi tak makan buah,
bila ada manusia nak ambil buah dia pun kacau (marah).
49. Saya berjalan tidak kisahkan orang. Jangan kacau orang. Orang kacau kita, tidak mengapa.
50. Firman Allah Ta’ala:
Maksudnya “Hendaklah kamu berzikir banyak, mudah‐mudahan kamu semua mendapat kejayaan” (Surah Al‐Jumaah Ayat 10).
Dalam ayat ini Allah s.w.t. tidak bagi tahu banyak mana (bilangan nak kena zikir), sekurangkurang
banyak ialah sampai (darjah nafsu) mutmainnah.”
51. Selagi belum mutmainnah, selama itu punah ranah.
52. “Ada yang lain lagikah? Tak ada lagi dah. Mari kita pakat duduk di atas (La ilaha
illAllah”). Kata‐kata Tok Ayah Said r.a.
53. Nabi Yunus a.s., duduk dalam perut ikan tapi, tak jadi tahi, sebab baginda membaca
(“La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin”). Oleh itu supaya kita, tidak menjadi
tahi dunia, maka banyakkanlah membaca “La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu
minazzolimin”.
54. Ulama’ terhijab dengan ilmunya, ‘abid terhijab dengan ibadahnya, zahid terhijab dengan
zuhudnya dan soleh terhijab dengan kesolehannya. Ini semuanya dinamakan hijab nurani.
55. Bila mata kita muafakat dengan syariat, telinga kita muafakat dengan syariat, fikiran kita
muafakat dengan syariat, tangan kita muafakat dengan syariat, namanya bersungguhsungguh.
56. Sekiranya apa yang saya anjurkan, sampaikan atau yang saya lakukan ini tidak muafakat
dengan garisan Al‐Quran dan Sunnah tolong jangan pakai. Saya menerima setiap kritikan yang
membina.
57. Matlamat kita ialah keimanan dan ketaqwaan dan menentang kekufuran dan kesyirikan di
dalam segenap aspek
58. Kita tidak menentang sains dan teknologi kerana ia adalah rahmat Allah s.w.t. tetapi kita
menentang kekufuran dan kesyirikan di dalam sains dan teknologi.
59. Saya berdoa kepada Allah s.w.t. “Ya Allah, hamba mu ini tak pandai nak memanggil (menyeru)
berdakwah macam orang lain. Jadi Engkau hantarlah mereka‐mereka yang Engkau kehendaki
dan rahmati ke sini, sebagaimana Nabi Ibrahim a.s. di perintah oleh Allah s.w.t. menyeru
manusia datang ke rumahNya Baitullah).
60. “Buat kerana Allah, Mahmud!” Nasihat Tuan Guru Haji Husin Dol r.a. kepada saya.
61. Perjalanan saya muafakat dengan perjalanan Maulana Ilyas r.a. ( Pengasas Jemaah Tabligh,
Ahli Zaman Abad 14 Hijrah ) dari segi menghancur hati kepada Allah s.w.t. cuma caranya
berbeza tetapi matlamatnya sama. Seperti nelayan nak menjadi jutawan, tauke kilang nak jadi
jutawan, peladang nak jadi jutawan. Walaupun caranya berbeza tetapi matlamat mereka
sama, nak jadi jutawan!
62. Kamu boleh paksa anak kamu untuk dunia, tak cukup dengan sekolah pergi tuisyen lagi. Tapi
kenapa dengan halqah zikir kamu tak boleh buat?
63. Sebenarnya kita kena asuh perkara ini (jalan orang‐orang muqarrabin) daripada awal lagi
kerana semua wali Allah s.w.t. yang besar‐besar, mula diasuh sejak daripada kecil.
64. Punca‐punca kehancuran umat Islam hari ini tidak ada lain iaitu ananiah ikut nafsu.
65. Bukan orang lain dan unsur‐unsur lain merosakkan kamu tetapi nafsu kamulah yang
merosakkkan kamu sendiri.
66. Air mata takut Allah s.w.t. tak sama dengan air mata lembu. Macamana air mata lembu? Bila
dia lapar dia menangis, bila dia sakit dia menangis, bila anak dia mati dia menangis. Macam
itulah air mata orang tidak takut Allah s.w.t.
67. Menurut hadis, setitik air mata orang yang takut Allah s.w.t. boleh memadamkan api neraka.
Apatah lagi api dunia dan bom atom, bom nuklear ‐ kalau dibandingkan dengan api neraka!
Sebab itulah Ibllis dan konco‐konconya mencari jalan untuk memupuskan jalan‐jalan orang
yang takut Allah.
68. Allah s.w.t. menceritakan di dalam Al‐Quran:
Mafhumnya “Sesungguhnya zikrullah itu Maha Besar, Maha Agung” (Surah Al‐Ankabut Ayat
45).Maknanya zikrullah itu lebih hebat daripada bom atom. Pasal inilah Yahudi dan koncokonconya
menghalang orang berzikir dan halqah zikir.
69. Kalau beramal nak dunia, nak hebat, nak kebal dan bermacam‐macam lagi samalah dengan
Iblis. Iblis berdoa (meminta kebolehan atau kehebatan) kepada Allah nak menyesatkan
manusia.
70. Serban putih dan jubah putih senang dibeli, yang tiada dijual perut (jiwa) yang bersih
walaupun hendak dibeli dari wali Allah bahkan dari Rasulullah (pun tidak boleh) kerana taufiq
dan hidayah di tangan Allah.
71. Hari ini ramai orang membicarakan karomah para aulia, karomah Sultan Auliya’ Syeikh Abdul
Qadir Al‐Jilani tetapi kenapa tidak mengkaji cara‐cara dan punca‐punca hendak mendapat
karomah.
72. Saya menceritakan perjalanan muqarrabin. Oleh itu janganlah kamu menghukum (membuat
andaian) di atas pandangan orang‐orang hasanah. Kerana kebaikan orang‐orang hasanah
adalah kekejian bagi orang muqarrabin.
73. Manusia di hari ini hanya menceritakan para aulia yang dah mati seperti Ibnu Arabi, Al Ghazali, Hallaj dan ramai lagi. Tetapi kenapa mereka tak mahu mencari para aulia yang hidup di zaman kita ini ? Seolah‐olahnya mereka mahu auliya’ yang dah mati itu hidup semula, lebih baik
minta Rasullah s.a.w. hidup balik untuk membimbing kita, kerana baginda Sayyidul Mursalin,
ini lebih afdal!
74. Kamu, kereta boleh beli tetapi jam loceng untuk mengejut waktu tahajjud tak boleh beli!
75. Berpegang teguhlah dengan kitab Allah dan Sunnah Rasullullah s.a.w.
76. Orang kafir yang makan ular, bisa ular tidak menjejaskan mereka kerana dalam badan mereka
ada sel‐sel darah ular. Kita orang Islam tak makan ular, kemudian kita tak buat pula perkara
yang lebih bisa dari bisa ular (istighfar, selawat dan zikir).
77. Bila (iman) kita lemah, maka orang‐orang yang lebih lemah daripada kita akan mengambil
kesempatan daripada kelemahan kita. Jalan penyelesaiannya, dengan kita memperbaiki diri
kita.
78. Allah s.w.t. tak terima doa orang yang mengikut nafsu ammarah.
79. Maafkan segala kesalahan orang‐orang yang membuat kesalahan dengan kita walaupun
mereka tidak memohon maaf.
80. Orang yang tak berani menghadapi ujian, itu orang bodoh. Kalau tak ada ombak yang besar
macam mana orang yang main luncur ombak hendak rasa keseronokan bermain ombak.
81. Kalaulah binatang buas boleh dilatih sebagaimana harimau, gajah dan beruk sarkas dilatih
untuk membuat pertunjukkan (boleh dijinakkan), apatah lagi manusia walhal mereka seindahindah
makhluk Allah, kerana Allah berfirman:
“Sesungguhnya telah Kami jadikan manusia di dalam seindah‐indah bentuk” (Surah At‐Tin Ayat 4).
82. Jadilah hamba Allah, buatlah kerana Allah, MasyaAllah!
83. Jikalau kulit saya kamu salin ke tubuh kamu, darah saya kamu tukar ke dalam jasad kamu,
daging dan tulang saya kamu pakai sekalipun! Kamu tak akan dapat sebagaimana saya dapat
sekiranya kamu tak bersungguh sebagaimana saya bersungguh‐sungguh dengan Allah.
84. Bukan nak ( zikir dengan suara ) kuat, bukan perlahan. Matlamat kita hancur hati dengan Allah
tetapi kebiasaannya nak hancurkan batu gunung untuk buat jalan kena gunakan bahan letupan. Kemudian batu tadi di masukkan di dalam mesin penghancur, tentulah proses ini mengeluarkan bunyi yang kuat. Apatah hati manusia lebih keras dari batu.
85. Saya tak bimbang anak‐anak saya tak makan kerana rezeki, (sebab) Allah sudah jamin. Yang
saya bimbang anak‐anak saya tak ada iman.
86. Saya tak setuju dengan orang‐orang yang hanya bercerita tentang datuk nenek mereka orang
hebat, orang soleh dan tok wali. Dia tu macam mana? Sepatutnya dia boleh (dapat) lebih lagi,
atau pun sekurang‐kurangnya dapat sama macam datuk nenek mereka. Kalau guru buat
matan, murid buat syarah. Ini tidak, masuk hutan! (tak terpakai).
87. Fahaman Wahabi ialah fahaman yang berpegang kuat dengan zahir syariat. Mereka tidak
terbuka rahsia syariat. Jika kita berpegang kuat dengan syariat dan hakikat, mereka tak boleh
makan kita.
88. Kalaulah anjing yang mengikut pemuda Ashabul Kahfi, Allah masukkan ke dalam syurga.
Apatah manusia yang bersungguh‐sungguh mengikuti perjalanan Ahlullah. Ada orang yang
menulis nama‐nama mereka ( Ashabul Kahfi ) untuk dibuat azimat sahaja. Ini saya tak setuju,
sepatutnya kita kena ikut jejak langkah mereka untuk menyelamatkan iman. Kita pun akan
sama dapat kekuatan macam mana yang Allah anugerahkan kepada mereka.
89. Kamu tentang makan, kamu pandai. Untuk menyedapkan sesuatu makanan berbagai ramuan
digunakan, tetapi kenapa untuk mendapat kemanisan di dalam ibadah kamu tak pandai?
90. Duduklah ”tang” manapun, di parit longkang, di dalam istana, di atas, di bawah, di tepi, di
tengah, di laut atau di darat. Matlamat kita ialah kehambaan.
91. Pohonlah kepada Allah untuk berjumpa dengan guru yang boleh membimbing kamu ke jalan
Allah.
92. Di dalam perjalanan Ahlullah, baka keturunan adalah salah satu perkara yang sangat penting.
Sebab itulah Rasullullah s.a.w. suruh memilih perempuan yang beragama untuk dijadikan
isteri.
93. Untuk menyucikan darah‐darah keturunan yang tak terpakai, darah kejinan, darah kekufuran
dan kesyirikan. Hendaklah menghabiskan selawat sebanyak 5.6 juta.
94. Kalau kita tak larat nak berjalan, jadilah tangga untuk orang‐orang yang nak berjalan.
95. Setengah orang seronok membaca dan mendengar karomah Syeikh Abdul Qadir Al‐Jilani. Nasihat Syeikh Abdul Qadir Al‐Jilani dia tak baca! Bacalah nasihat Syeikh Abdul Qadir al ‐Jilani, di dalam kitab Fathul Ghaib dan Fathur Rabbani.
96. Ada dua jalan manusia menuju Allah s.w.t:
• Jalan Nubuwwah
Jalan Nubuwwah bermula sejak Nabi Adam a.s hingga Nabi Muhammad s.a.w. Jangka
masa ini tidak diketahui oleh sebarang manusia, kecuali Allah s.w.t sahaja. Inilah jangka
masa manusia mencapai Allah s.w.t melalui bimbingan nubuwwah, di mana wahyu
sentiasa di turunkan. Zaman Nubuwwah ini telah berakhir dengan Nabi Muhammad
s.a.w dan tidak akan bermula lagi.
• Zaman Wilayat (kewalian)
Zaman Wilayat di mana para aulia menunjukkan manusia jalan kepada Allah s.w.t
sehingga akhir zaman. Bila zaman Nubuwwah berakhir, maka dari situ zaman Wilayat
bermula. Wilayat bermula dengan para‐para sahabat, diikuti oleh para tabien yang
berlandaskan hadis Akbaru Tabik, Uwais Al Qarni. Jalan ini berterusan hingga Syeikh
Abdul Qadir al ‐ Jilani pada abad ke 5 Hijrah di mana mahkota Wilayat telah di
anugerahkan kepada beliau. Zaman Wilayat ini bermula dari zaman sahabat hingga ke
zaman Sayyidina Muhammad Al‐Mahdi. Semua auliya’ di dalam dunia ini mencapai Allah
melalui warasatul auliya’ (bimbingan para Auliya’). Allah s.w.t membimbing mereka
melalui syariat, toriqat, hakikat dan makrifat. Pancaran nur kalimah
(La ila ha illAllah) yang di bawa oleh Nabi Muhammad s.a.w sentiasa dikawal dan
dipelihara oleh para auliya’ supaya memancar dan bersinar.
97. Saya kalungkan mutiara di leher anjing, mudah‐mudahan ia menjadi kambing.
98. Sembahyang 5 waktu di wajibkan pada tahun ke 10 daripada kenabian dan kerasulan.
Sebelum itu Rasulullah menyuruh para sahabat menguatkan iman dengan banyak menyebut
(La ila ha illAllah).
99. Bilal bin Rabbah r.a seorang hamba abdi. Orang yang dipandang hina oleh masyarakat tetapi
berhubung dengan keimanan dan tauhid, dia seorang yang mulia dan cerdik. Beliau tidak
tunduk kepada kekufuran dan kesyirikan walaupun jasadnya disiksa. Di hari ini, kita ada ramai
golongan cerdik pandai, ada pensyarah, ada jurutera, ada doktor, ada ulama’, tetapi
berhubung dengan keimanan dan tauhid, kita jauh ke belakang dan lebih bodoh daripada Bilal
r.a.
100. Kamu jangan sangka, kamu ikut saya, duduk majlis saya, sembahyang belakang saya, kamu
dah dapat masuk syurga. Saya pun belum tentu lagi Allah nak letak di mana, di syurga atau
neraka!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan