Ahad, Ogos 19
Syarat DAN Rukun Sujud DAN Syarat Sah Solat
Ketika ingin melaksanakan ibadah sujud kepada Allah, syarat-syarat dan rukun-rukun sujud itu hendaklah dipatuhi dan dipenuhi keseluruhannya agar permintaan kita dan sujudnya kita itu diterima Allah hendaknya.
Syarat-syarat sujud adalah:
* Suci dari hadas kecil dan hadas besar
* Suci dari sebarang dan segala najis
* Sujud dengan menghadap Qiblat
* Menutup aurat
Rukun-rukaun sujud adalah:
* Niat sujud
* Takbir(dengan membaca Allahu Akbar)
* Sekali sujud (kecuali sujud pada solat fardhu dan sujud sahwi)
* Bangun dari sujud
* Memberi salam
* Tertib
Syarat-syarat Sah Solat
Apabila kita sudah mempunyai air wudhu bererti kita sudah siap untuk mengerjakan solat. Kita boleh solat dimana saja asalkan di tempat suci. Suci disini maksudnya adalah tidak bernajis. Boleh menggunakan alas seperti sajadah atau apa saja yang bersih, sekalipun tidak memakai alas sama sekali, seperti di atas bumi. Meskipun demikian, yang penting dipersiapkan sebagai persyaratan shalat ialah:
1. Menutup aurat bagi lelaki iaitu antara pusat dengan lutut. Aurat wanita, seluruh badan, kecuali muka dan telapak tangan. Menutup aurat boleh dengan apa saja asal suci, tidak tembus pandang seperti plastik bening atau benda semacam lainnya.
2. Menghadap ke arah kiblat, yaitu Ka’bah di Makkah. Bila tidak memungkinkan, misalnya di atas kereta api, kapalterbang atau tak diketahui sama sekali, maka hadapkanlah wajah kita ke mana saja yang kita merasa condong bahawa itu adalah kiblat.
3. Harus mengetahui dengan yakin sudah berada dalam waktu solat yang hendak dikerjakan.
4. Yakin bahawa badan, pakaian, dan tempat solat suci dari najis.
5. Suci dari hadas besar dan hadas kecil.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan