Oleh: kaunselor
Kalau diterima tuduhan-tuduhan dari sebahagian orang yang menolak tasawuf atau ilmu rohaniah atau ilmu zauk, ertinya kita telah menganggap bahawa syariat Islam itu hanya mengenai kehidupan zahir semata-mata. Seolah-olah tidak ada hubungan langsung dengan soal-soal batin seperti persoalan hati atau roh dan nafsu. Ertinya sama ada sedar atau tidak, kita mengakui bahawa ajaran Islam itu sama sahaja atau setaraf dengan isme-isme atau ideologi lain ciptaan manusia; di mana peraturan-peraturan atau hukum-hakamnya cuma mengenai kehidupan yang lahir. Ia dari apa yang dapat dinilai oleh mata lahir semata-mata dan tidak ada hubung kait langsung dengan hati atau roh dan nafsu.
Amat berbahaya jika kita menolak ilmu rohaniah ni. Tentu kita langsung tidak akan mempedulikan soal hati, nafsu dan hal ehwalnya. Tentu kita tidak akan ambil perhatian tentang kejahatan nafsu dan tidak anggap penting untuk membersihkan hati dan membuang sifat-sifat jahat tersebut. Sekaligus bererti, manusia tidak lagi bermujahadah untuk membaiki diri agar dapat memiliki sifat-sifat mahmudah (sifat terpuji) dan menumpaskan sifat-sifat mazmumah (sifat terkeji).
Untuk menghuraikan lebih terperinci lagi kita bawakan beberapa contoh. Umpamanya, selepas memiliki aqidah, mereka cukup hanya sekadar mempraktikkan Rukun Islam yang lima. Boleh jadi mereka suka juga menambah ibadah-ibadah sunat yang lain. Di waktu yang sama mereka tidak akan mempersoalkan lagi tentang soal khusyuk atau tidak, ikhlas atau tidak, riak dan ujub atau tidak, megah dan sombong atau tidak. Mereka tidak akan ambil peduli apakah mereka berbuat sesuatu itu kerana nama dan kemasyhuran atau sebaliknya. Apakah ada udang di sebalik batu dan sebagainya dalam mereka mengajar, belajar, berdakwah, berjuang, berkorban, memimpin, menutup aurat dan lain-lain lagi.
Walhal inilah perkara yang paling penting yang mesti dijaga. Begitu juga apabila seseorang itu meninggalkan yang haram, lalu dia tidak akan mengambil kira akan segala yang batin.
Apa sebab ditinggalkan? Adakah kerana takut ditangkap atau kerana takutkan Allah? Takut susah atau takutkan Allah. Takut malu atau takutkan Allah. Takut dihina orang atau takutkan Allah. Apa yang penting pada mereka, cukuplah perintah buat atau perintah tinggal itu ditaati sesuai dengan syariat. Soal-soal hati di waktu itu tidak usah diambil kira sangat. Peranan hati usah diambil kira lagi. Sewaktu bertindak itupun kerana atau mengapa hati itu mendorong untuk berbuat demikian, tidak diambil kira. Apa yang penting biar ia sesuai dengan syariat lahir; itupun sudah cukup!
Kalau diibaratkan orang yang membeli buah, cukup sekadar menentukan keelokan kulitnya sahaja tanpa diambil hirau akan soal isinya. Apakah benar begitu tindakan kita pada realitinya apabila membeli buah? Tentulah tidak! Malanglah kalau kita menerima sikap begini; yakni sekadar memikirkan soal kulit sahaja, tanpa mengira akan isinya.
Ini bererti kita menolak sabda Rasulullah dalam hadis baginda: “Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang gambaran rupa kamu dan tidak kepada bangsa kamu dan tidak kepada harta benda kamu, tetapi Dia memandang akan hati kamu dan amalan-amalan kamu.” - Riwayat At Tabrani
Sabda baginda lagi: “Sesungguhnya dalam jasad ada seketul daging. Kalau baik daging itu maka baiklah seluruh jasadnya. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Maka ketahuilah, itulah dia hati.” - Riwayat Bukhari dan Muslim
Juga ia akan menolak sebahagian daripada ayat-ayat Al Quran.
i) Firman Allah; “Sesungguhnya hawa nafsu sangat mengajak kepada kejahatan.” - Yusuf: 53
ii) Firman-Nya lagi; “Sesungguhnya mendapat kemenanganlah orang-orang yang membersihkannya dan mendapat kecewalah orang yang mengotorinya.” - Asy Syams: 9-10
Seterusnya orang yang menolak ilmu rohaniah, mereka akan turut menafikan adanya ilmu laduni, ilham, kasyaf, firasat, kedatangan hatif ( ?) dan pertolongan ghaib. Sedangkan perkara-perkara yang disebut itu selain daripada tersebut secara ilmiah di dalam Al Quran dan Hadis, ia juga telah menjadi pengalaman orang-orang soleh zaman dahulu sepertimana yang disebutkan di dalam kitab-kitab muktabar.
Begitulah wahyu Allah dan sabda Rasul-Nya serta hujah sejarah yang ada disebut di dalam kitab, yang menguatkan lagi hujah bahawa soal-soal roh atau hati dan nafsu ini mesti diambil kira. Jelasnya, pendapat-pendapat ulama yang menolak ilmu rohaniah ini sudah awal lagi tertolak.
Imam Malik r.hm. berkata: “Barangsiapa berfeqah (syariat) tanpa tasawuf (hakikat), maka ia jadi fasik. Barangsiapa bertasawuf (hakikat) tanpa feqah (syariat), maka ia jadi kafir zindik (kafir secara tidak sedar).”
Supaya lebih jelas lagi elok dilihat contoh-contoh berikut:
1. Berfeqah tanpa tasawwuf di mana seorang itu hanya melakukan amalan-amalan lahir. Katalah semua rukun Islam yang lima itu beres dilakukannya. Ditambah lagi dengan berjuang fisabilillah, berdakwah, belajar, mengajar, menziarah, berkorban dan menutup aurat. Dijaga juga dari melakukan perkara-perkara lahir yang haram dan makruh. Ditambah lagi dengan amalan-amalan sunat. Pendek kata, semua perintah atau larangan lahir ditaati, tetapi amalan batin yakni hatinya tidak diambil pusing.
Dibiarkannya saja sifat riak, ujub, gila nama, ingin glamour, sombong, tamak, bakhil, pemarah, dendam, dengki, cinta dunia dan lain-lain lagi sifat negatif mencorakkan sikap dalam hidupnya. Inilah jenis orang syariat atau orang berfeqah sahaja. Pada pandangan mata zahir, dia seorang yang sangat baik kerana hukum Islam yang lahir teramat sangat dijaganya. Tetapi di sisi Allah orang ini masih berdosa, yakni derhaka pada Allah kerana dia tidak menjalankan syariat batin yang diperintahkan oleh Allah.
Lihatlah sabda Rasulullah saw;
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang gambaran rupa kamu dan tidak kepada bangsa kamu dan tidak kepada harta benda kamu tapi Dia memandang hati kamu dan amalan-amalan kamu.” - Riwayat At-Tabrani
Maka orang yang melanggar syariat batin ini, Imam Malik menjatuhkan hukum fasik; yakni orang yang berdosa dan apabila mati tanpa taubat akan masuk ke dalam neraka, tetapi tidak secara kekal.
2. Bertasawuf tanpa feqah di mana seseorang itu yang berusaha menjaga hatinya sahaja, seluruh atau sebahagian dari syariat batin (amalan batin), tetapi menolak dan meninggalkan syariat lahir semua sekali. Katakanlah dia sangat menjagai hati dari hasad, dendam, pemarah, jahat sangka di samping menyuburkan kasih sayang, simpati, tawakal, tawadhuk, sabar dan lain-lain sifat mahmudah lagi. Namun dia tidak melaksanakan rukun Islam yang lima dan lain-lain lagi. Inilah orang yang berhakikat, tetapi menafikan syariat. Pada Imam Malik, orang ini dikatakan kafir zindiq, iaitu kafir secara tidak sedar. Apabila mati tanpa taubat, pun akan dimasukkan ke dalam neraka dan kekal di dalam-nya. Wal’iyazubillah.
Dalam masyarakat hari ini banyak kita temui mereka yang memisahkan ajaran Islam dan beramal dengan salah satu daripadanya. Ada yang bersyariat sahaja. Ada yang berhakikat saja. Bahkan ada yang meninggalkan kedua-duanya sekali. Hal ini sebenarnya menyimpang dari ajaran Islam. Islam yang sebenar mesti diamalkan secara serentak di antara syariat dan hakikat. Apabila diamalkan, kita akan memperolehi hasilnya iaitu makrifatullah. Sama seperti sebiji buah, ada yang jadi kulit, ada isi dan ada rasa. Mana boleh kita pisahkan-pisahkan antara ketiga-tiganya? Semuanya mesti bagus, barulah kita dapat mengatakan buah itu sebagai bagus. Kalau kulitnya sahaja sudah busuk, tentu ia dibuang orang kerana buahnya itu sudah tidak bagus lagi.
Kesimpulannya, Islam seseorang itu hanya akan sempurna kalau dia mengamalkan syariat, tareqat dan hakikat secara serentak. Maka layaklah ia digelar taslim, yakni tunduk lahir dan batin. Sesiapa yang tidak demikian halnya maka Allah menempelak dengan firman-Nya; “Mereka bercakap dengan mulut mereka tetapi tidak seperti dalam hati-hati mereka.” - Ali Imran: 167
Ciri-ciri ini adalah menyamai sifat orang munafik yang lahirnya lain, sementara di dalam hati pula lain. Inilah sikap yang paling perlu kita elakkan dalam hidup ini. Moga-moga kita diberi hidayah dan taufik dari Allah saw.

Pejuang jihad: memaparkan akhlak Islam setelah memahami tuntutan tasawwuf.
Sedangkan mencari keredhaan Ilahi itu adalah soal dalaman.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan