Ahad, Mei 1
Soal Cinta?Mari lihat pesanan Imam Al-Ghazali
"perempuan yg suci adlh perempuan yg dijaga oleh Allah,
tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya....
kerana Allah teramat mencintainya...
tetapi andai kita bergelumang dgn cinta lelaki, di mana Allah utk menjaga kita?
Allah spt melepaskn kita kpd seseorg mnsia yg lbh byk mengecewakan kita.
jika Allah dtgkn kesedaran dlm diri spya meninggalkan cinta seorg lelaki,bmkna Allah mahu ambil kita kmbali utk dijagaNya.mengapa masih ragu2?
kekuatan usah ditunggu tp harus dicari.
hargailah di ats kesempatan yg Allah berikan...
sebesar-besar dosa adlh dosa yg kita lakukan ktka kita rasa berdosa mlakukannya"
-petikan kata-kata imam Al-Ghazali-
Imam Ghazali rhm berkata:-
“Barang siapa mengaku 4 perkara tanpa disertai dengan 4 perkara yang lain, maka dia adalah pendusta.
Barang siapa mengaku CINTA SYURGA tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia pendusta.
Barang siapa mengaku CINTAKAN NABI MUHAMMAD SAW tetapi tidak cinta kepada ulama dan fakir miskin, maka dia adalah pendusta.
Barang siapa mengaku TAKUTKAN NERAKA tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pendusta.
Barang siapa yang mengaku CINTA ALLAH tetapi keluh-kesah dengan ujian-Nya, maka dia adalah pendusta...”
renung2kan bersama...
'Dimana ada IMAN, di situ ada CINTA..
Suatu hari Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?” Muridnya yang pertama menjawab: “ibu bapa”, muridnya yang kedua menjawab ”teman”, muridnya yang ketiga menjawab “guru”, dan muridnya yang keempat menjawab “isteri atau suami.” Imam Ghazali menjawab: “Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah mati. Sebab itu janji Allah, bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.” (Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali bertanya lagi: “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?” Muridnya yang pertama menjawab: “bulan”, muridnya yang kedua menjawab ”bintang”, muridnya yang ketiga menjawab “matahari”, dan muridnya yang keempat menjawab “Negeri Cina.” Imam Ghazali berkata semua jawapan itu benar tetapi yang paling tepat ialah masa lalu. Walau apapun kemudahan atau kenderaan yang kita ada, kita tidak boleh kembali kepada masa lalu. Sebab itu kita perlu menjaga hari ini, esok dan hari yang akan datang dengan perbuatan yang dituntut oleh agama.”
Imam Ghazali menyoal lagi: “Apa yang paling besar di dunia ini?” Pelbagai jawapan yang diberikan oleh murid-muridnya. Muridnya yang pertama menjawab: “gunung”, muridnya yang kedua menjawab ”bumi”, muridnya yang ketiga menjawab “matahari”, dan muridnya yang keempat menjawab “bulan.” Imam Ghazali membenarkan semua jawapan muridnya namun ia berkata jawapan yang paling tepat ialah hawa nafsu (Surah Al A’raf: 179). Oleh itu kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa kita ke neraka.”
Imam Ghazali bertanya lagi: “Apa yang paling berat di dunia ini?” Murid-muridnya memberi pelbagai jawapan yang munasabah. Imam Ghazali sekali lagi mengiyakan semua jawapan murid-muridnya namun ia berkata: “Perkara yang paling berat di dunia ini ialah memegang amanah (Surah Al-Azab : 72). Tumbuh-tumbuhan, gunung-ganang dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.
Imam Ghazali bertanya lagi: “Apakah perkara yang paling ringan di dunia ini?” Selepas menerima pelbagai jawapan daripada murid-muridnya, beliau berkata: “Semua jawapan kamu itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.”
Imam Ghazali bertanya lagi, “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?” Murid-Muridnya dengan serentak menjawab: “Pedang”. Imam Ghazali membenarkan jawapan itu, tetapi berkata: “Itu benar, tetapi yang paling tajam ialah lidah manusia kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukakan perasaan orang lain.”
Semoga kisah di atas menjadi renungan kita bersama.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan