Ahad, Julai 14

KITAB TERSOHOR ADAB AS SULUK BERKENAAN PRINSIP PERJALANAN : SYEIKH NAJMUDDIN KUBRA ( SIRI 3)




BAB 2

Berkenaan Prinsip-Prinsip Luaran Perjalanan Tariqat Ini.

Hendaklah kamu ketahui bahawa perjalanan hati ini menuju Tuhanmemerlukan pemerhatian terhadap adab-adab yang tertentu, yangmana sebahagiannya adalah berkaitan tentang perkara yang Zahirdan sebahagian lagi adalah perkara Batin.Prinsip pertama yang berkaitan luaran ialah bahawa Salik hendaklahmenyerahkan segala pemilikan kebendaannya dan asbab penghidupannyadan menjauhkan dirinya dari ikatan takluk Duniawi. Dia tidak boleh adasebarang ikatan melainkan pengabdian terhadap TuanNya dan ketaatankepadaNya dan mengingatiNya. Allah Yang Maha Mulia telah berfirman:
"Dan ingatlah Nama Tuhan Pemeliharamu dan berbaktilah kepadaNyadengan sepenuh kebaktian." [73:8]

Prinsip yang kedua berupa pengasingan dan menjauhkan diri dari orang-ramai, khasnya dari setiap orang yang menghalang seseorang mendekatkandiri kepada Allah. Dan Allah Ta'ala telah berfirman kepada Hadhrat BagindaNabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:
"Jauhkan diri dari mereka dan hindarkan mereka yang menyerukepada segala sesuatu yang selain Allah."

Prinsip ketiga ialah bahawa Salik hendaklah menjaga tujuh anggota tubuhbadannya dari apa yang jijik di sisi Tuhannya, Allah. Ianya adalah sepertiberikut: Mata hendaklah ditutup dari melihat apa yang dilarang dan tidakberfaedah kepada seseorang; telinga janganlah mendengar fitnah, kutukanpenghinaan yang keji dan perkataan yang lucah dan yang seumpamanya;lidah hendaklah dipelihara dari kesalahan yang seumpamanya dan bibirhendaklah ditutup dari memperkatakan apa yang tiada berfaedah. Dansebahagian Para 'Urafa telah berkata, bahawa ucapan seseorang hendaklahdalam ingatan terhadap Allah, diam seseorang hendaklah dijadikan sebagaiusaha untuk bermuraqabah, pandangan seseorang kepada benda-bendahendaklah untuk maksud mendapatkan pengajaran. Salik juga hendaklahmenjaga perutnya dari makanan yang Haram dan Syubhat, dan dalamperkara yang Halal juga janganlah dia bersikap tamak dan rakus denganpenuh bernafsu dalam hal keadaan alpa terhadap Tuhan, sehinggakan ketikamemakan makanan dia hendaklah sedar dan berkesedaran tantang kehadiranAllah. Dengan jalan yang sama, dia hendaklah menjaga kaki dan tangannyabegitu juga anggota kelaminnya dari pekerjaan yang Haram dan menjijikkan.

Prinsip yang keempat adalah bahawa Salik hendaklah menentang Nafsu jasmaninya, iaitu melawan dorongan-dorongannya dalam menghendakimakanan dan minuman yang sedap, pakaian yang cantik, perlakuan yangmemberahikan dan pemilikan tanah tinggi untuk menunggang kuda dansebagainya. Ini adalah Jihad Akbar yakni perjuangan Mujahadah terbesaryang mana Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'AlaihiWasallam selaku pemimpin ummat manusia telah bersabda mafhumnya,
"Kamu telah kembali dari Jihad Asghar yakni perjuangan kecilmenuju kepada Jihad Akbar yakni perjuangan yang lebih besar."

Dan Jihad ini adalah lebih penting dan buah-buahannya adalah lebihmencakupi berbanding melawan menentang golongan Kuffar, kerana merekaketika dalam peperangan adalah bertujuan mencari harta rampasan dansentiasa menurut kemahuan Nafsu Jasmaninya yang akan memimpin merekakepada kebinasaan yang berkekalan dan kekurangan yang kekal. MenurutPara 'Urafa, pengabaian terhadap Nafs adalah seperti mencampakkan kayuapi ke dalam api yang marak, dan seseorang penuntut Talib dan Salik dalamrangka usaha menghapuskan gangguan Nafsnya hendaklah memadamkanapi tersebut dalam dirinya sendiri.Prinsip yang kelima adalah bahawa Salik hendaklah mencari seorang yang berkesedaran, sempurna dan Syaikh yang 'Arif untuk membimbingnya atas jalan menghasilkan kesempurnaan supaya dia dapat mencapai Kehadhrat Haqq, kerana seseorang Talib penuntut adalah seperti seorang pesakit yang dikelilingi dengan berbagai penyakit dan Syaitan-syaitan dan dijangkiti dengan begitu banyak penyakit dan kesakitan
Seseorang Salik adalah tidak menyedari tentang mereka dan sekalipun jikadia menyedari, dia tidak mengetahui bagaimana untuk mengubati Nafsnya.Supaya dia tiada pilihan melainkan dengan mencari seorang yang berbelas-kasihan dan Tabib yang boleh dijadikan rakan yang dapat mengenalpastipenyakit-penyakitnya dan membantunya untuk mendapatkan kembali danmengatasi penyakitnya.

Dalam perkataan yang lain, seseorang Salik adalah seperti seorangpengembara dalam sebuah gurun padang pasir yang bahaya dan teruk,seorang yang tiada sebarang pilihan melainkan untuk mencari seorangpembimbing Ruhani dalam rangka usaha supaya terpimpin ke arah destinasimatlamatnya.Prinsip yang keenam ialah bahawa Salik hendaklah jangan menyibukkandirinya dengan beraneka susunan doa-doa, membaca Zikir-Azkar,melakukan Solat Sunnah Nawafil dan latihan Riyadhah keruhanian yangberbagai, tetapi hendaklah menumpukan kepada satu jenis Zikir yangtertentu dan melakukan kesemua Solat yang telah difardhukan dandisunnahkan.

 Baharulah kemudian, dia seharusnya tenggelamkan dirinya dalam kegiatanmengingati Allah. Adalah dikatakan bahawa amalan Zikir adalah kuncimenuju Alam Ghaib yang tersembunyi dan cahaya bagi Dunia dalaman.Tanpa kunci, seseorang tidak boleh masuk ke sesebuah rumah dan tanpacahaya, rumah yang gelap tidak akan terang benderang. Maka, Salikhendaklah mengingati Allah dengan cara seorang kekasih mengingatikekasihnya, dan ingatan tersebut jangan sesekali meninggalkannya.Kemudian dia mestilah mengekalkan dalam dirinya dalam Zikir sehinggazikir tersebut benar-benar melekat pada dirinya dan tidak meninggalkan hatidengan berkeadaan kosong dari Zikir walaupun untuk seketika. Apabila diamenyambung semula dalam kegiatan Zikir ini, ianya akan berubah dari ZikirNafsi manusia kepada Zikir Qudsi yang suci.Zikir Nafsi yang dilakukan oleh manusia ialah ingatan yang dilakukandengan bantuan bunyi, huruf dan bilangan manakala Zikir Qudsi ialahingatan yang bebas dari sebarang bilangan, huruf dan bunyi. 

Sesudah tahapini, seseorang Zakir kehilangan pengenalan tentang dirinya dan tenggelam didalam Zat Zikir. Dia menjadi tidak sedar tentang Zikirnya sebagaimana jugatentang dirinya sendiri.Terdapat banyak darjat tingkatan Zikir, sebahagiannya adalah menggunguliyang lain yang mana susah untuk dimulakan; tetapi secara beransur-ansurkeperitan dan susah-payah akan hilang dan Zikir akan menjadi kelazimandan suatu tabiat bagi Salik.Prinsip yang ketujuh ialah menjaga puasa atau lapar yang berterusan, keranakelakuan ini menandakan penentangan dan penekanan terhadap diri Jasmani, yang mana ianya adalah akar yang menyebabkan segala hijabtutupan, dasar kepada perpisahan dan penjauhan dari Yang Haqq 'Azza Wa Jalla. Jika seseorang Salik mengurangkan pemakanannya secara beransur-ansur, ianya adalah diperbolehkan. Ini adalah jalan yang telah dituruti olehsebahagian Para Masyaikh Sufiyyah.Adalah juga sesuai jika seseorang mengambil jalan tengah iaitu denganmemerhatikan kesederhanaan. Hadhrat Baginda Nabi MuhammadRasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda:
"Peliharalah Nafs dirimu dalam keadaan baik kerana ia adalah yang menanggung dirimu, kamu hendaklah bersikap belas kasihan terhadapnyadan menjaganya."

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallamseterusnya telah bersabda:
"Barangsiapa yang menjadikan keimanannya dengan bersungguh-sungguh untuk dirinya, Nafsnya akan menenggelamkannya danmerendahkannya."

 Jika berlaku keadaan yang mana seseorang Salik harus membuka puasanyayang Mustahab dengan tujuan untuk melayani tetamunya atau padamenuruti arahan Murad Murshidnya, dia tidak sepatutnya membiarkanNafsunya bersuka-ria hingga ke tahap sepenuhnya, tetapi mengambilmakanan dalam jumlah yang sedikit dan makan kurang sedikit dari apa yangdimakan secara kebiasaannya setiap hari ketika dia berlapar atau ketikaberbuka puasa, supaya dia akan dapat melucutkan Nafsnya dari duakeseronokan iaitu ketika berbuka puasa dan kedua ialah seronok menikmati makanan yang memuaskan hati. Seterusnya, dia janganlah selalu makan rotiberserta lauk yang dididihkan tetapi makanlah hanya roti sahaja, keranaamalan ini adalah dianggap menjijikkan oleh sebahagian Para MasyaikhSufiyyah, khasnya didihan lauk yang disediakan mengandungi daging.Prinsip yang kelapan ialah menjaga kebersihan tubuh badan, keranakebersihan yang sedemikan adalah senjata orang Mukmin danmembangkitkan pencahayaan dalaman. Hadhrat Baginda Nabi MuhammadRasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda:
"Wudhu yang dilakukan oleh orang yang sudah berwudhu adalahseumpama cahaya di atas cahaya pada Hari Penghisaban kelak."

Prinsip yang kesembilan ialah tetap berjaga-jaga ketika malam. Amalan iniadalah dianggap sebagai satu amalan yang paling penting bagi seseorang Salik. Dalam memuji golongan Abrar, Allah Yang Maha Mulia telah berfirman:
"Mereka hanya tidur sedikit pada sebahagian daripada malam." [51:17]

Ianya bermakna bahawa mereka tidur hanya sedikit pada sebelah malam danmalam adalah masa melakukan permohonan doa bagi kalangan Awliya danSalihin.Prinsip yang kesepuluh bagi Salik ialah bahawa dia perlu berusaha dengansebaik mungkin untuk mendapatkan sumber rezeki yang Halal untukpenghidupan. Allah Yang Maha Mulia telah berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman, makanlah makanan yang baik-baik apayang telah Kami rezekikan kepada kamu." [2:172]

Dan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'AlaihiWasallam telah bersabda:
"Sesudah perlaksanaan amalan Fardhu, adalah Wajib untuk mencaripenghidupan yang Halal."
Ini bermaksud bahawa setelah melakukan tanggungjawab beriman denganperkara keimanan ianya merupakan perkara yang paling diwajibkan padakewajiban seseorang. Pendapatan yang Halal adalah menjadikan Batinseseorang bercahaya dan pendapatan yang Haram adalah menggelapkanhati.Para 'Urafa telah berkata bahawa, barangsiapa yang menyuburkan dirinyadengan pendapatan yang Halal selama empat puluh hari, Allah Ta'ala akan mencahayakan hatinya. 

Seandainya pendapatan yang sepenuhnya Halaltiada didapati disebabkan oleh kebiasaan yang mendesak serta ada ciri-cirikeraguan pada pendapatan rezeki yang telah diperolehi, maka dia hendaklahmakan apa yang mudah serta kurang keraguannya dan ianya perlulahdiambil menurut keperluan yang minima dan bukannya sebagai memenuhikeperluan dan sebagai suatu kepuasan. Jika seseorang Penuntut bertindak dengan kelalaian dalam perkara ini, diatidak akan berada dalam suatu kedudukan yang berfaedah daripada buah-buahan pohon 'Irfan Ma'rifat. Pengarang risalah ini semoga Allahmerahmatinya telah berkata bahawa, seseorang Murid yang sedang beradadalam hari-hari Mujahadah dan ketika saat yang memerlukan tidak bolehmengambil walaupun sebiji bijan yang diragui, untuk tidak bercakap apa-apatentang pengambilan sedemikian ketika masa senang dan mudah.Akar penyebab segala kejahatan orang-orang yang Ahli Dunia adalah keranapengabaian mereka berkenaan perkara ini, sebagaimana kecuaian merekadalam menghindarkan diri dari perkara dan makanan yang haram.Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallamtelah bersabda mafhumnya:
"Ciri-ciri Agama adalah kesalihan dan ketaqwaan terhadap Allahdan Iman adalah menjadi rosak disebabkan kehalobaan."

Di sini adalah penghabisan adab-adab luaran yang ditentukan kepada Salik.Terdapat juga banyak adab-adab dalaman yang diikuti oleh orang-orang AhliTariqah.

Catatan:

Ianya tidaklah bermakna bahawa Salik tidak sepatutnya melibatkan diridalam kegiatan kemasyarakatan, tetapi adalah bahawa dia perlu hidup dalamkeadaan yang mana bahawa apa sahaja yang dilakukannya hendaklah keranamengharapkan Keridhaan Allah dan apa jua kegiatan pengejaran ataukhidmat yang dipilihnya hendaklah menjadi sebagai asbab untuk mencapaipenghampiran yang suci. Dalam hal keadaan ini, setiap tindakan dankegiatannya meskipun pada paparan Zahiriahnya adalah berbentuk Duniawinamun pada Haqiqatnya adalah untuk Akhirat, iaitulah suatu alamkehidupan yang lebih besar dari alam kehidupan Dunia ini.
Cheist Dunya Az Khuda Ghafil Shudan, Ney Qumash Wa Khanah Wa Farzand Wa Zan.
Terjemahan:
Apakah ertinya Dunia ini selain keterlupaan terhadap Tuhan,Ianya bukanlah gaya, harta kebendaan, isteri dan anak-anak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan