Ahad, Julai 14

KITAB TERSOHOR ADAB AS SULUK BERKENAAN PERJALANAN RUHANIAH : SYEIKH NAJMUDDIN KUBRA ( SIRI 2)

KITAB TERSOHOR ADAB AS SULUK BERKENAAN PERJALANAN RUHANIAH : SYEIKH NAJMUDDIN KUBRA ( SIRI 2)


BAB 1

Berkenaan Perjalanan Tariqat Ruhaniah Menuju Tuhan Yang Maha Agung Dan Kepentingan Perjalanan Tariqat Ini.

Wahai Hamba Allah, ketahuilah bahawa Allah Yang MahaMeninggikan telah menciptakan manusia hanya dengan suatuperintah yang membolehkan hatinya atau ruhnya melakukanperjalanan Suluk menuju DiriNya dan untuk mencapai perhubungan denganDiriNya dan memerhatikan Jalal KeagunganNya serta Jamal KeindahanNyayang merupakan kesudahan terakhir bagi segala maksud dan segalamatlamat dan penghabisan bagi segala pengurniaan dan pemberian.Dunia dan apa sahaja yang terkandung di dalamnya, begitu juga denganDunia lain dan apa sahaja yang terkandung di dalamnya telah diciptakanuntuk maksud yang sama. Kedatangan Para Nabi dan Para Rasul danpenurunan wahyu Al-Quran dan kitab-kitab yang lain kesemuanya adalahbermaksud untuk memenuhi keperluan yang sama. Sebagaimana FirmanAllah:
"Dan tiadalah Aku telah menciptakan Jin dan Insan melainkan supayamereka beribadat mengabdikan diri kepadaKu." [51: 56]

Hadhrat Ibnu 'Abbas Radhiyallahu 'Anhu telah berkata bahawa dalam ayat ini,
"Liya'budun" yakni supaya mereka beribadat mengabdikan dirikepadaKu memberikan makna
"Liya'rifun" yakni supaya mereka mengenalMa'rifat tentangKu. Ianya bermaksud, bahawa kesemuanya telah diciptakandengan tujuan supaya mengenali DiriKu.Menurut mafhum sebuah Hadits Qudsi, Allah telah berfirman:
 Kuntu Kanzan Makhfiyyan Fa Ahbabtu An U'rafa, Fakhalaqtu Al-Khalqa Likai U'rafa.
"Aku adalah Khazanah yang tersembunyi, kemudian Aku telah suka untukdikenali, maka Aku telah menciptakan makhluk supaya dapat dikenali."

Tetapi sebagaimana menuju maksud perjalanan ini, ketahuilah bahawa hatimanusia adalah berdepan dengan tutupan hijab, rintangan dan jarak yangsangat jauh pada pemisahan dari Allah.

Terdapat juga baginya darjat-darjat, tingkatan-tingkatan dan maqam-maqamperhentian keintiman dengan Allah. Kehadiran Suci Hadhrat Al-Quddustidak akan disingkapkan sehinggalah dan melainkan dia mengoyakkan habissegala tutupan Hijab Nafs. Maka tabir tutupan pertama yang merupakanpenyebab pemisahan dari Hadhrat Al-'Izzah Allah 'Azza Wa Jalla adalahkejahilan mengenai DiriNya, menganggap ada gandingan perkongsianterhadap Yang Maha Esa dan berkeraguan dalam sifat-Sifat Keagungan danKesempurnaanNya. Kesemuanya ini adalah sejumlah kekufuran terhadapAllah Tuhan Yang Maha Tinggi yang mana merupakan sebesar-besar dansegelap-gelap tutupan bagi segala hijab sebagaimana Allah telah berfirman:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan sesiapa yang melakukanSyirik terhadapNya." [4: 48]

Maka ianya adalah penting bagi Para Murid yang mencari Allah untukmenukar kegelapan kejahilan hatinya ke dalam pencerahan menerusi cahayailmu pengetahuan, untuk menghasilkan cahaya keyakinan denganmenghindarkan kegelapan keraguan untuk mencapai Tauhid denganmengeluarkan diri dari kegelapan Syirik dan untuk menghasilkan cahayakeimanan dengan cara membebaskan dirinya dari kebingungan penafian. Jikalau tidak, tubuh dan ruhaninya akan tetap dalam kegelapan yang kekaldan kecelakaan di dalam tingkatan Neraka yang paling rendah yang Allahtelah tentukan untuk orang-orang yang tidak beriman, orang-orang Kafir dansekelian musuh Allah.Tahap tingkatan yang kedua atas perjalanan mencapai keintiman yang akrabkepada Allah adalah dengan ketaatan dan pengabdian 'Ubudiyyah terhadapNya kerana Allah Ta'ala telah memerintahkan:
"Wahai manusia, sembahlah Tuhan kamu!"

Seterusnya, Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'AlaihiWasallam telah bersabda dari Firman Qudsi Allah bahawa:
"Barangsiapa yang mencari penghampiran kepadaKu tidak akanberjaya mencapai matlamat mereka melainkan dalam kadar nisbahpenyempurnaan mereka terhadap semua yang telah Aku fardhukan kepadamereka. Para HambaKu adalah yang sentiasa mencari penghampirankepadaKu dengan perantaraan amalan ibadat Nawafil yang Sunnahsehingga dia memperolehi KecintaanKu untuk dirinya."

Maka dengan itu, barangsiapa yang benar-benar mengenali Tuhan Mawlanyamestilah mentaatiNya dan barangsiapa yang telah menemui TuhanNyamestilah menyembahNya. Jikalau tidak, dia akan terus berada dalamkegelapan dosa-dosa pada tahap kekufuran kerana dosa adalah suatutingkatan yang menjauhkan dari Tuhan manakala ketaatan adalah suatuperantaraan kepada penghampiranNya.Tahap yang ketiga dalam penghampiran adalah kelakuan Akhlaq yang baik.Maka itu, perlulah bagi Para Penuntut Haqq untuk mengubah kelakuantingkah-lakunya yang buruk kepada kelakuan Akhlaq yang terpuji, keranasetiap Akhlaq yang terpuji adalah dianggap sebagai suatu perantaraan untukpenghampiran kepada Hadhrat Tuhan. 

Sebagaimana kelakuan yang jahatadalah suatu langkah yang mengarahkan kejauhan dari DiriNya lantasmendorongkan kemurkaanNya, maka Para Penuntut kebenaran yang Haqqadalah diperintahkan untuk mengalihkan dirinya dari kegelapan keangkuhankepada cahaya kerendahan diri, dari kebakhilan dan kedengkian kepada kelebihan kasih-sayang dan belas-kasihan, dari kekikiran yang tak berhujung pangkal kepada kemuliaan bermurah hati, dari jurang gelap ketidak-syukuran kepada kecemerlangan yang tinggi dalam kesyukuran, dari kegelapan kemunafikan kepada cahaya keikhlasan, dari gurun yang berkaitdengan kecantikan luaran dan kekayaan Duniawi yang nyata zahirnyakepada taman kecintaan dan pergantungan terhadap Allah Tuhan Pemelihara sekelian langit dan bumi, dari kegelapan ketidak-waspadaan kepada cahaya Khauf takutkan ancaman Allah, dari kekaburan putus harapan dan berputus-asa kepada cahaya pengharapan dan kepercayaan pergantungan, dari bayang-bayang kebencian dan kemarahan kepada cahaya kesabaran dan toleransi, dari kegelapan ketergesaan dan kerunsingan ketika menghadapikemalangan dan bala musibah kepada cahaya kesabaran dan penyerahantidak bersyarat terhadap kepahitan Taqdir, dari kegelapan kejahilan kepadacahaya kesedaran dan ingatan, dari kegelapan kebingungan kedegilan kepada cahaya penyerahan dan kerendahan hati, dari kegelapanpergantungan terhadap asbab Duniawi kepada cahaya kepatuhan terhadap kehendak Allah Raja Segala Raja, dan dari kegelapan kehambaan terhadaphawa nafsu kepada cahaya ketaatan terhadap Pencipta Yang Mulia.

Maka,perjalanan ini adalah satu daripada perjalanan yang paling penting dan ianyaadalah wajib kepada semua Para Penuntut penghampiran terhadap KesucianNya dan Para Penuntut kebahagiaan yang tertinggi dan tempatkediaman kekal dalam kehidupan Akhirat agar melakukan perjalanan ini.Tahap keempat perjalanan Ruhaniah ini ialah perjalanan menempuhi Nama-Nama Terbaik Asma Al-Husna dan Sifat-Sifat Haqq Allah. Kerana apabilaseseorang Penuntut mensucikan diri Batinnya yang merupakan sebab terjarakkejauhan dari Allah dan menapis serta menggilap hatinya dengan adab-adabpenghampiran, dia akan layak untuk maju menuju Raja Segala Kerajaan dankesan daripada kecintaan Allah serta kemurahanNya akan terpapar dalamdirinya dengan sendiri.

Pada tahap ini, terdapat perbezaan pada kedudukan martabat Para Awliyadan Para Asfiya. Hadhrat Abu 'Abdillah Muhammad Ibni 'Ali At-Tirmidzi Rahmatullah 'Alaih telah berkata:
"Allah, Yang Maha Mulia dan Maha Megah telah mengajarkanNamaNya kepada Para HambaNya dan setiap Nama adalah berhubungankepada Iqlim kawasan keruhanian yang tertentu dan bagi setiap Iqlim terdapat seorang yang berautoriti sebagai Sultan, dan bagi setiap Iqlim adamajlis, penyampaian kuliah, pengurniaan dan ganjarannya yang dianugerahkan terhadap orang yang berada pada Iqlim tersebut, dan Diatelah menentukan Maqam-maqam yang khas kepada hati seorang 'Arif.""Ianya mungkin berlaku di mana seseorang Wali tinggal dalamsuatu Iqlim yang pertama kerana daripada himpunan Nama-Nama Allah,dia hanya mengetahui Nama yang berhubungan dengan Iqlim tersebut.Kerap kali juga berlaku bahawa terdapat seseorang dari kalangan ParaAwliya yang memiliki Maqam dalam Iqlim kedua, ketiga dan keempatpada masa yang sama.""Maka dengan itu apabila dia memaling terhadap sesuatu Iqlim,Nama yang terkandung pada Iqlim tersebut akan dianugerahkan keatasnya, supaya dia dapat sampai ke tingkatan Wali yang mengambilbahagian dari keseluruhan Nama-Nama. Dia adalah seorang yang mendapat manafaat daripada keseluruhan Nama-Nama dan dia adalahKetua Para Awliya."

Hadhrat Abu 'Abdillah Muhammad Ibni 'Ali At-Tirmidzi Rahmatullah 'Alaih selanjutnya berkata:
"Apa yang merupakan bahagian bagi orang awam daripada Nama-Nama Suci adalah keimanan mereka dalam Nama-Nama ini. Sebagaimanabagi mereka yang berada di tahap pertengahan sebagai Ashab Al-Yamin,sebagaimana juga Para Awliya yang umum, peruntukan bahagian merekadaripada Nama-Nama Suci adalah bergantung atas pembukaan hati di dadamereka iaitu Syarah Sadar tentang Nama-Nama ini dan cahaya yang bersinar di dalamnya dengan perantaraan 'Ilmu Ma'rifat mengenali Sifat-SifatNya Yang Maha Suci.""Setiap orang menikmati menurut kesanggupannya dan sukatancahaya keruhanian yang dimiliki oleh hatinya.

Tetapi faedah yang dinikmati oleh mereka yang terpilih dari kalangan Para Awliya, seseorang yang penuh dengan pakaian yang bertakluk dengan keduniaan dandipakaikan dengan persalinan Ruhani yang baharu, mengandungipemerhatian secara langsung terhadap Sifat-Sifat Kesucian danpenerimaan cahaya mereka di dalam hati-hati mereka.""Dari apa yang telah dimaklumkan oleh Hadhrat Syaikh kami,semoga Rahmat Allah terlimpah ke atasnya, adalah ternyata bahawa setiap Wali menikmati satu Maqam yang ditentukan khas untuk dirinya yang tidak dapat dilampauinya dan Maqam ini telah ditetapkan untuknyamenurut kemampuan dan kesanggupan dan tingkatan yang telahditaqdirkan untuknya oleh Allah."

 "Maka apabila hatinya mencapai kepada Maqam yang diketahui itu,perjalanan Suluk Ruhaniahnya akan sampai ke destinasi matlamat dankemuncak perjalanannya berakhir. Di dalam perjalanan ini tiada persoalantentang pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain, juga bukanmerujuk kepada pergerakan seseorang Salik dalam ruang udara dan bukan juga suatu destinasi yang dituntut. Kerana Allah Yang Maha Mulia adalahlebih dekat kepada seseorang dari urat lehernya sendiri. Di sini, denganperjalanan adalah bermaksud penyingkapan tutupan Hijab yang menghalang pandangan mata hati dan cahaya Sifat-Sifat Yang Suci daribersinar di dalam hati seseorang Salik. Ini adalah perjalanan sama yang kerananya manusia telah diciptakan."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan