JALAN KE HADRAT ILLAHI
Terdapat tiga` jalan ke Hadrat Ilahi iaitu:
Terdapat tiga` jalan ke Hadrat Ilahi iaitu:
1 Jalan Adabul Syari’at
2 Jalan Adabul Hidmat
3 Jalan Adabul Haq
Jalan
Adabus Syari’at ialah mematuhi segala 10 hukum-hukum Tuhan . 5 hukum
syarak iaitu wajib, sunat, haram , makruh dan harus. 5 hukum wad’e iaitu
syarat, sebab, mani’, sah dan batal. Sebagaimana Firman Allah Taala
bermaksud:
Barangsiapa membuat membuat
kejahatan walau sebesar zarrah sekalipun Allah terima, dan barangsiapa
membuat kebajikan sebesar zarrah sekalipun Allah terima juga.
Jalan
Adabul hidmat ialah membersihkan hati selain daripada Allah SWT ,
samada atas pekerjaan keduniaan atau akhirat tanpa meminta
balasan.Firman Allah Taala bermaksud:
Dan Allah Taala yang menjadikan kamu dan perbuatan kamu.
Jalan
Adabul haq ialah kita melihat` dengan mata zahir dan mata hati serta
mata sir menerusi wujud Allah. Firman Allah Taala bermaksud:
Barang di mana kamu hadap, di sana ada wujud Allah.
Cara-cara mencapai jalan ini
Hendaklah kita menuntut 3 jenis ilmu iaitu :
1 Ilmu Fekah
2 Ilmu Usuluddin
3 Ilmu Tasawwuf
Mengapa
kita perlu menutut ketiga-tiga jenis ilmu ini. Sebab manusia ini hidup
kerana ada 3 syarat iaitu ada jasad, ada hati dan ada roh. Jadi untuk
mendapat keselamatan di dunia dan akhirat wajib kita mengetahui ilmu tersebut.
Ilmu
Fekah ialah tertakluk kepada tubuh atau jasad manusia jadi hukumnya
berkaitan dengan syarak, ilmu usuluddin berkaitan dengan hati hukumnya berkaitan dengan akal, manakala ilmu tasawwuf berkaiatan dengan roh hukumnya berkaitan dengan adat.
Walaubagaimanapun, sebelum memasuki gerbang ketiga-tiga ilmu ini kita wajib mengetahui dan mempelajari ilmu yang paling utama dulu iaitu ilmu awaluddin. Sebagaimana firman Allah Taala bermaksud:
Awal agama mengenal Allah. Allah Taala berfirman lagi yang bermaksud:
Tiada sah sembahyang seseorang itu, melainkan ia mengenal dulu yang disembah.
Sedangkan
Allah Taala itu Ghuyub dan maha ghaib. Untuk mengenal Allah wajib kita
mengenal diri . Sebagaimana Sbada Rasululllah saw:
Barangsiapa mengenal diirnya, sesungguhnya mengenal Tuhannya, barangsiapa mengenal akan Tuhannya, binasalah dirinya.
Diri ini terdiri dari Diri terusal, Diri terperi, Diri yang terdiri dan Diri terjali
Terdapat
2 jenis agama di dunia iaitu agama Islam dan agama bukan Islam.
Kedua-kedua agama ini ialah juga agama Allah. Tetapi agama Islam telah
diakui oleh Allah. Firma Allah Taala berbunyi:
Sesungguhnya agama disisi Allah adalah agama Islam,
Agama
Islam ini bersih dari syrik jail, syrik khafi dan syrik khafi yul
khafi. Sedangkan agama bukan Islam atau kafir mensyrikkkan Tuhan iaitu
Allah.
Syrik Jali ialah menyembah selain dari
Tuhan yang bernama Allah. Syrik Khafi ialahmenyekutukan pada hati
samaada pada wujudNya, sifatNya dan perbuataNya. Manakala syirik Kahafi
yul khafi ialah tidak tahu membezakan antara Tuhan dan Hamba atau Qadim dan Muhaddas.
Agama Islam ialah terdiri dari himpunan 5 hukum syarak dan 5 hukum wad’e. Agama itu ialah sebagai iktikad atau pakaian kita inilah yang dikatakan iman.
Agama Islam ini terhimpun ke dalam 4 perkara iaitu Iman, Islam,Tauhid dan Makrifat.
Sumbangan
agama kepada kita ialah suatu tali penarik untuk semua manusia yang
berpegang kepadanya dan pegangan kita ialah ialah himpunan 4 perkara
tersebut iaitu Iman, Islam, tauhid dan Makrifat. Jadi jalan ini ialah
jalan membawa kepada kebahagiaan iaitu Syurga. Firma Allah Taala
bermaksud:
Berpegang kamu dengan tali Allah dan jangan bercerai berai.
Orang yang berpegang teguh dengan tali Allah dinamakan orang mukmin dan muslimin.
Iman, Islam, Tauhid dan makrifat
Iman atau iktikad terdiri dari 3 derejat iaitu Iman
Syari’at, Iman Tareqat, Iman Hakikat.Iman syari’at ialah kita percaya
kepada rukun iman yang dua iaitu iman mujamal dan iman munfasal. Iman
tareqat ialah kita memandang bahawa hukum Allah tidak berubah. Iman
hakikat ialah kita yakin sepenuhnya hukum Tuhan tidak akan berubah.
Sebagaiaman Firman Allah Taala berbunyi :
Berbuat Allah Taala dengan sekehendaknya.
Islam
terdiri dari 3 derejat iaitu: Islam Syari’at, Islam Tereqat dan Islam
Hakikat.Islam syari’at ialah hendaklah kita taat segala hukum perintah
dan laranganNya. Islam Tareqat ialah hendaklah ita membersihkan hati kita
dari ujub, ria, sama’ah, takbur, hawa, nafsu, dunia, syaitan, hasad,
khianat dan dendam. Islam Hakikat ialah menyerahkan diri di dalam segalam hukum iaitu takdir
Tauhid
terdiri dari 3 derejat iaitu: Tauhid Syari’at, tauhid tareqat dan
tauhid hakikat. Tauhid syari’at ialah menafikan sifat Tuhan yang lain
daripada Allah SWT. Tauhid tereqat ialah mengesakan sama ada sifat atau
perbuatan bagi Allah. Tauhid hakikat ialah menafikan wujud yang lain
Makrifat pula terdiri dari 3 derejat iaitu makrifat syari’at, makrifat tareqat dan makrifat hakikat. Makrifat syari’at ialah
hendaklah kita mengenal segala hukum feqah, hukum akal dengan bersih ,
Dapat kita mengenal mana yang baik dan mana yang jahat, mana yang haq
bagi Tuhan serta dapat mengenal mana yang baik dikerjakan dan mana yang
jahat ditinggalkan. Makrifat tareqat ialah hendaklah kita mengenal
segala warid yang dating di dalam hati kita. Makrifat hakikat ialah
tiada beza antara Allah dengan hamba, sama ada pandang secara zahir atau
secara batin.
Untuk mencapai syari’at,
tareqat dan makrifat ialah dengan ilmu. Ilmu syari’at ialah ilmu feqah.
Ilmu taredat ialah ilmu usuluddin dan ilmu hakikat ialah ilmu tasawwuf. Jika kita tidak faham ketiga-tiga ilmu ini maka tidak sempurna amal kita. Had batasan ilmu feqah ialah bago orang awam iaitu wajib mengetahui hukum syarak yang 5 dan hukum wad’e yang lima. Had batasan ilmu usuluddin ialah sekurang-kurangnya kya mengetahu 68 akaidul iman, Had batasan ilmu tasawwuf ualah kita mengetahui amal kita diterima atau tidak. Firma Allah Taala bernaksud:
Orang yang ulama adalah kekasih Allah walaupun ia fasik, dan bermula orang yang jahil seteru Allah walaupu ia soleh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan