Tariqah Pada Bahasa Kalimah Thariq berasal dari kekata “tharaqa” yang bererti
memukul/memanjangkan, menyisir, mengetuk, melalui,
mengucapkan, serta datang di malam hari. Thariq bererti tempat
berlalu yang luas dan panjang, melebihi luas jalan. Ia juga bererti
jalan yang ditempuh oleh kelompok sufi, dijamakkan menjadi
thuruq.
Erti Thariq sama dengan tariqah yang bererti jalan, haluan
atau mazhab. Tariqah juga mempunyai erti yang menunjuk pada
segolongan orang-orang yang dipandang mulia. Iaitu orang-orang
yang dihormati dan diikuti oleh masyarakat kerana keluhuran
jiwanya. Pada masyarakat Arab biasanya digunakan kata-kata
‘tariqah al-qaum’ yang bererti suri tauladan dan pilihan mereka
iaitu orang-orang yang dijadikan oleh sesuatu masyarakat sebagai
ikutan. Maka masyarakat tersebut mengikuti jalan mereka.
Tariqah Pada Istilah
Dalam Ilmu Tasawuf, Tariqah merupakan satu jalan atau
kaedah yang ditempuh menuju keridhaan Allah swt dengan
amaliah zahir dan bathin sepertimana yang terkandung dalam
keluasan Ilmu Tasawuf. Adapun ikhtiar menempuh jalan itu lebih
dikenali dengan istilah Suluk. Sedangkan orang bersuluk itu pula
dipanggil Salik.
Dalam keterangan yang lain, dapat difahami bahwa tariqah
itu adalah jalan atau petunjuk dalam melakukan sesuatu ibadah
sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dan
dikerjakan oleh para sahabat Nabi Muhammad saw, Tabi’it, Tab’in
Tabi’in turun temurun sehingga sampai kepada para ulama dan
guru-guru. Guru-Guru yang memberikan petunjuk dan bimbingan
ini dinamakan Mursyid. Mursyid peranannya membimbing dan
mengajar muridnya setelah memperolehi ijazah dari gurunya pula
sebagai tersebut dalam silsilahnya. Dengan demikian ahli
Tasawuf berkeyakinan bahwa hukum-hakam serta peraturan-
peraturan dalam ilmu Syariah dapat dilaksanakan dengan sebaik-
baik perlaksanaan melalui jalan Tariqah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan