Selasa, November 22

RISALAH AL QUSYAIRI BAB 1: TAUBAT

TAUBAT

Diriwayatkan dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah saw mengatakan - ‘Orang yang bertaubat dari dosa adalah seperti orang yang tidak berdoa, dan jika Allah mencintai seorang hamba, nescaya dosa tidak melekat pada dirinya.’
Ketika beliau ditanya, “Wahai Rasulullah, apa tandanya taubat?”, baginda menjawab, “Menyesali kesalahan.”
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah saw mengatakan, “Tiada sesuatu yang lebih dicintai oleh Allah selain pemuda yang bertaubat.”
Makna taubat dalam bahasa Arab adalah kembali – ia merupakan tingkat pertama di antara tingkat-tingkat yang dialami oleh sufi, dan tahap pertama di antara tahap-tahap yang dicapai oleh salik (si penempuh jalan Allah).
Sebuah hadis mengatakan, “Juru-ingat Tuhan di dalam hati setiap insan adalah Muslim.”
Abu Hafs Al-Haddad mengatakan, “Saya meninggalkan suatu perbuatan tercela, lalu kembali kepadanya. Kemudian perbuatan itu meninggalkan saya, dan sesudah itu saya tidak kembali kepadanya.”
Syeikh Abu Ali Al-Daqqaq mengatakan, “Salah seorang murid bertaubat, kemudian menerima ujian. Dia bertanya-tanya di dalam hati, “Jika saya bertaubat, bagaimanakah keadaan saya nanti?”
Syeikh Abu Ali Al-Daqqaq pula mengatakan: Taubat dibahagikan menjadi 3 tahap: tahap awal ialah tawbah (taubat), tahap tengah adalah inabah (berpaling kepada Tuhan), dan tahap akhir adalah awbah (kembali).
Al-Junaid menyatakan, “Taubat mempunyai 3 makna. Pertama menyesali kesalahan; kedua tetap hati untuk tidak kembali kepada apa yang telah dilarang oleh Allah SWT, dan ketiga adalah menyelesaikan keluhan orang terhadap dirinya.”
Sahl Ibn Abdullah menyatakan, “Taubat adalah menghentikan sikap suka menunda-nunda.”
Al-Harith menegaskan, “Saya tidak pernah mengatakan , “Wahai Tuhanku, aku memohon ampunan-Mu.’ Saya mengatakan, ‘Kurniakan kepadaku, wahai Tuhan, kerinduan untuk bertaubat.’
Al-Junaid mengunjungi As-Sari pada suatu hari, dan mendapatinya sedang kebingungan. Dia bertanya, “Apa yang terjadi atas dirimu?”
As-Sari menjawab, “Aku bertemu dengan seorang pemuda, dan dia bertanya tentang taubat kepadaku. Ku beritahu dia – ‘Taubat adalah engkau tidak melupakan dosa-dosamu.’ Lantas dia menegurku dengan mengatakan, ‘Taubat adalah bahawa engkau benar-benar melupakan dosa-dosamu.’ Al-Junaid mengatakan bahawa yang dikatakan oleh pemuda itulah yang benar. As-Sari bertanya kepadanya mengapa dia berpendapat seperti itu. Al-Junaid menjawab, ‘Kerana apabila aku kafir dan kemudian Dia membimbingku menjadi Muslim, maka ingatan akan kekafiran dalam taubat merupakan kekafiran.’ As-Sari lalu terdiam.
Al-Junaid merujuk taubatnya orang-orang yang telah mencapai kebenaran, yang tidak ingat akan dosa-dosa mereka lagi kerana keagungan Allah SWT telah menguasai hati mereka, dan dzikr (mengingat Dia) yang terus mereka lakukan.
Menurut Ruwaym, : ia adalah taubat dari taubat.
Dzun Nun Al-Mishri memberi penjelasan, “Taubat dari kalangan orang awam adalah taubat dari dosa, dan taubat kaum terpilih adalah taubat dari kealpaan.”
Abul Hussain An-Nuri mengatakan, “Taubat adalah bahawa engkau berpaling dari segala sesuatu selain Allah SWT.”
Yahya bin Muaz berdoa, “Wahai Tuhanku, aku tidak mengatakan bahawa aku telah bertaubat. Aku tidak kembali kepada-Mu dikeranakan sesuatu yang menurutku adalah kecenderunganku, aku tidak bersumpah bahawa aku tidak akan berbuat dosa lagi, kerana aku mengetahui kelemahanku sendiri. Aku tidak mengatakan bahawa aku kembali kepada-Mu kerana boleh jadi aku mati sebelum kembali dengan sunguh-sungguh.”
Dzun Nun mengatakan, “Permohonan keampunan diajukan dengan tidak disertai warak adalah taubatnya para pendusta.”
Ketika Ibn Yazdanyar ditanya tentang prinsip-prinsip yang menjadi asas perjalanan seorang hamba menuju Tuhan, dia menjawab, “Prinsip-prinsip yang engkau maksudkan ialah bahawa dia tidak kembali kepada sesuatu yang telah dia tinggalkan, tidak meminta segala sesuatu selain Yang Esa yang kepada Nya dia menuju, dan menjaga lubuk hatinya dari menginginkan sesuatu yang darinya dia telah menjauhkan diri.”
“Taubat ialah saat di mana engkau mengingat dosa dan tidak menemukan kemanisan di dalamnya.”, kata Al-Bunsyanji.
“Perasaan taubat adalah bahawa bumi ini terlalu sempit bagimu meskipun ia luas sehingga engkau tidak menjumpai tempat untuk beristirehat. Lalu engkau merasakan jiwamu terbatas, kerana Allah SWT telah mengatakan dia dalam kitab Nya bermaksud, “Dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta mereka telah mengetahui bahawa tidak ada tempat lari dari (sika) Allah, melainkan kepada-Nya sahaja. Kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya.” (Taubah, 9:118)
Ibn Atha’ mengatakan “Terdapat dua jenis taubat: inabah (kembali) dan istijabah (menjawab atau memenuhi) Dalam inabahsang hamba bertaubat kerana takut akan hukuman; dalam istijabah dia bertaubat kerana malu akan kedermawan-Nya.
Abu Hafs mengatakan, “Seorang hamba tidak bersangkut paut dengan taubat. Taubat datang kepadanya, bukan dari dirinya.”
Abu Hafs ditanya, “Mengapa orang-orang bertaubat membenci dunia?” Dia menjawab, “Kerana ia merupakan tempat dosa-dosa dikejar.” Dan dikatakan kepadanya, “Ia juga tempat tinggal yang dijunjung tinggi oleh Tuhan dengan taubat. Dia mengatakan, “Pendosa mendapatkan keyakinan dari dosanya, tetapi mendapatkan bahaya dari penerimaan atas taubatnya.”
Diriwayatkan bahawa Allah SWT berfirman kepada Adam, “Wahai Adam, Aku telah mewariskan anak cucumubeban dan penderitaan Aku juga telah mewariskan kepada mereka taubat. Aku menjawab seorang di antara mereka, yang berdoa dengan sunguh-sungguh kepada Ku sebagaimana kamu telah berdoa kepada-Ku, sama sebagaimana Aku menjawabmu. Wahai Adam, Aku akan membangkitkan orang-orang yang bertaubat dari kubur-kubur mereka dalam keadaan gembira; doa mereka akan Ku-jawab.”
Diriwayatkan seseorang telah bertanya kepada Rabiah, "Saya telah sering berbuat dosa dan menjadi semakin tidak taat. Tetapi, apabila saya bertaubat, apakah Dia akan mengampuninya?" Rabiah menjawab: 'Tidak - tetapi apabila Dia mengampunimu, maka engkau akan bertaubat.'
Adalah perbuatan Nabi Muhammad saw bertaubat terus-menerus. Beliau mengatakan, “Hatiku suram, oleh kerana itu aku memohon ampunan Allah 70 kali dalam sehari.”
Yahya bin Muaz menyatakan, “Satu penyelewangan saja sesudah taubat lebih patut ditakuti berbanding 70 penyelewengan sebelum taubat.”
وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَـٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَا‌ۖ وَلۡيَضۡرِبۡنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِہِنَّ‌ۖ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوۡ ءَابَآٮِٕهِنَّ أَوۡ ءَابَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآٮِٕهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ أَخَوَٲتِهِنَّ أَوۡ نِسَآٮِٕهِنَّ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُهُنَّ أَوِ ٱلتَّـٰبِعِينَ غَيۡرِ أُوْلِى ٱلۡإِرۡبَةِ مِنَ ٱلرِّجَالِ أَوِ ٱلطِّفۡلِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يَظۡهَرُواْ عَلَىٰ عَوۡرَٲتِ ٱلنِّسَآءِ‌ۖ وَلَا يَضۡرِبۡنَ بِأَرۡجُلِهِنَّ لِيُعۡلَمَ مَا يُخۡفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ‌ۚ وَتُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ 
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nur:31)
وَيَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلۡمَحِيضِ‌ۖ قُلۡ هُوَ أَذً۬ى فَٱعۡتَزِلُواْ ٱلنِّسَآءَ فِى ٱلۡمَحِيضِ‌ۖ وَلَا تَقۡرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطۡهُرۡنَ‌ۖ فَإِذَا تَطَهَّرۡنَ فَأۡتُوهُنَّ مِنۡ حَيۡثُ أَمَرَكُمُ ٱللَّهُ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلتَّوَّٲبِينَ وَيُحِبُّ ٱلۡمُتَطَهِّرِينَ

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. (Al-Baqarah:222)
إِنَّمَا يَسۡتَجِيبُ ٱلَّذِينَ يَسۡمَعُونَ‌ۘ وَٱلۡمَوۡتَىٰ يَبۡعَثُہُمُ ٱللَّهُ ثُمَّ إِلَيۡهِ يُرۡجَعُونَ 
Hanyasanya orang-orang yang menyahut seruanmu itu ialah mereka yang mendengar (yang mahu menurut kebenaran); sedang orang-orang yang mati Allah bangkitkan mereka semula (pada hari kiamat kelak), kemudian mereka dikembalikan kepadaNya untuk menerima balasan. (Al-An'am:36)

IMAM AL QUSYAIRI

PENGARANG KITAB TERKENAL RISALAH QUSYAIRI

Nama lengkapnya adalah Abdul Karim al Qusyairi. Nasabnya, Abdul Karim bin Hawazin bin Abdul Malik bin Thalhah bin Muhammad. Panggilannya Abul Qasim, sedangkan gelarnya cukup banyak, antara lain yang bisa kita sebutkan:

-Naisaburi
Dihubungkan dengan Naisabur atau Syabur, sebuah kota di Khurasan, salah satu ibu kota terbesar Negara Islam pada abad pertengahan disamping Balkh, Harrat dan Marw. Kota di mana Umar Khayyam dan penyair sufi Fariduddin ‘Atthaar lahir. Dan kota ini pernah mengalami kehancuran akibat perang dan bencana. Sementara di kota inilah hidup Maha Guru asy Syeikh al Qusyairi hingga akhir hayatnya.

-Qusyairi.
Dalam kitab al Ansaab’ disebutkan, al Qusyairy sebenarnya dihubungkan kepada Qusyair. Sementara dalam Taajul Arus disebutkan, bahwa Qusyair adalah marga dari suku Qahthaniyah yang menempati wilayah Hadhramaut. Sedangkan dalam Mu’jamu Qabailil ‘Arab disebutkan, Qusyair adalah Ibnu Ka’b bin Rabi’ah bin Amir bin Sha’sha’ah bin Mu’awiyah bin Bakr bin Hawazin bin Manshur bin Ikrimah bin Qais bin Ailan. Mereka mempunyai beberapa cucu cicit. Keluarga besar Qusyairy ini bersemangat memasuki Islam, lantas mereka datang berbondong bondong ke Khurasan di zaman Umayah. Mereka pun ikut berperang ketika membuka wilayah Syam dan Irak. Di antara mata rantai keluarganya adalah para pemimpin di Khurasan dan Naisabur, namun ada juga yang memasuki wilayah Andalusia pada saat penyerangan di sana.

Al-Istiwaiy
Mereka yang datang ke Khurasan dari Astawa berasal dari Arab. Sebuah negeri besar di wilayah Naisabur, memiliki desa yang begitu banyak. Batas batasnya berhimpitan dengan batas wilayah Nasa. Dan dari kota itu pula para Ulama pernah lahir.
Asy-Syafi’y
Dihubungkan pada mazhab asy Syafi’y yang dilandaskan oleh Muhammad bin Idris bin Syafi’y (150 204 H./767 820 M.).
Gelar Kehormatan
Ia memiliki gelar gelar kehormatan, seperti: Al Imam, al Ustadz, asy Syeikh (Maha Guru), Zainul Islam, al jaa’mi bainas Syariah wal haqiqat (Pengintegrasi antara Syariat dan Hakikat), dan seterusnya.

Nama nama (gelar) ini diucapkan sebagai penghormatan atas kedudukannya yang tinggi dalam bidang ilmu pengetahuan di dunia islam dan dunia tasawuf

Nasab Ibundanya:

Beliau mempunyai hubungan dari arah ibundanya pada as Sulamy. Sedangkan pamannya, Abu Uqail as Sulamy, salah seorang pemuka wilayah Astawa. Sementara nasab pada as Sulamy, terdapat beberapa pandangan. Pertama, as Sulamy adalah nasab pada Sulaim, yaitu kabilah Arab yang sangat terkenal. Nasabnya, Sulaim bin Manshur bin Ikrimah bin Khafdhah bin Qais bin Ailan bin Nashr. Kedua, as Salamy yang dihubungan pada Bani Salamah. Mereka adalah salah satu keluarga Anshar. Nisbat ini berbeda dengan kriterianya.

Kelahiran dan Wafatnya

Ketika ditanya tentang kelahirannya, al Qusyairy mengatakan, bahwa ia lahir di Astawa pada bulan Rablul Awal tahun 376 H. atau tahun 986 M. Syuja’ al Hadzaly menandaskan, beliau wafat di Naisabur, pada pagi hari Ahad, tanggal 16 Rablul Akhir 465 H./l 073 M. Ketika itu usianya 87 tahun.
Ia dimakamkan di samping makam gurunya, Syeikh Abu Ali ad-Daqqaq ra, dan tak seorang pun berani memasuki kamar pustaka pribadinya dalam waktu beberapa tahun, sebagai penghormatan atas dirinya.

Kehidupan Al-Qusyairi

Tidak banyak diketahui mengenai masa kecil al-Qusyairy, kecuali hanya sedikit sahaja.. Namun, yang jelas, beliau lahir sebagai yatim. Ayahnya telah wafat ketika usianya masih kecil. Kemudian pendidikannya diserahkan padaAbul Qasim al Yamany, salah seorang sahabat dekat keluarga al Qusyairy. Pada al Yamany, ia belajar bahasa Arab dan Sastra.
Para penguasa negerinya sangat menekan beban pajak pada rakyatnya. Al Qusyairy sangat terpanggil atas penderitaan rakyatnya ketika itu. Karenanya, dirinya tertantang untuk pergi ke Naisabur, mempelajari ilmu hitung, agar bisa menjadi pegawai penarik pajak, sehingga kelak bisa meringankan beban pajak yang amat memberatkan rakyat.
Naisabur ketika itu merupakan ibu kota Khurasan. Seperti sebelumnya, kota ini merupakan pusat para Ulama dan memberikan peluang besar berbagai disiplin ilmu. Syeikh al Qusyairy sampal di Naisabur, dan di sanalah beliau mengenal Syeikh Abu Ali al-Hasan bin Ali an Naisabury, yang populer dengan panggilan ad-Daqqaq, seorang pemuka pada zamannya. Ketika mendengar ucapan ucapan ad-Daqqaq, al-Qusyairy sangat mengaguminya. Ad-Daqqaq sendiri telah berfirasat mengenai kecerdasan muridnya itu. Karena itu ad-Daqqaq mendorongnya untuk menekuni ilmu pengetahuan.
Akhirnya, al Qusyairy merevisi keinginan semula, dan cita cita sebagai pegawai pemerintahan hilang dari benaknya, memilih jalan Tharikat.
Ustadz asy Syeikh mengungkapkan panggilannya pada Abu Ali ad-Daqqaq dengan panggilan asy-Syahid.

Kepandaian Berkuda

Al Qusyairy dikenal sebagai penunggang kuda yang hebat, dan ia memiliki keterampilan permainan pedang serta senjata sangat mengagumkan.

Perkahwinan

Syeikh al-Qusyairy mengawini Fatimah putri gurunya, Abu Ali al-Hasan bin Ali an Naisabury (ad Daqqaq). Fatimah adalah seorang wanita yang memiliki prestasi di bidang pengetahuan sastra, dan tergolong wanita ahli ibadat di masanya, serta meriwayatkan beberapa hadis. Perkawinannya berlangsung antara tahun 405 412 H./1014-1021 M.

Putera Puterinya

Al Qusyairy berputra enam orang dan seorang putri. Putra-putranya menggunakan nama Abdu. Secara berurutan: 1) Abu Sa’id Abdullah, 2) Abu Sa’id Abdul Wahid, 3) Abu Manshur Abdurrahman, 4) Abu an Nashr Abdurrahim, yang pernah berpolemik dengan pengikut teologi Hanbaly karena berpegang pada mazhab Asy’ari. Abu an Nashr wafat tahun 514 H/1120 M. di Naisabur, 5) Abul Fath Ubaidillah, dan 6) Abul Mudzaffar Abdul Mun’im. Sedangkan seorang putrinya, bernama Amatul Karim.
Di antara salah satu cucunya adalah Abul As’ad Hibbatur-Rahman bin Abu Sa’id bin Abul Qasim al Qusyairy.

Menunaikan Haji

Maha Guru imam ini menunaikan kewajiban haji bersamaan dengan para Ulama terkenal, antara lain: 1) Syeikh Abu Muhammad Abdullah binYusuf al-Juwainy (wafat 438 H./1047 M.), salah seorang Ulama tafsir, bahasa dan fiqih, 2) Syeikh Abu Bakr Ahmad ibnul Husain al-Balhaqy (384 458 H./994 1066 M.), seorang Ulama pengarang besar, dan 3) Sejumlah besar Ulama ulama masyhur yang sangat dihormati ketika itu.

Belajar dan Mengajar

Para guru yang menjadi pembimbing Syeikh al Qusyairy tercatat:

Abu Ali al-Hasan bin Ali an Naisabury, yang populer dengan nama ad-Daqqaq.
Abu Abdurrahman – Muhammad ibnul Husain bin Muhammad al-Azdy as Sulamy an Naisabury (325 412 H./936 1021 M.), seorang Ulama Sufi besar, pengarang sekaligus sejarawan.
Abu Bakr – Muhammad bin Abu Bakr ath-Thausy (385 460 H./995 1067 M.). Maha Guru al Qusyairy belajar bidang fiqih kepadanya. Studi itu berlangsung tahun 408 H./1017 M.
Abu Bakr – Muhammad ibnul Husain bin Furak al Anshary al-Ashbahany (wafat 406 H./1015 M.), seorang Ulama ahli Ilmu Ushul. Kepadanya, beliau belajar ilmu Kalam.
Abu Ishaq – Ibrahim bin Muhammad bin Mahran al Asfarayainy (wafat 418 H./1027 M.), Ulama fiqih dan ushul. Hadir di Asfarayain. Di sana (Naisabur) beliau dibangunkan sebuah madrasah yang cukup besar, dan al-Qusyairy belajar di sana. Di antara karya Abu Ishaq adalah al-jaami’ dan ar-Risalah. Ia pernah berpolemik dengan kaum Mu’tazilah. Pada syeikh inilah al-Qusyairy belajar Ushuluddin.
Abul Abbas bin Syuraih. Kepadanya al-Qusyairy belajar bidang fiqih.
Abu Manshur – Abdul Qahir bin Muhammad al Baghdady at-Tamimy al-Asfarayainy (wafat 429 H./1037 M.), lahir dan besar di Baghdad, kemudian menetap di Naisabur, lalu wafat di Asfarayain.

Di antara karya karyanya, Ushuluddin; Tafsiru Asmaail Husna; dan Fadhaihul Qadariyah. Kepadanya al Qusyairy belaj’ar mazhab Syafi’y.
Disiplin Ilmu Keagamaan

Ushuluddin: Al Qusyairy belaj’ar bidang Ushuluddin menurut mazhab Imam Abul Hasan al Asy’ary.
Fiqih: Al Qusyairy dikenal pula sebagai ahli fiqih mazhab Syafi’y.
Tasawuf: Beliau seorang Sufi yang benar benar jujur dalam ketasawufannya, ikhlas dalam mempertahankan tasawuf Komitmennya terhadap tasawuf begitu dalam. Beliau menulis buku Risalatul Qusyairiyah, sebagaimana komitmennya terhadap kebenaran teologi Asy’ary yang dipahami sebagai konteks spirit hakikat Islam. Dalam pleldoinya terhadap teologi Asy’ary, beliau menulis buku: Syakayatu Ahlis Sunnah bi Hikayati maa Naalahum minal Mihnah.

Karena itu al Qusyairy juga dikenal sebagai teolog, seorang hafidz dan ahli hadis, ahli bahasa dan sastra, seorang pengarang dan penyair, ahli dalam bidang kaligrafi, penunggang kuda yang berani. Namun dunia tasawuf lebih dominan dan lebih populer bagi kebesarannya.

Forum Imla’
Maha Guru al Qusyairy dikenal sebagai imam di zamannya. Di Baghdad misalnya, beliau mempunyai forum imla’ hadis, pada tahun 32 H./1040 M. Hal itu terlihat dalam bait bait syairnya. Kemudian forum tersebut berhenti. Namun dimulai lagi ketika kembali ke Naisabur tahun 455 H./1063 M.

Forum Muzakarah

Maha Guru al Qusyairy juga sebagai pemuka forum-forum muzakarah. Ucapan-ucapannya sangat membekas dalam jiwa ummat manusia. Abul Hasan Ali bin Hasan al-Bakhrazy menyebutkan pada tahun 462 H./1070 M dengan memujinya bahwa al-Qusyairy sangat indah nasihat-nasihatnya. “Seandainya batu itu dibelah dengan cambuk peringatannya, pasti batu itu meleleh. seandainya iblis bergabung dalam majelis pengajiannya, bisa bisa iblis bertobat. Seandainya harus dipilah mengenai keutamaan ucapannya, pasti terpuaskan.
Hal yang senada disebutkan oleh al-Khatib dalam buku sejarahnya, Ketika Maha Guru ini datang ke Baghdad, kemudian berbicara di sana, kami menulis semua ucapannya. Beliau seorang yang terpercaya, sangat hebat nasihatnya dan sangat manis isyaratnya.”
Ibnu Khalikan dalam Waftyatul Ayan, menyebutkan nada yang memujinya, begitu pula dalam Thabaqatus Syafi’iyah, karya Tajudddin as-Subky.

Murid-muridnya yang Terkenal

Abu Bakr – Ahmad bin Ali bin Tsabit al-Khatib al-Baghdady (392463 H./1002 1072 M.).
Abu Ibrahim – Ismail bin Husain al-Husainy (wafat 531 H./l 137 M.)
Abu Muhammad – Ismail bin Abul Qasim al-Ghazy an-Naisabury.
Abul Qasim – Sulaiman bin Nashir bin Imran al-Anshary (wafat 512 H/118 M.)
Abu Bakr – Syah bin Ahmad asy-Syadiyakhy.
Abu Muhammad – Abdul Jabbar bin Muhammad bin Ahmad al-Khawary.
Abu Bakr bin Abdurrahman bin Abdullah al-Bahity.
Abu Muhammad – Abdullah bin Atha’al-Ibrahimy al-Harawy.
Abu Abdullah – Muhammad ibnul Fadhl bin Ahmad al-Farawy (441530 H./1050 1136 M.)
Abdul Wahab ibnus Syah Abul Futuh asy-Syadiyakhy an-Naisabury.
Abu Ali – al-Fadhl bin Muhammad bin Ali al-Qashbany (444 H/ 1052 M).
Abul Tath – Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Khuzaimy.

Cubaan yang Mendatang

Ketika popularitinya di Naisabur semakin meluas, Maha Guru telah mendapatkan cobaan melalui taburan kedengkian dan dendam dari jiwa para fuqaha di kota tersebut. Para fuqaha tersebut menganjurkan agar menghalangi langkah langkah popularitasnya dengan menyebar propaganda. Fitnah itu dilemparkan dengan membuat tuduhan tuduhan dusta dan kebohongan kepada orang orang di sekitar Syeikh. Dan fitnah itu benar benar berhasil dalam merekayasa mereka. Ketika itulah al Qusyairy ditimpa bencana yang begitu dahsyat, dengan berbagai ragam siksaan, cacian dan pengusiran, sebagaimana diceritakan oleh as-Subky.
Mereka yang mengecam. Al-Qusyairy rata-rata kaum Mu’tazilah dan neo-Hanbalian, yang memiliki pengaruh dalam pemerintahan Saljuk. Mereka menuntut agar sang raja menangkap al-Qusyairy, dicekal dari aktivitas dakwah dan dilaknati di berbagai masjid-masjid di negeri itu.
Akhirnya para murid muridnya bercerai-berai, orang-orang pun mulai menyingkir darinya. Sedangkan majelis-majelis dzikir yang didirikan oleh Maha Guru ini dikosongkan. Akhirnya, bencana itu sampai pada puncaknya, Maha Guru harus keluar dari Naisabur dalam keadaan terusir, hingga cobaan ini berlangsung selama limabelas tahun, yakni tahun 440 H. sampai tahun 455 H. Di selasela masa yang getir itu, beliau pergi ke Baghdad, dimana beliau dimuliakan oleh Khallfah yang berkuasa. Pada waktu waktu luangnya, beliau pergi ke Thous.
Ketika peristiwa Thurghulbeg yang tragis berakhir dan tampuk Khalifah diambil alih oleh Abu Syuja’, al-Qusyairy kembali bersama rombongan berhijrah dari Khurasan ke Naisabur, hingga sepuluh tahun di kota itu. Sebuah masa yang sangat membahagiakan dirinya, karena pengikut dan murid-muridnya bertambah banyak.


KITAB RISALAH AL QUSYAIRI PENGENALAN & BAB 1: TAUBAT
PENDAHULUAN
Al-Qusyairi menyatakan bahawa dia sangat mentakzimkan Al-Daqqaq, sehinggakan dia selalu berpuasa dan melakukan ghusl (mandi bersuci) pada hari dia akan pergi menemuinya.

Selama hidupnya, Al-Qusyairi mengkaji hadith bersama sekurang-kurangnya 17 pakar hadith dan selanjutnya mengajarkan hadith kepada 60 murid. Dari pengajian hadith, Al- Qusyairi bukan saja mendapatkan penguasaan atas Sunnah dan aplikasinya pada sufisme. Tetapi juga kaedah yang ditempuhnya dalam menulis Ar-Risalah, kumpulan hadith.
Terdapat pedoman tentang cara menempuh jalan sufi, iaitu bahagian Ar-Risalah yang menceritakan tentang ahwal (keadaan-keadaan) dan maqamat (tahap-tahap). Al-Qusyairi menggambarkan tahap-tahap sebagai hasil usaha si pencari. Sebaliknya, keadaan-keadaan datang sendiri ke hati; si penerima tidak berniat mendapatkannya. “Keadaan-keadaan diberikan (oleh Tuhan); tahap-tahap diperoleh melalui usaha."
TAUBAT
Diriwayatkan dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah saw mengatakan - ‘Orang yang bertaubat dari dosa adalah seperti orang yang tidak berdoa, dan jika Allah mencintai seorang hamba, nescaya dosa tidak melekat pada dirinya.’
Ketika beliau ditanya, “Wahai Rasulullah, apa tandanya taubat?”, baginda menjawab, “Menyesali kesalahan.”
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah saw mengatakan, “Tiada sesuatu yang lebih dicintai oleh Allah selain pemuda yang bertaubat.”
Makna taubat dalam bahasa Arab adalah kembali – ia merupakan tingkat pertama di antara tingkat-tingkat yang dialami oleh sufi, dan tahap pertama di antara tahap-tahap yang dicapai oleh salik (si penempuh jalan Allah).
Sebuah hadis mengatakan, “Juru-ingat Tuhan di dalam hati setiap insan adalah Muslim.”
Abu Hafs Al-Haddad mengatakan, “Saya meninggalkan suatu perbuatan tercela, lalu kembali kepadanya. Kemudian perbuatan itu meninggalkan saya, dan sesudah itu saya tidak kembali kepadanya.”
Syeikh Abu Ali Al-Daqqaq mengatakan, “Salah seorang murid bertaubat, kemudian menerima ujian. Dia bertanya-tanya di dalam hati, “Jika saya bertaubat, bagaimanakah keadaan saya nanti?”
Syeikh Abu Ali Al-Daqqaq pula mengatakan: Taubat dibahagikan menjadi 3 tahap: tahap awal ialah tawbah (taubat), tahap tengah adalah inabah (berpaling kepada Tuhan), dan tahap akhir adalah awbah (kembali).
Al-Junaid menyatakan, “Taubat mempunyai 3 makna. Pertama menyesali kesalahan; kedua tetap hati untuk tidak kembali kepada apa yang telah dilarang oleh Allah SWT, dan ketiga adalah menyelesaikan keluhan orang terhadap dirinya.”
Sahl Ibn Abdullah menyatakan, “Taubat adalah menghentikan sikap suka menunda-nunda.”
Al-Harith menegaskan, “Saya tidak pernah mengatakan , “Wahai Tuhanku, aku memohon ampunan-Mu.’ Saya mengatakan, ‘Kurniakan kepadaku, wahai Tuhan, kerinduan untuk bertaubat.’
Al-Junaid mengunjungi As-Sari pada suatu hari, dan mendapatinya sedang kebingungan. Dia bertanya, “Apa yang terjadi atas dirimu?”
As-Sari menjawab, “Aku bertemu dengan seorang pemuda, dan dia bertanya tentang taubat kepadaku. Ku beritahu dia – ‘Taubat adalah engkau tidak melupakan dosa-dosamu.’ Lantas dia menegurku dengan mengatakan, ‘Taubat adalah bahawa engkau benar-benar melupakan dosa-dosamu.’ Al-Junaid mengatakan bahawa yang dikatakan oleh pemuda itulah yang benar. As-Sari bertanya kepadanya mengapa dia berpendapat seperti itu. Al-Junaid menjawab, ‘Kerana apabila aku kafir dan kemudian Dia membimbingku menjadi Muslim, maka ingatan akan kekafiran dalam taubat merupakan kekafiran.’ As-Sari lalu terdiam.
Al-Junaid merujuk taubatnya orang-orang yang telah mencapai kebenaran, yang tidak ingat akan dosa-dosa mereka lagi kerana keagungan Allah SWT telah menguasai hati mereka, dan dzikr (mengingat Dia) yang terus mereka lakukan.
Menurut Ruwaym, : ia adalah taubat dari taubat.
Dzun Nun Al-Mishri memberi penjelasan, “Taubat dari kalangan orang awam adalah taubat dari dosa, dan taubat kaum terpilih adalah taubat dari kealpaan.”
Abul Hussain An-Nuri mengatakan, “Taubat adalah bahawa engkau berpaling dari segala sesuatu selain Allah SWT.”
Yahya bin Muaz berdoa, “Wahai Tuhanku, aku tidak mengatakan bahawa aku telah bertaubat. Aku tidak kembali kepada-Mu dikeranakan sesuatu yang menurutku adalah kecenderunganku, aku tidak bersumpah bahawa aku tidak akan berbuat dosa lagi, kerana aku mengetahui kelemahanku sendiri. Aku tidak mengatakan bahawa aku kembali kepada-Mu kerana boleh jadi aku mati sebelum kembali dengan sunguh-sungguh.”
Dzun Nun mengatakan, “Permohonan keampunan diajukan dengan tidak disertai warak adalah taubatnya para pendusta.”
Ketika Ibn Yazdanyar ditanya tentang prinsip-prinsip yang menjadi asas perjalanan seorang hamba menuju Tuhan, dia menjawab, “Prinsip-prinsip yang engkau maksudkan ialah bahawa dia tidak kembali kepada sesuatu yang telah dia tinggalkan, tidak meminta segala sesuatu selain Yang Esa yang kepada Nya dia menuju, dan menjaga lubuk hatinya dari menginginkan sesuatu yang darinya dia telah menjauhkan diri.”
“Taubat ialah saat di mana engkau mengingat dosa dan tidak menemukan kemanisan di dalamnya.”, kata Al-Bunsyanji.
“Perasaan taubat adalah bahawa bumi ini terlalu sempit bagimu meskipun ia luas sehingga engkau tidak menjumpai tempat untuk beristirehat. Lalu engkau merasakan jiwamu terbatas, kerana Allah SWT telah mengatakan dia dalam kitab Nya bermaksud, “Dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta mereka telah mengetahui bahawa tidak ada tempat lari dari (sika) Allah, melainkan kepada-Nya sahaja. Kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya.” (Taubah, 9:118)
Ibn Atha’ mengatakan “Terdapat dua jenis taubat: inabah (kembali) dan istijabah (menjawab atau memenuhi) Dalam inabahsang hamba bertaubat kerana takut akan hukuman; dalam istijabah dia bertaubat kerana malu akan kedermawan-Nya.
Abu Hafs mengatakan, “Seorang hamba tidak bersangkut paut dengan taubat. Taubat datang kepadanya, bukan dari dirinya.”
Abu Hafs ditanya, “Mengapa orang-orang bertaubat membenci dunia?” Dia menjawab, “Kerana ia merupakan tempat dosa-dosa dikejar.” Dan dikatakan kepadanya, “Ia juga tempat tinggal yang dijunjung tinggi oleh Tuhan dengan taubat. Dia mengatakan, “Pendosa mendapatkan keyakinan dari dosanya, tetapi mendapatkan bahaya dari penerimaan atas taubatnya.”
Diriwayatkan bahawa Allah SWT berfirman kepada Adam, “Wahai Adam, Aku telah mewariskan anak cucumubeban dan penderitaan Aku juga telah mewariskan kepada mereka taubat. Aku menjawab seorang di antara mereka, yang berdoa dengan sunguh-sungguh kepada Ku sebagaimana kamu telah berdoa kepada-Ku, sama sebagaimana Aku menjawabmu. Wahai Adam, Aku akan membangkitkan orang-orang yang bertaubat dari kubur-kubur mereka dalam keadaan gembira; doa mereka akan Ku-jawab.”
Diriwayatkan seseorang telah bertanya kepada Rabiah, "Saya telah sering berbuat dosa dan menjadi semakin tidak taat. Tetapi, apabila saya bertaubat, apakah Dia akan mengampuninya?" Rabiah menjawab: 'Tidak - tetapi apabila Dia mengampunimu, maka engkau akan bertaubat.'
Adalah perbuatan Nabi Muhammad saw bertaubat terus-menerus. Beliau mengatakan, “Hatiku suram, oleh kerana itu aku memohon ampunan Allah 70 kali dalam sehari.”
Yahya bin Muaz menyatakan, “Satu penyelewangan saja sesudah taubat lebih patut ditakuti berbanding 70 penyelewengan sebelum taubat.”
وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَـٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَا‌ۖ وَلۡيَضۡرِبۡنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِہِنَّ‌ۖ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوۡ ءَابَآٮِٕهِنَّ أَوۡ ءَابَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآٮِٕهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ أَخَوَٲتِهِنَّ أَوۡ نِسَآٮِٕهِنَّ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُهُنَّ أَوِ ٱلتَّـٰبِعِينَ غَيۡرِ أُوْلِى ٱلۡإِرۡبَةِ مِنَ ٱلرِّجَالِ أَوِ ٱلطِّفۡلِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يَظۡهَرُواْ عَلَىٰ عَوۡرَٲتِ ٱلنِّسَآءِ‌ۖ وَلَا يَضۡرِبۡنَ بِأَرۡجُلِهِنَّ لِيُعۡلَمَ مَا يُخۡفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ‌ۚ وَتُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ 
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nur:31)
وَيَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلۡمَحِيضِ‌ۖ قُلۡ هُوَ أَذً۬ى فَٱعۡتَزِلُواْ ٱلنِّسَآءَ فِى ٱلۡمَحِيضِ‌ۖ وَلَا تَقۡرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطۡهُرۡنَ‌ۖ فَإِذَا تَطَهَّرۡنَ فَأۡتُوهُنَّ مِنۡ حَيۡثُ أَمَرَكُمُ ٱللَّهُ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلتَّوَّٲبِينَ وَيُحِبُّ ٱلۡمُتَطَهِّرِينَ

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. (Al-Baqarah:222)
إِنَّمَا يَسۡتَجِيبُ ٱلَّذِينَ يَسۡمَعُونَ‌ۘ وَٱلۡمَوۡتَىٰ يَبۡعَثُہُمُ ٱللَّهُ ثُمَّ إِلَيۡهِ يُرۡجَعُونَ 
Hanyasanya orang-orang yang menyahut seruanmu itu ialah mereka yang mendengar (yang mahu menurut kebenaran); sedang orang-orang yang mati Allah bangkitkan mereka semula (pada hari kiamat kelak), kemudian mereka dikembalikan kepadaNya untuk menerima balasan. (Al-An'am:36)

RISALAH SOAL JAWAB TASAWWUF

SOALAN
Bagaimana pandangan Imam al-Ghazali berkenaan dengan hakikat tauhid?
JAWAPAN
Dalam kitab al-Ihya’, Imam al-Ghazali telah menghuraikan hakikat tauhid (Ibid. Jil. 4, hal. 212) dan telah mengemukakan pendapatnya dalam masalah ini. Beliau telah membahagikan tauhid kepada empat peringkat:
1. Mengucapkan “Lailahaillallah” dengan lidahnya, tetapi hatinya lalai daripada memahami maknanya. Ini adalah tauhid orang munafik.
2. Ia mempercayai makna lafaz seperti yang dipercayai oleh orang Islam. Ini adalah kepercayaan orang awam.
3. Menyaksikan yang demikian itu dengan cara kasyaf dengan perantaraan cahaya kebenaran. Ini adalah maqam orang yang hampir (muqarrabun), iaitu ia melihat perkara yang banyak itu adalah lahir daripada yang satu.
4. Ia tidak melihat yang wujud ini kecuali satu sahaja. Ini adalah penyaksian siddiqin yang dinamakan oleh ahli tasawwuf dengan fana dalam tauhid.
Imam al-Ghazali berpendapat bahawa martabat yang keempat ini adalah yang paling tinggi, kerana orang itu tidak melihat dalam syuhudnya kecuali satu, ia tidak melihat semua yang wujud itu banyak bahkan ia adalah satu. Ini adalah martabat yang paling tinggi dalam tauhid.

SOALAN
Apakah asas hak dan hakikat?

JAWAPAN
Syeikh Abd al-Halim Mahmud menyebut dalam mukadimah Syarah Kitab Hikam Syeikh Zarruq, katanya: Sesungguhnya kami telah menyatakan sepuluh daripada perkara yang menjadi asas haq dan hakikat:
i. Hakikat tasawwuf kembali kepada sidq al-Tawajjuh kepada Allah, iaitu reda dengan apa yang diredai.
ii. Paksi utamanya berkisar kepada permasalahan hati yang bertukar-tukar kerana Allah yang Esa.
iii. Ia termasuk dalam perkara agama, sebagaimana roh bagi jasad. Fekah sebagai jasadnya yang tidak mungkin hidup kecuali dengannya tasawwuf.
iv. Pengamatan ahli sufi adalah pada kesempurnaan dan kekurangan, manakala faqih pada perkara kerana kesukaran, sedangkan ahli usuluddin pula mengamatinya dari sudut pengesahan iman dan pensabitannya.
v. Pengamatan ahli sufi lebih khusus daripada pengamatan faqih dan ahli usuluddin. Justeru kedua-duanya (ahli fekah dan ahli usuluddin) mengingkari ahli sufi. Sebaliknya ahli sufi tidak harus mengingkari ahli fiqah dan usuluddin. Ahli fekah yang sufi lebih baik daripada ahli sufi yang faqih.
vi. Ia menzahirkan kemuliaan tasawwuf dan dalilnya secara nyata dan jelas.
vii. Feqah merupakan syarat bagi sah tasawwuf. Justeru fekah didahulukan daripadanya tetapi beramal bukanlah syarat sahnya bahkan untuk kesempurnaan tidaklah ditinggalkan kerana hilangnya.
viii. Penjelasan istilah dan pengkhususannya adalah mengikut bidang masing-masing.
ix. Kunci segala fath (pembukaan) ialah empat. Benar dan bersungguh-sungguh dalam ibadat, benar-benar ingin untuk sampai, mengkaji segala hakikat tanpa taqayyud dengan cakap-cakapan.
x. Ia jalan yang pelik lagi asing iaitu sentiasa mengikut yang terbaik.

SOALAN
Apakah tujuan sebenar tasawwuf?

JAWAPAN
Tujuan sebenar tasawwuf mengikut pandangan Syeikh Abd al-Hafiz Faraghli Ali al-Qarani daripada risalahnya Mabadi’ al- Tasawwuf al-Islami. Antara lain beliau berkata: “Tasawwuf akan bertambah kuat kalau kita menggunakannya atau menjadikan orang-orangnya sebagai contoh, sama ada dari sudut kepahlawanan atau kemuliaan bagi mengangkat martabat umat ini.”
Oleh itu, kita tidak boleh menjadikan khususiyat yang diamalkan oleh syeikh-syeikh tarikat sebagai amalan kepada orang ramai. Hal ini termasuklah keinginan bertajarrud, tidak berkahwin dan beruzlah, yakni mengasingkan diri. Semua keadaan ini khusus bagi orang yang tertentu sahaja dan tidak boleh dijadikan penghayatan untuk orang awam. Di samping itu, keadaan yang khusus dan ganjil tidak pernah diwajibkan kepada orang ramai untuk diamalkan. Abu Talib al-Makki, pengarang kitab Qut al-Qulub berkata di dalam kitabnya, Bisyr bin al-Harith berkata tentang Ahmad bin Hanbal: “Sesungguhnya kelebihan Ahmad bin Hanbal atasku pada tiga perkara iaitu: Menuntut yang halal untuk dirinya dan untuk orang lain tetapi aku hanya untuk diriku sendiri, dia berkahwin tetapi aku tidak berkahwin, dia menjadi imam untuk semua orang tetapi aku berseorangan.”
Sekiranya kita lihat kepada tarikat sufiah sekarang ini, kita dapati beribu-ribu orang pemuda berada di bawah benderanya. Pemuda adalah harapan dan senjata ummah. Kekuatan mereka mampu membangkitkan kemajuan umat ini. Hal ini merupakan satu cabaran kepada syeikh-syeikh tariqat untuk memberi harapan kepada pemuda-pemuda tersebut kekuatan rohani yang sebenar dan menjadikan mereka satu tenaga yang besar dan aktif.

SOALAN
Apakah yang dimaksudkan dengan tasawuf dari segi bahasa?

JAWAPAN
Ulama berselisih pendapat dalam mentakrifkan tasawwuf sehingga melebihi 2000 takrif. Tetapi yang masyhur hanya beberapa takrif. Antaranya:
Pakaian yang diambil dari bulu binatang صُوْفُ yang menjadi pakaian kebanyakan ahli tasawwuf. Inilah pendapat yang masyhur di kalangan ulama.
Sempena nama seorang abid, iaitu Sufah bin Murrah, seorang penjaga Kaabah pada zaman jahiliah yang terkenal dengan kuat beribadat.
Berasal daripada kalimah الصَّفُّ yang bermaksud saf sembahyang kerana ahli tasawwuf berada di saf hadapan ketika solat.
Berasal daripada kalimah الصَفَاءُ yang melambangkan kesucian hati dan bersih daripada sifat-sifat mazmumah. Inilah pendapat Syeikh Sya’rawi dengan melihat kepada asal kata terbitan sufi ini. Syeikh Abd al-Qadir al-Jailani dalam kitabnya al-Ghunyah menyatakan bahawa perkataan sufi itu daripada kalimah bersih dan suci.
Berasal daripada kalimah الصُّفَّةُ, iaitu tempat di utara masjid Nabi s.a.w yang menjadi tempat bermalam bagi orang asing seperti Muhajirin di kalangan sahabat yang zuhud lagi fakir. Mengikut riwayat Imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah katanya: Aku pernah melihat 70 orang daripada kalangan ahli suffah yang tinggal di tempat tersebut.
Berasal daripada kalimah سُوْفِيَا atau سُوْفُ iaitu bahasa Yunan yang bermaksud hikmah sebagaimana kenyataan al-Bairuni. Justeru, kalimah Failasuf daripada Fila Sufia yang bermaksud cintakan hikmah.
Setelah melihat kepada pendapat ulama dan penghujahan mereka, kami dapati maksud tasawwuf itu daripada kain bulu lebih kuat berdasarkan kepada kaedah bahasa Arab. Tetapi dari segi hakikat dan matlamat kalimah tasawwuf lebih kepada makna (الصفاء) kerana kitab-kitab dan ajaran mereka sarat dengan saranan, nasihat dan panduan ke arah menyucikan hati. Justeru, inilah yang lebih sesuai berdasarkan kepada perubahan zaman, masa dan tempat yang amat nadir mereka memakai pakaian bulu mutaakhir ini. Sebaliknya majlis mereka, sama ada pengajaran, zikir dan lain-lain lagi menjurus kepada matlamat pembersihan jiwa dan hati.

SOALAN
Apakah yang dimaksudkan dengan tasawwuf dari segi istilah?

JAWAPAN
Ma’ruf al-Karkhi mengatakan bahawa tasawwuf ialah pergantungan harap kepada Allah s.w.t dan tidak kepada makhluk.
Menurut Abu Turab al-Nakhsyabi: Sufi itu ialah seseorang yang tidak dikotori oleh sesuatupun malah bersih daripada semua perkara.
Sahl bin Abdullah al-Tustari berkata: Sufi itu ialah seseorang yang bersih daripada maksiat, sentiasa berfikir dan berpegang teguh dengan Allah s.w.t dan tidak dengan manusia. Oleh yang demikian, di sisinya tidak ada apa-apa perbezaan antara emas dan lumpur.
Al-Jurairi pula menyatakan bahawa: Tasawwuf ialah perlakuan akhlak yang tinggi dan meninggalkan perlakuan yang keji.
Al-Kattani menegaskan bahawa: Sesiapa yang membekalkan kamu akhlaknya yang terpuji maka dia telah menambahkan kebersihan jiwamu.
Dr. Abu al-Wafa’ al-Taftazani berkata: Oleh itu tasawwuf pada dasarnya adalah akhlak, dengan pengertian ini tasawwuf adalah ruh Islam kerana seluruh rukun Islam diasaskan kepada akhlak.

SOALAN
Apakah hukum mempelajari tasawwuf?

JAWAPAN
Imam al-Ghazali berkata: Hukumnya fardu ain kerana manusia tidak sunyi daripada aib atau sakit kecuali para anbia.
Syeikh al-Syazili berkata: Siapa yang tidak menceburi ilmu kita ini, nescaya dia mati dalam dosa besar yang tidak disedarinya.
Syeikh Dahlan al-Kadiri di dalam kitabnya Siraj al-Talibin menyatakan bahawa hukum belajar tasawwuf ialah wajib `aini pada setiap orang mukallaf. Hal ini adalah kerana sebagaimana wajib islah yang zahir, begitu juga islah yang batin. Imam Malik mengungkap:
مَنْ تَصَوَّفَ ولَمْ يَتَفَقَّهْ فقدْ تَزَنْدَقَا
ومَنْ تَفَقَّهَ ولَمْ يَتَصَوَّفْ فقدْ تَفَسَّقَ
ومَنْ جَمَعَ بينهما فقدْ تَحَقَّقَ.
Maksudnya:
Siapa bertasawwuf tanpa feqah, sesungguhnya dia kafir Zindiq,
Siapa mempunyai feqah tanpa bertasawwuf sesungguhnya dia fasiq,
Siapa menghimpunkan kedua-duanya nescaya dia tahqiq.
Ibn `Ajibah berkata: Jadi Zindiq pada ayat yang pertama kerana pengucap dengan cara terpaksa yang menyebabkan nafi hikmah dan segala hukum manakala fasiq pada ayat kedua disebabkan tanpa ilmu daripada tawajjuh yang benar yang menghalang daripada maksiat Allah dan daripada ikhlas yang disyaratkan pada amalan. Sementara tahqiq pada ayat ketiga pula adalah kerana dapat melaksanakan hakikat pada zatnya yang berpegang dengan haq. Justeru ketahuilah yang demikian itu kerana tiada wujud baginya kecuali padanya seperti tiada sempurna baginya kecuali dengan-Nya. Maka fahamlah.

SOALAN
Apakah faedah mempelajari ilmu tasawwuf?
JAWAPAN
Bagi mendidik hati dan ma’rifah Allah Yang Maha Mengetahui, sepertimana kata Ibn `Ajibah: Buah hasilnya ialah kelapangan (mulia) nafsu, selamat dada dan akhlak yang mulia bersama setiap makhluk.

SOALAN
Apakah tajuk perbincangan tasawwuf?

JAWAPAN
Zat yang Maha Tinggi untuk ma’rifah-Nya dengan dalil. Juga jiwa, hati dan ruh bagi mentazkiyahnya. Di samping masalah akhlak dengan memasukkan akhlak yang mahmudah dan meninggalkan akhlak yang mazmumah.

SOALAN
Apakah matlamat mempelajari tasawwuf?

JAWAPAN
Matlamat tasawwuf itu adalah seperti berikut:

Ma’rifah Allah s.w.t dengan cara beribadah kepada-Nya dengan cara bersungguh-sungguh dalam beribadah.
Penyucian, pembersihan dan peningkatan jiwa sehingga ia layak memperolehi ma’rifah Ilahi.
Membina masyarakat yang sejahtera dengan asas yang baik, akhlak yang mulia, berpegang dengan peraturan-peraturan agama dan jalan-jalan rahsia kesufian yang meningkatkan martabat pengamal.


SOALAN
Bagaimana muncul perkataan sufi atau tasawwuf?
JAWAPAN
Di dalam buku Mengenal Ilmu Tasawwuf, dinyatakan: Hidup kerohanian semakin berkembang. Perkembangan ini dapat dikesan dari kelahiran gelaran baru mulai diperkenalkan iaitu gelaran ahli sufi. Istilah ini masih tetap mengandungi unsur kezuhudan dan iftiqar tetapi di samping itu ia mengandungi unsur yang selainnya yang merintis jalan kepada Kasf al-Haqiqah.
Sejauh yang dapat dibuktikan oleh sumber tasawwuf bahawa gelaran ini telah lahir pada pertengahan kurun kedua hijrah. Menurut Hilyah al-Awliya’ bahawa orang yang mula-mula diberikan gelaran ahli sufi ialah Abi Hasyim al-Kufi (m. 150H) kerana cara dan perjalanan hidupnya yang mengikuti cara hidup Rasulullah s.a.w dan para sahabat, yang lebih mengutamakan cara hidup yang sangat bersahaja tidak terpengaruh dengan keseronokan dan kemewahan hidup dunia.
Demikian juga, gelaran ini telah diberikan kepada ahli zuhud iaitu Jabir bin Hayyan dan kepada ahli zuhud di Kufah seperti Abd al-Sufi, Mansur bin Ammar. Di Basrah pula gelaran inidiberikan kepada Abu Hassan al-Basri. Penggunaan ini semakin popular seperti Malik bin Dinar, Abd al-Wahid bin Yazid dan lain-lain. Di Mesir gelaran ini mula dikenal pada akhir kurun kedua hijrah seperti yang dicatitkan oleh al-Kandi:
Telah laihir di Iskandariah satu golongan yang menamakan dirinya ahli-ahli sufi yang menjalankan tugas Amr Makruh dan Nahy Munkar seperti yang dipercayainya. Golongan ini diketahui oleh seseorang yang bernama Abd al-Rahman al-Sufi.
Sejalan dengan kelahiran gelaran ini, pengertian zuhud sudah merupakan suatu yang khusus sebagai salah satu daripada peringkat untuk menjadi seorang sufi. Ini dapat dikesan dari hasil-hasil karya puisi mereka seperti Rabi`ah al-Adawiyah, Sufyan al-Thauri (160H), Abd al-Wahid bin Zaid (177H) dan Shaqiq al-Balkhi (194H).
Perubahan idea kezuhudan dalam peringkat ini memberikan gambaran tentang zaman peralihan atau proses peralihan dari golongan atau istilah ahli zuhud kepada istilah ahli sufi. Ini dapat dijelaskan bahawa gelaran sufi atau tasawwuf dalam peringkat permulaannya ini mempunyai erti sama dengan makna kezuhudan, kefakiran dan ibadah, yang kemudiannya berkembang dari makna yang tersebut kepada makna yang lebih luas.

SOALAN
Apakah syarat-syarat syeikh?



JAWAPAN
Golongan tasawwuf tidaklah secara membuta tuli menurut kehendak syeikh. Tetapi setiap murid yang bijak hendaklah melihat kepada tanda-tanda dan alamat yang khusus dan terang dan menggunakan akalnya untuk mengenal hakikat syeikh yang sebenar. Ibn `Ataillah al-Sakandari berkata: Janganlah kamu bersahabat dengan orang yang diri dan perkataannya tidak membantu kamu untuk menghampirkan diri kepada Allah.
Inilah garis panduan yang dijelaskan oleh Ibn `Ataillah al-Sakandari tentang syeikh tariqat yang menjadi contoh teladan dan ikutan. Terdapat beberapa sifat syeikh yang mnejadi ikutan. Ahli tasawwuf mengatakan: Syeikh ialah seorang yang mengamalkan tariqat melalui bimbingan seorang syeikh yang telah sampai kepada Allah. Lalu meningkat daripada maqam-maqamnya yang tertentu yang bermula daripada maqam taubat ke maqam musyahadah. Setelah dia mencapai maqam yang tertinggi, dia kembali kepada amalan syariat biasa dan membimbing manusia dengan beberapa peringkat dalam tariqat, lalu dibuka kepada mereka dengan izin Allah pintu-pintu dimana mereka akan memperolehi cahaya hakikat.
Kata sebahagian yang lain: Antara tanda seseorang syeikh ialah dia memiliki ilmu yang benar, rasaan rohani (ذوق) yang jelas, hemah yang tinggi, perawakan yang diredhai dan mata hati yang sentiasa terbuka (بصيرة). Pendapat yang lain ialah: Sesiapa yang mempunyai lima tanda ini maka ianya bukanlah syeikh yang sebenar iaitu jahil tentang agama, tidak menjaga kehormatan orang Islam, melakukan sesuatu yang tidak berfaedah, berakhlak jelek dan menurut hawa nafsu.
Para ulama sufi telah mengarang sejumlah besar kitab yang khusus membicarakan tentang adab-adab syeikh dan sifat-sifat yang mesti ada padanya sehingga boleh dijadikan ikutan oleh para murid mereka.
Kata Abu Madyan pula: Sesiapa yang mendakwa hampir kepada Allah tetapi tampak pada dirinya lima perkara berikut, sesungguhnya dia adalah seorang pendusta dan tidak berakal iaitu, melakukan maksiat dengan anggota badannya, melakukan bida`ah dalam ketaatan kepada Allah, haloba dengan sesuatu yang dimiliki oleh orang lain, kurang beribadah dan tidak menjaga kehormatan umat Islam mengikut yang diperintahkan oleh Allah. Oleh itu seseorang yang bersifat sebegini mesti dijauhi.

SOALAN
Bagaimana sumbangan kitab al-Risalah al-Qusyairiyah dalam memperbaiki tasawwuf mengikut akidah ahli sunnah?

JAWAPAN
Jika diteliti al-Risalah al-Qusyairiyah, maka jelas kepada kita apa yang dikehendaki oleh al-Qusyairi iaitu untuk memperbetulkan tasawwuf berasaskan aqidah ahli al-Sunnah, beliau berkata:
Ketahuilah! Allah merahmati kamu, bahawa syeikh-syeikh tasawwuf telah membina dasar amalan mereka atas prinsip-prinsip yang betul dengan mentauhidkan Allah, dan mereka menjaga akidahnya daripada perkara-perkara bidaah, mereka berpegang dengan apa yang dipegang oleh ahli Salaf dan Ahli Sunnah yang mentauhidkan Allah dengan tidak ada penyerupaan dan pengurangan (ta’lil), mereka mengetahui apa yang menjadi hak Allah, mereka memastikan apa yang menjadi sifat kepada makhluk dari yang tiada. Oleh itu, pengasas tariqah ini al-Junaid berkata: Tauhid Islam mengesakan Allah dari sifat baharu menetapkan prinsip-prinsip aqidah dengan dalil-dalil yang terang dan kenyataan yang jelas, sebagaimana kata Abu Muhammad al-Jariri. Di antara rahmat Allah, Allah tidak hanya mengadakan dengan satu dalil sahaja yang akan hilang dengan tipu daya.
Ungkapannya ini secara tidak langsungnya menolak syatahat ahli-ahli tasawwuf yang mengeluarkan ibarat-ibarat yang boleh mengelirukan pembaca dengan mencampur adukkan sifat-sifat Allah terutamanya sifat qidam dengan sifat-sifat manusia terutamanya sifat baharu. Dengan jelas ia mengkritik mereka dengan katanya:
Mereka mendakwa bahawa mereka telah bebas dari belenggu manusia, dan mereka telah sampai kepada hakikat, dan mereka berdiri bersama Allah dan mengikut hukum-hukum yang ada pada Allah, mereka tidak sedar (hal fana). Apa yang mereka lakukan tidak ada apa celaan dan dosa daripada Allah, mereka telah dibukakan rahsia ahadiyah, dan kekal setelah fananya dengan cahaya samadiyah.

SOALAN
Apakah yang dimaksudkan dengan mujahadah?

JAWAPAN
Mujahadah adalah saluran terpenting bagi seorang sufi untuk mencapai tujuannya yang suci. Dengan kekuatan mujahadah ini, akan dapat menghancurkan runtunan dan pujukan nafsu dan lintasan-lintasan jahat di hati. Ibrahim bin Adham berkata:
Seseorang itu tidak akan dapat mencapai darjat solihin melainkan ia terlebih dahulu mestilah melepasi enam halangan. Halangan pertama ialah pintu nikmat akan terkunci dan pintu kesusahan akan dibuka. Kedua, pintu kerehatan akan ditutup dan pintu usaha keras akan dibuka. Ketiga, pintu kebanggaan akan ditutup dan pintu kehinaan akan dibuka. Keempat, pintu tidur akan ditutup dan pintu berjaga malam akan dibuka. Kelima, pintu kekayaan akan ditutup dan pintu kefakiran akan dibuka. Keenam, pintu angan-angan akan ditutup dan pintu persediaan menghadapi maut akan dibuka.
Gambaran perjalan sufi yang dijelaskan sebentar tadi adalah merupakan satu jihad yang sukar. Bahkan ia juga adalah satu langkah untuk mencapai kerehatan yang sebenar dengan ma’rifatullah. Hakikat ma’rifatullah inilah yang menjadi matlamat yang diburu oleh mukmin yang berakal di dunia ini. Tidak ada di sana yang paling tinggi, cantik, indah, bahagia dan kekal selain daripada seorang insan itu dapat mengenal Pencipta alam semesta yakni Allah. Adakah seorang insan itu akan kehilangan sesuatu lagi jika ia telah sampai ke matlamat tertinggi itu?
Sesungguhnya bermujahadah melawan godaan nafsu adalah satu-satunya jalan bagi seorang insan itu untuk menang mengawal hawa nafsunya. Hakikat ini dijelaskan oleh firman Allah s.w.t dalam surah al-Ankabut, ayat 69 yang bermaksud:
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”
Seorang murid itu boleh dikatakan kuat dan mantap ma’rifahnya kepada Allah selagi dia belum dapat membebaskan dirinya daripada godaan nafsu syahwat dan keinginan nafsu jahatnya. Para sufi mengatakan bahawa jihad melawan nafsu adalah jihad akbar, kerana jihad menentang hawa nafsu ini samalah ertinya memerangi musuh yang tidak kelihatan. Ia juga dianggap satu peperangan yang sangat sukar kerana terpaksa menggunakan senjata-senjata yang luar biasa.

SOALAN:
Bagaimanakah pengajaran tasawuf oleh Syeikh Abdul Qadir Jilani?

JAWAPAN:
Dr. Abdullah Muhammad Zin berkata: Pengajaran tasawuf al-Jilani direkodkan di dalam beberapa buah bukunya seperti Futuh al-Ghayb, al-Ghunyah li Talibi Tariq al-Haqq dan al-Fath al-Rabbani. Maklumat tentang tasawuf beliau juga boleh didapati dalam buku al-Fuyudat al-Rabbaniyah fi al-Maathir wa al-Awrad al-Qadiriyyah susunan al-Hajj Ismail Ibn al-Sayyid Muhammad Sayid al-Qadiri, Bahjah al-Asrar karangan al-Shattanawfi dan dalam kitab-kitab manaqib yang lain.
Pengajaran tasawuf al-Jilani secara umumnya menepati dengan ajaran Islam, doktrinnya tidak bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah. Jika dibandingkan dengan tokoh-tokoh sufi yang lain, beliau sangat strict berpegang dengan syariah. Al-Jilani berpendapat bahawa matlamat tasawuf adalah begitu mudah iaitu mematuhi syariah dan menjadi hamba yang beriman dengan Allah s.w.t. Tidak ada hal yang lebih tinggi dari Ma’rifah al-Tauhid (al-Jilani t.th 36). Beliau dikenali sebagai sufi yang bermazhab Hanbali. Pendapat dan amalan beliau dalam tasawuf pada umumnya tidak berbeza atau bercanggah dengan ulama-ulama mazhab Hanbali yang lain. Sebagai contoh, konflik telah berlaku di zaman fuqaha (jurists) dengan para sufi pada zaman al-Jilani seperti yang disebut oleh Ibn al-Jawzi dalam kitabnya Tablis Iblis, (Ibn al-Jawzi t.th) tetapi al-Jilani tidak terlibat.
Al-Jilani berpendapat bahawa tasawuf hendaklah menyerahkan sepenuhnya kepada risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Beliau menolak dakwaan bahawa ilham boleh merubah hakikat-hakikat yang ada di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Beliau juga berpendapat amalan zuhud adalah digalakkan, tetapi dibolehkan dengan syarat ianya tidak mengabaikan tanggungjawab atau perintah-perintah syariah yang lain. Walau bagaimana tinggi kedudukan yang didapati oleh seseorang sufi, sama ada pangkat ‘badal’ atau ‘watad’ atau ‘qutub’ atau ‘ghawth’, dia tidak boleh sampai kepada pangkat Nabi dan tidak boleh mengubah apa yang dibawa oleh Nabi.
Pendapat-pendapat di atas boleh kita dapati dalam buku beliau al-Ghunyah li Talibi tariq al-Haqq. Di dalam buku ini al-Jilani menerangkan secara ringkas semua perkara yang penting dan asasi dalam syariah. Di bahagian akhir buku ini, beliau menulis satu bab yang menerangkan pendapatnya tentang tasawuf. Tasawuf kepada al-Jilani adalah merupakan dimensi dalaman (inner dimension) bagi agama Islam, ianya tidak dapat dipisahkan daripada syariah. Seorang sufi sekali gus yang pakar dalam bidang Feqah (Islamic jurisprudence) seperti yang disebut oleh al-Sha’rani (al-Sya’rani 1973:163).
Untuk mendapat satu gambaran yang lebih jelas tentang pengajaran tasawuf al-Jilani, di bawah ini diterjemahkan secara ringkas sebuah nasihat yang disampaikan oleh beliau kepada anaknya, Abd al-Razzaq. Isi kandungan nasihat itu adalah seperti berikut:
“Wahai anakku, aku menasihati kamu supaya bertakwa kepada Allah, mentaatiNya, melaksanakan syariah dan menjaga hudud Allah. (Menjaga hudud Allah bererti bahawa menjauhi semua larangan-larangan Allah, walaupun kecil) sebagaimana kamu mengetahui wahai anakku, bahawa tarikat kita (tarikat Qadariyyah) ini didirikan berasaskan al-Quran dan al-Sunnah, kesejahteraan jiwa, murah hati (generosity), terbuka (openhandedness), menahan dari kekerasan, menanggung kesulitan dan kemaafan (forgiveness).
Aku menasihatimu supaya mengamalkan faqr, iaitu menjaga kehormatan guru-guru. Menjaga hubungan baik dengan saudara-saudara (seagama), memberi nasihat kepada kanak-kanak dan orang-orang dewasa, menjauhi dari menimbulkan pergaduhan kecuali dalam perkara agama. Bahawa kamu tidak berhajat kepada orang yang sepertimu dan hakikat ghina (maknanya dari segi bahasa kaya) bahawa kamu bebas daripada orang-orang yang seperti kamu dan tasawuf itu mempunyai satu keadaan bukan untuk orang-orang yang mengamalkan il wa qal, apabila kamu melihat orang-orang kafir, maka janganlah kamu memulai dengan ilmu dan hendaklah menggunakan cara lembut kerana ilmu boleh meliarkannya dan cara lembut boleh menjinakkannya.
Kamu juga mengetahu wahai anakku bahawa tasawuf itu didirikan di atas lapan sifat (quality) iaitu: pertama, pemurah (sakha/generosity); kedua, redha (cheerful submission); ketiga, sabar (patience); keempat, isyarat; kelima, berjauhan (ghurbah/solitude); keenam, memakai pakaian dari bulu (lubs al-sufi); ketujuh, mengembara (siyahah/taravelling); kelapan faqr. Pemurah adalah sifat Nabi Ibrahim A.S, redha adalah sifat Nabi Ishak a.s, sabar adalah sifat Nabi Ayyub a.s, isyarat adalah sifat Nabi Zakaria a.s, perjauhan adalah sifat Nabi Yusuf a.s, memakai pakaian dari buku adalah sifat Nabi Yahya a.s, mengembara adalah sifat Nabi Isa a.s dan faqr adalah sifat Nabi Muhammad s.a.w.
Wahai anakku, hendaklah engkau mencampuri orang-orang kaya dengan secara terhormat dan mencampuri orang-orang miskin secara merendah diri. Kamu hendaklah mengamalkan sifat ikhlas iaitu kamu melupai makhluk dengan menumpukan sepenuhnya kepada Allah. Janganlah kamu menuduh Allah s.w.t dalam keadaan-keadaan tertentu, bertenanglah kepada Nya dalam semua perkara. Janganlah kamu berserah (bertawakal) kepada orang lain disebabkan adanya kekerabatan, jalinan kasih sayang dan persahabatan.
Menjadi kewajipan ke atas kamu juga supaya berkhidmat kepada orang-orang miskin dengan tiga perkara: pertama, rendah diri (tawaduk); kedua, berakhlak luhur; ketiga, kejerniham jiwa. Engkau juga dikehendaki membunuh nafsu kamu yang rendah supaya ianya dapat hidup. Makhluk yang hampir kepada Allah ialah orang yang paling sempurna akhlaknya. Dan amalan yang paling baik ialah menjaga sir supaya tidak berpaling kepada selain daripada Allah.
Menjadi kewajipan juga ke atas kamu, apabila kamu berada bersama orang-orang miskin ingat mengingati supaya bersabar dan hak. Adalah cukup untuk kamu di dunia ini melakukan dua perkara, iaitu berkawan dengan orang-orang miskin dan menghormati wali.
Sebagaimana yang engkau ketahui wahai anakku, bahawa orang fakir itu tidak memerlukan sesuatu apa pun melainkan Allah s.w.t. Dan seperti engkau ketahui juga bahawa bertindak ke atas orang-orang yang berkedudukkan rendah adalah suatu kelemahan dan bertindak ke atas orang yang mempunyai kedudukkan tinggi adalah satu kemegahan. Faqr da tasawwuf adalah dua perkara yang serius, oleh itu, ianya tidak boleh dicampuri dengan perkara yang hina.
Ini adalah nasihat yang aku sampaikan kepada kamu dan orang-orang lain yang mendengarnya dari kalangan murid-murid. Didoakan semoga Allah s.w.t memberi taufik kepada kamu dan kita semua kerana telah menerangkannya. Diharapkan semoga Allah s.w.t menjadikan kita semua termasuk ke dalam golongan orang-orang yang mengikut jejak langkah al-Salaf al-Saleh……”

SOALAN:
Apakah hakikat tasawuf?
JAWAPAN:
Dalam menjawab persoalan ini suka dinyatakan pendapat Syeikh Abdul Hafiz Faraghli Ali Al-Qarani yang berkata: Tasawuf pada hakikatnya adalah akhlak yang tinggi, ia mengangkat diri manusia ke martabat yang paling tinggi dan sempurna dengan menghapuskan semua penghalangnya seperti syahwat, suka kepada kelazatan, bermalas-malasan pada perkara ketaatan dan tidak ambil pusing dengan perkara remeh-temeh serta memalingkan diri dari sifat ungkit-mengungkit. Dengan cara itu, akan membawa mereka kepada agama yang mulia sepertimana yang diterangkan dahulu.
Secara keseluruhannya, tasawuf adalah roh Islam, ufuk yang tinggi bagi pemikiran Islamiah dan ia bagai pengawas yang menjadikan manusia rasa tercabar untuk menjadi manusia yang sempurna di dalam perbuatan serta percakapan mereka kerana Allah mengetahui dan mengawasi setiap gerak-geri mereka. Mereka tidak suka melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, mengharapkan pahala, dan takutkan balasan tetapi di sana ada perkara yang lebih baik daripada itu semua yang mana mereka melakukan sesuatu itu semata-mata kerana kecintaan kepada Allah s.w.t. Tidak mengharapkan pahala dan bukan kerana takutkan balasan daripada Allah s.w.t.
Daripada kefahaman ini, lahirlah tafsiran-tafsiran ahli sufi mengenai tasawwuf seperti kata-kata al-Siraj al-Tusi di dalam kitabnya ( اللمع ): “Ahli sufi adalah ulama Allah dan ulama yang memahami hukum-hukum Allah kerana mereka mengamalkan ilmu yang dikurniakan oleh Allah. Mereka telah melaksanakan tuntutan Allah terhadap diri mereka lantas terlaksanalah janji Allah terhadap mereka.”
Sebahagian daripada ulama sufi berpendapat bahawa tasawwuf berkait rapat dengan kesucian. Tasawuf juga berkait rapat dengan taqarrub kepada Allah. Pendapat lain menyatakan: “Dinamakan ahli sufi kerana kesucian rahsia-rahsia dan kesan-kesannya; inilah dia kata-kata al- Kalabazi.”
Ma’ruf al-Karkhi pula berkata: “Ahli sufi adalah mereka yang suci amalannya kerana Allah s.w.t, lalu Allah meningkatkan kemuliannya.”
Ada juga yang berkata: “Dinamakan ahli sufi dengan nama ini kerana mereka berada di saf pertama di hadapan Allah, mempunyai keazaman yang tinggi dan penyerahan hati yang bulat kepada Allah serta di dalam hati mereka tersimpan rahsia-rahsia Allah. Para sufi telah sepakat mengatakan bahawa asas tasawuf adalah akhlak yang baik, sekiranya akhlak mereka bertambah baik maka bertambahlah tasawufnya.”
Hakikat tasawuf itu ialah sentiasa berdampingan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Seiring dengan syariat Islamiah. Abu al-Qasim al-Nasru Abazi pernah berkata: “Asal tasawuf ialah sentiasa berdampingan dengan al-Quran dan as-Sunnah, meninggalkan hawa nafsu dan perkara-perkara bidaah, memuliakan syeikh, melihat unsur-unsur kekurangan diri makhluk, bersahabat baik sesama manusia, memberi pertolongan, berakhlak mulia, sentiasa berwirid, meninggalkan rukhsah serta bertakwil. Tidak sesat seseorang itu di atas jalan ini kecuali dia telah rosak pada peringkat awal lagi. Ini kerana, permulaan yang salah akan memberi kesan di penghujungnya.
Al-Syeikh Mahyudin Ibn ‘Arabi menerangkan di dalam kitabnya al-Futuhat, katanya: “Sesungguhnya jalan untuk sampai kepada ilmu ahli sufi ialah iman dan takwa.”
Firman Allah s.w.t dalam Surah al-A’raf ayat 96 yang bermaksud:
“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi…”
Hamka berkata: “Keimanan dan taqwa kepada Allah membukakan pintu rezeki. Sebab kalau orang telah beriman dan bertaqwa fikirannya sendiri terbuka ilhampun datang. Sebab iman dan taqwa itu menimbulkan silaturrahim sesama manusia.”
Kebanyakan kitab-kitab tasawuf mengambil berat di dalam menerangkan akhlak sufiah dan ‘ahwal’ mereka bedasarkan tingkat dan martabat-martabat mereka. Dengan penerangan itu, kita tidak akan menemui di dalam perbuatan mereka perkara yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah serta ijmak para salihin. Sesungguhnya seorang wali itu bukannya mencipta syariat yang baru tetapi tetapi dia membawa kefahaman yang baru. Oleh sebab itu, orang-orang yang tidak mempercayai jalan para sufi, mungkin akan membuat tanggapan serong terhadap mereka sedangkan aliran ini tiada pertentangan dengan Islam itu sendiri. Oleh kerana itu, mereka hanya menumpukan perhatian kepada memahami rahsia-rahsia ibadat untuk menyampaikan mereka ke hadrat Allah s.w.t dengan bermujahadah sehingga tercapai (Ahwal dan Maqam) di dalam kehidupan mereka.

SOALAN
Bagaimanakah pandangan al-Ghazali berkenaan dengan tasawwuf?

JAWAPAN
Menuju kepada Allah adalah sebagai ubat yang mujarab bagi penyakit kejiwaan yang dialami oleh Imam al-Ghazali. Beliau menggambarkan kepada kita bagaimana beliau sembuh daripada penyakitnya:
Inilah yang menyebabkan aku jatuh sakit, semakin hari semakin tenat rasanya, hampir dua bulan aku terumbang ambing hidup sebagai penganut sofist. Keadaan yang memaksa aku menjadi begitu, bukan sekali-kali dengan sukarela aku mahu menjadi demikian. Sekarang Allah telah menyembuhkan penyakit yang aku hadapi selama ini, sekarang aku kembali menjadi sihat walafiat seperti biasa. Jiwaku tidak ragu lagi. Aku kembali yakin akan kebenaran hukum akal, semuanya itu bukan dengan dalil-dalil yang tersusun dan ungkapan yang teratur tetapi adalah dengan cahaya yang Allah campakkan di dalam dada, cahaya itulah yang menjadi kunci kebanyakkan pengetahuan, sesiapa yang menyangka bahawa kasyaf hanya ada pada dalil-dalil, maka ia telah menyempitkan rahmat Allah yang luas.
Cara hidup al-Ghazali telah dipenuhi dengan cahaya iman, walaupun begitu beliau masih lagi mencari hakikat melalui aliran-aliran yang terdapat dalam Islam yang ada pada zamannya. Ini dapat membebaskan fikirannya daripada kongkongan taqlid untuk mendapat cahaya kebenaran. Beliau menjadikan dirinya sebagai satu method yang tersusun rapi yang ditakbirkan olehnya dengan:
Ilmu yang yakin ialah ilmu yang mana perkara yang diketahui itu terdedah dengan dedahan yang tidak ada ragu lagi dan tidak ada kemungkinan salaf dan faham. Ini adalah kaedah yang mengingatkan kita kepada method ahli falsafah moden Perancis, Descartes yang menjadikan fikiran yang paling mudah dan jelas sebagai asas kepada keyakinannya.

SOALAN
Apakah pandangan Dr. Yusuf al-Qardhawi berkenaan dengan aliran sufi?

JAWAPAN
Tidak syak lagi bahawa orang ramai telah berbeza pendapat mengenai ahli-ahli tasawwuf. Orang-orang yang taksub mengenainya menyerlah kebaikan-kebaikan dan menyokong pandangan-pandangan mereka dalam segala-galanya dalam mempertahankan mereka walaupun salah. Malah dia tidak tergambar langsung untuk menjatuhkan hukuman terhadap mereka.
Manakala orang yang terlalu anti tasawwuf pula menghina ahli sufi dan mengeji setiap perkara yang dilakukan orang mereka, hatta sesuatu yang dilakukan oleh seorang sahaja walaupun perkara itu hak untuk dirinya sendiri. Dia mengumumkan yang tasawwuf ini adalah mazhab yang dibawa masuk kedalam islam dan dicedok daripada agama Masehi, Buddha, Brahmanisme dan lain lain.
Akan tetapi keinsafan menuntut kami supaya berkata: Sesungguhnya tasawwuf itu ada aspeknya yang Islamik dan tidak boleh diingkari. Di dalamnya terdapat unsur-unsur asasi Islam yang tidab tersembunyi. Ianya terdapat di dalam al-Quran, sunnah Nabi, sirah Rasul dan para sahabat yang zuhud seperti Saidina Umar, Ali, Abu al-Darda’, Salman, Abu Zar dan ramai lagi.
Sesiapa yang membaca al-Quran dan hadis akan menyedari kedua-duanya ada mengandungi peringatan yang berulang-ulang mengenai fitnah kehidupan dunia dan kemewahannya di samping panduan-panduan yang membimbing kehemahan menuju Allah s.w.t dan akhirat. Juga menggerakkan hati untuk merindui syurga dan isi kandungannya yang penuh dengan keredhaan Allah dan peluang untuk melihat wajah-Nya yang mulia.
Terdapat juga unsur-unsur yang menakutkan kita kepada api neraka dan azabnya dari segi fizikal dan maknawi seperti yang terdapat di dalam hadis tentang kasih Allah terhadap hamba-Nya dan kasih mereka terhadap-Nya seperti di dalam firman-Nya dalam Surah al-Maidah, ayat 54 yang bermaksud:
“Dia kasihkan mereka dan mereka kasihkan-Nya. Dan orang-orang yang beriman itu lebih kuat kecintaannya terhadap Allah. Katakanlah olehmu, jika kamu cintakan Allah, hendaklah kamu mengikutiku, nescaya Allah akan mengasihi kamu. Dan Allah mengasihi orang-orang yang baik. Dan Allah mengasihi orang-orang yang sabar. Sesungguhnya Allah kasihkan orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam keadaan berbaris-baris.”
Terdapat lagi di dalam al-Quran dan hadis nas-nas yang banyak tentang soal zuhud, tawakal, taubat, syukur, sabar, yakin, taqwa, muraqabah dan pelbagai lagi aspek yang terdapat dalam agama. Tiada orang yang memberikan perhatian sewajarnya kepada perkara-perkara tersebut seperti mentafsir, bahawa `illah yakni mencari sebab terhadap sesuatu perkara, membuat pembahagian dan sepertinya selain daripada ahli-ahli tasawwuf.
Oleh sebab itu, mereka merupakan orang-orang yang lebih mengetahui tentang soal keaiban diri, penyakit-penyakit hati dan pintu-pintu kemasukan syaitan. Mereka juga adalah orang yang paling banyak mengambil berat tentang hal ehwal jalan agama dan pentarbiahan orang-orang yang mahu mengikuti jalan agama.

Sudah berapa ramai orang yang menderhaka bertaubat melalui mereka dan berapa ramai pula orang-orang kafir yang telah memeluk Islam melalui mereka. Namun tasawuf tidak berhenti setakat berfungsi dalam peringkat pertama sahaja iaitu sebagai akhlak agama dan erti ibadat yang ikhlas kepada Allah.
Tunggaknya ialah kemahuan (iradat) seperti yang telah dijelaskan oleh Ibn al-Qayyim, tetapi ia telah berpindah dari sifatnya sebagai ilmu akhlak Islam kepada teori-teori yang berusaha untuk mencapai maksud al-Kasyf dan al-Faidh al-Ilahi iaitu pengurniaan Ilahi yang terlalu banyak terhadap hamba-Nya melalui penyucian jiwa (al-Kasyf ialah pembongkaran tentang sesuatu yang tersembunyi di sebalik alam zahir yang hanya dapat dikesan oleh mata halus).
Kemudian berlakulah pelbagai pemesongan dan penyelewengan sebagaimana yang telah terbukti. Oleh itu, adalah menjadi satu keingkaran (kesombongan) apabila seseorang menafikan pengaruh-pengaruh luaran terhadap ilmu tasawuf yang kadang-kadang boleh menyebabkan terkeluar daripada imej kesederhanaan dan pertengahan Islam kepada kekerasan dan rigid seperti di dalam sistem rabbaniyah (mengasingkan diri di mihrab untuk menjadi sami) atau kepada kefanatikan seperti yang terdapat dalam agama Budha.
Di antara fenomena-fenomena penyelewengan di kalangan ahli tasawwuf ialah idea-idea di bawah ini:
i. Mengambil kira citarasa dan perasaan hati individu atau ilham sebagai ukuran untuk mengetahui dan buruk sesuatu serta untuk membezakan di antara yang betul dan yang salah, hinggakan ada yang melampau dalam perkara ini sampai berkata: Hatiku telah berbicara dengan tuhanku. Berlawanan dengan perkataan ulama hadis iaitu: Seseorang telah memberitahuku daripada seorang yang lain dari Rasulullah s.a.w.
ii. Pengasingan yang mereka lakukan di antara syariat dan hakikat. Menurut mereka, sesiapa yang melihat kepada makhluk dengan `ain syariat nescaya dia akan memarahi mereka, barangsiapa yang melihat mereka dengan `ain hakikat dia akan maafkan mereka. Ekoran daripada itu ialah orang-orang kafir tidak boleh diperangi dan orang-orang yang melakukan kemungkaran tidak boleh diingkari.
iii. Penghinaan mereka terhadap soal-soal kehidupan yang bercanggah dengan manhaj al-Quran dan bercanggah dengan sunnah serta manhaj sahabat seperti kata: “Bekerjalah untuk dirimu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati pada esok hari.”
iv. Penguasaan sifat jabariyah dan salbiyah terhadap kebanyakkan mereka yang mana telah meninggalkan kesan di dalam pemikiran umat Islam yang menyebabkan mereka percaya bahawa manusia ini diatur dan dipandu bukan diberi pilihan atau tiada faedah untuk menentang kerosakan dan memerangi apa-apa kebatilan. Ini kerana Allah telah menentukan segala-galanya ke atas hamba-Nya, kata-kata ini telah berleluasa di kalangan mereka: Tinggalkan kuasa kepada kerajaan dan tinggalkan makhluk untuk Tuhan.
Ini telah membawa kepada penguasaan roh yang kalah dalam kehidupan umat Islam.
v. Menghapuskan personaliti murid dalam proses pentarbiyah suluk dan pemikiran mereka tenggelam dan kalah oleh idea syeikhnya dan dia tidak boleh membincangkan apatah lagi menentangnya atau mempersoalkan kenapa atau berkata tidak. Antara kata-kata mereka: Seorang murid dihadapan syeikhnya adalah seperti mayat dihadapan tukang mandi. Sesiapa bertanya kenapa; nescaya akan gagal.
Idea-idea di atas telah tersebar pada zaman mutakhir ini dan ramai yang menerimanya dengan percaya bahawa ia adalah sebahagian dari ajaran Islam. Apabila fajar kebangkitan moden bangkit di negara umat Islam maka ramai di kalangan intelektual yang menyangka bahawa idea-idea negatif yang tertonjol itu adalah Islam. Lalu mereka enggan menerimanya dan barangkali menentangnya pula kerana kejahilan mereka tentang hakikat nilai-nilai Islam yang sebenar.
Perlu rasanya kami menambah di sini demi kebenaran bahawa ahli-ahli sufi yang awal dan sederhana sikap mereka telah memberi peringatan tentang penyelewengan dan perlampauan itu serta mewajibkan berpegang teguh dengan nas-nas syarak dan kaedah-kaedahnya yang tidak salah mahupun menyimpang.
Ibn al-Qayyim ada menukilkan pelbagai kata-kata yang dilahirkan oleh ketua-ketua ahli tasawwuf antaranya ialah kata-kata oleh ketua ahli tasawwuf al-Junaid bin Muhammad (wafat 297H) yang berkata: Tarikat-tarikat semuanya ditutup dari kenyataan makhluk kecuali orang-orang mengikut athar sunnah Rasulullah s.a.w. Katanya lagi: Sesiapa yang tidak menghafal al-Quran dan menulis hadis dia tidak boleh diikuti dalam hal tasawwuf ini kerana pengetahuan kita ini berkait dengan al-Quran dan terikat dengan sunnah.
Abu Yazid berkata: sekiranya kamu melihat kepada seorang lelaki yang diberi beberapa keramat sehingga dia mampu terbang diudara,maka jangan kamu tertipu dengannya hatta kamu melihat bagaimana keadaannya dalam soal suruhan dan larangannya, menjaga batas batas (hudud) agama serta melaksanakan syariat.
Kata kata yang paling sederhana yang pernah dikeluarkan tentang tasawuf ialah jawapan ibnu Taimiyah ketika disoal megenai ahli ahli sufi. Antara jawapan beliau: manusia berbeza beza tentang jalan mereka (tarikat) ada yang mengeji ahli ahli sufi dan tasawwuf mereka berkata golongan sufi ini melakukan ibadah bidaah yang terkeluar daripada sunnah. Ada petikan yang diambil dari beberapa pihak mengenai beberapa perkara seperti yang dimaklumi. Ini dilakukan oleh pihak pihak dari kalangan ahli fiqh dan ilmu kalam.
Adapun satu pihak yang lain yang melebihi had dan mendakwa bahawa golongan sufi ini adalah sebaik-baik makhluk dan yang paling sempurna selepas para nabi. Kedua-dua pihak ini amat tercela.
Yang benar ialah sesungguhnya mereka adalah golongan yang berijtihad dalam mentaati Allah sepertimana orang lain juga, berusaha untuk mentaati-Nya. Ada di antara mereka yang lebih mendahului dari dekat dengan sebab usahanya. Ada juga yang sederhana yang terdiri daripada golongan kanan (ahli syurga). Di antara dua kategori ini ada juga yang telah berijtihad dan salah. Ada juga yang berdosa kemudian bertaubat atau tidak bertaubat.
Di kalangan orang-orang yang cuba menasabkan keturunan mereka dengan golongan sufi adalah menzalimi diri sendiri dan menderhaka kepada Allah. Beberapa pihak yang dikatakan bidaah dan orang-orang zindiq cuba menasbakan keturunan mereka kepada ahli-ahli sufi. Akan tetapi ahli-ahli tasawwuf yang muhaqqiqun (yang melakukan kajian mengenainya) tidak mengiktiraf mereka seperti al-Halaj. Terdapat syeikh-syeikh tarikat ramai menentang serta menghalaunya daripada kumpulan tarikat seperti ketua tarikat yang bernama al-Junaid serta ramai lagi.

SOALAN
Tasawwuf antara pro dan kontranya, bagaimana pandangan Syeikh al-Qardhawi?

JAWAPAN
Dalam bukunya yang bertajuk Fatawa Mu`asirah, beliau berkata:
Kami juga tidak keberatan untuk mengetengahkan beberapa aspek mengenai tajuk ini serta nenerangi jalan kepada sesiapa yang ingin menjalani kehidupan ini dengan Basirah (iaitu berusaha untuk memahami berdasarkan ilmu, pengalaman dan lain-lain).
Umat Islam pada era sahabat dan orang-orang yang berguru dengan mereka belajar dan mengajar Islam secara menyeluruh mengenai kesyumulannya, keseimbangannya, positivitinya dan juga perinciannya.
Mereka tidak menekan kepada satu sudut dan mengabaikan sudut yang lain. Mereka tidak melupakan perkara-perkara zahir untuk menumpukan perhatian kepada perkara batin tidak juga mengabaikan urusan batin semata-mata kerana urusan zahir bahkan mereka menunjukkan prihatin terhadap akal, roh dan badan secara menyeluruh, mengambil berat akan hal individu dan masyarakat serta menjaga kepentingan dunia dan akhirat seperti yang diungkapkan oleh fuqaha.
Kemaslahatan (kepentingan) manusia, dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Apabila kehidupan telah menjadi kompleks dan berubah maju berpunca daripada pelbagai faktor-faktor sama ada dalaman ataupun luaran, lahirlah dalam masyarakat Islam satu golongan yang hanya menekankan aspek akal pemikiran sahaja seperti golongan mutakallimin disamping satu golongan lagi yang begitu menekankan aspek amalan-amalan zahir seperti ahli-ahli feqah.
Di samping dua golongan ini ada satu lagi yang hanya dihanyutkan oleh kemewahan dunia dan ditenggelami oleh arus materialisme seperti para pemerintah dan orang-orang kaya serta orang-orang yang menjejaki mereka dalam mencari harta dunia.
Di saat ini lahirlah golongan sufi yang memberikan prihatin terhadap satu aspek yang penting iaitu aspek spiritual dan kerohanian dalam kehidupan Islam. Mereka memenuhi kekosongan yang tidak berupaya diisi oleh ahli ilmu fiqh dan ilmu kalam demi menyelamatkan umat manusia daripada tenggelam dalam kemewahan dan kepalsuan dunia.
Ulama-ulama salaf yang terdahulu seperti yang telah diterangkan mengambil Islam secara keseluruhannya yang tersusun dalam martabat-martabat bermula dengan Islam, iman dan ihsan seperti yang terdapat dalam hadis Jibril yang masyhur itu. Kemudian lahir ulama fiqh yang mengkhususkan kepada rukun-rukun Islam yang zahir sahaja dan ahli ilmu kalam pula mengkhususkan persoalan iman dan kajian-kajian yang berkaitan dengannya.
Manakala ahli tasawwuf pula berkata kami khusus kepada martabat ihsan.
Praktis-praktis dalam tasawwuf bermatlamat untuk merealisasikan tujuan yang praktikal, iaitu menyelamatkan diri daripada kemurkaan Allah s.w.t dan azab di akhirat melalui cara berzuhud, meninggalkan kemewahan serta berjihad melawan hawa nafsu. Mereka melakukannya bersumberkan kepada adab syarak dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.
Kemudian muncul golongan ulama dan pendidik yang telah menyatukan aspek ketakutan dan perasaan takutkan Allah seperti Hasan al-Basri, kemudian timbul satu elemen baru ekoran dari aspek ketakutan tadi iaitu perasaan cintakan Ilahi (atau kecintaan Ilahi). Unsur tersebut terdapat dalam syair Rabiatul Adawiyah (meninggal 185H) kata-kata Abu Sulaiman al-Darani (meninggal 215H) Zu al-Nun al-Misri (meninggal 245H) dan Abu Yazid al-Bastami serta ramai lagi yang menerangkan bahawa mereka tidak hanya mentaati Allah dan menunaikan kewajipan semata-mata kerana takutkan api neraka dan bukan juga kerana mahukan kenikmatan syurga sebaliknya itu semua adalah kerana kasihkan Allah dan mencari jalan untuk mendekatkan diri kepada-Nya.
Perkara ini terdapat dalam kata-kata Rabiah: Mereka semua menunaikan ibadat kerana takutkan api neraka mereka menganggap kejayaan itu sebahagian daripada perolehan yang banyak, apabila mereka masuk syurga, mereka mendapat balasan dan bertuah dan hikmat dan mereka meminum air telaga Salsabil, tiada bagiku sebarang balasan pada syurga mahupun neraka, aku tidak pinta sebarang tukar ganti dengan kecintaanku ini.
Selepas daripada itu, tasawwuf telah bertukar corak daripada tarikat untuk pendidikan akhlak dan kerohanian kepada satu falsafah yang mengandungi beberapa kefahaman asing daripada ajaran Islam, pemesongan daripada pengajaran yang asal. Penyimpangan yang palimg ketara ialah teori al-Hulul (iaitu jelmaan tuhan pada tiap sesuatu) dan Wihdah al-Wujud (iaitu mengenai kesatuan di antara tuhan dan makhluk).
Tasawwuf telah terpesong jauh hasil perbuatan al-Halaj yang telah diperdayakan oleh pelbagai tipu daya (al-Ghurur) sehingga dia berkata: Aku adalah Allah yang sama dengan mazhab orang yang mendakwa adanya penjelmaan tuhan pada makhluk seperti dakwaan orang-orang nasarani terhadap al-Masih.
Penyelewengan ini telah menjadi sebab kemarahan ahli-ahli fiqh dan masyarakat Islam terhadap al-Halaj hingga menyebabkan beliau dibunuh pada tahun 309H. Kebanyakkan ahli tasawwuf tidak bertanggungjawab mengenai idea dan teori yang dibawa oleh al-Halaj itu.
Kemudian konsep Wihdah al-Wujud semakin terpesong dan menjadi lebih ekstrem. Penyelewengan konsep ini terdapat di dalam karya-karya Muhyidin Ibn al-Arabi (meninggal 638H) dan lain-lain yang menyangka bahawa tiada kewujudan melainkan Allah dalam Wujud. Oleh itu, tiada serentak kewujudan Allah s.w.t dan makhluk dan tiada Tuhan dan hamba.
Hasil daripada falsafah ini ialah penafian tentang konsep ‘tanggungjawab’ yang menjadi tonggak kepada akhlak dan juga persamaan di antara orang-orang baik dan jahat, penyembah Tuhan Yang Esa (iaitu Allah orang-orang Islam) dan penyembah berhala. Semua itu adalah tanda, iaitu kewujudan hak Allah secara nyata dan jelas. Justeru itu, Ibn al-Arabi menulis:
Sesungguhnya hatiku menerima segala bentuk gambaran,
Bicara pendeta dan padang ternak untuk anak-anak kijang,
Rumah berhala dan Kaabah,
Serta helaian kitab taurat dan mashaf al-Quran.

MAHABBAH



Oh Allah, anugerahkanlah kami cinta-Mu,
Dan cinta kepada siapapun yang mencintai-Mu
Dan amalan yang akan membimbing kami kepada cinta-Mu.
sebuah doa Nabi Muhammad SAW)

Mahabbah menurut arti bahasa adalah saling cinta mencintai. Dalam kajian tasawuf, mahabbah berarti mencintai Allah dan mengandung arti patuh kepada-Nya dan membenci sikap yang melawan kepada-Nya, mengosongkan hati dari segala-galanya kecuali Allah SWT serta menyerahkan seluruh diri kepada-Nya.

Kaum Sufi menganggap mahabbah sebagai modal utama sekaligus mauhibah dari Allah Swt, untuk menuju kejenjang ahwâl yang lebih tinggi.
Konsep al-hub (cinta) pertama kali dicetuskan oleh seorang sufi wanita terkenal Rabi'atul Adawiyah (96 H - 185 H), menyempurnakan dan meningkatkan versi zuhud, al khauf war raja' dari tokoh sufi Hasan Al Basri. Cinta yang suci murni adalah lebih tinggi dan lebih sempurna daripada al khauf war raja' (takut dan pengharapan), karena cinta yang suci murni tidak mengharapkan apa-apa dari Allah kecuali ridla-Nya. Menurut Rabi'atul Adawiyah, al hub itu merupakan cetusan dari perasaan rindu dan pasrah kepada-Nya. Perasaan cinta yang menyelinap dalam lubuk hati Rabi'atul Adawiyah, menyebabkan dia mengorbankan seluruh hidupnya untuk mencintai Allah SWT.

Cinta Rabi'ah kepada Allah SWT begitu memenuhi seluruh jiwanya, sehingga dia menolak seluruh tawaran untuk menikah. Dia mengatakan dirinya adalah milik Allah yang dicintainya, karenanya siapa yang ingin menikahinya harus minta izin dahulu kepada-Nya. Pernah ditanyakan kepada Rabi'ah, apakah engkau benci kepada syetan ? Dia menjawab, "Tidak, cintaku kepada Allah tidak meninggalkan ruang kosong dalam diriku, untuk tempat rasa benci kepada syetan. Ditanyakan apakah dia cinta kepada Nabi Muhammad SAW ? Dia menjawab, "Saya cinta kepada Nabi Muhammad SAW, tetapi cintaku kepada khalik memalingkan diriku dari cinta kepada makhluk. Banyak sekali syair dan gubahan dari Rabi'ah menggambarkan cintanya kepada Allah SWT.

Adalah Imam al Qusyairi, pengarang Risâlah al Qusyairiyyah mendefinisikan cinta (mahabbah) Allah kepada hamba sebagai kehendak untuk memberikan nikmat khusus kepada siapa saja yang Ia kehendaki. Apabila kehendak tersebut tidak diperuntukkan khusus melainkan umum untuk semua hambaNya--menurut Qusyairi--dinamakan Rahmat; kemudian jika irâdah tersebut berkaitan dengan adzab disebut dengan murka(ghadlab).
Masih dalam konteks yang sama, lebih jauh al Qusyairi memaparkan definisi mahabbah tersebut versi kaum salaf; mereka mengartikan cinta sebagai salah satu sifat khabariyyah lantas menjadikannya sebagai sesuatu yang mutlak, tidak dapat diartikulasikan sebagaimana rupa seperti halnya mereka cenderung tidak memberikan pentafsiran yang lebih dalam lagi, sebab apabila cinta diidentikkan dengan kecenderungan pada sesuatu ataupun sikap ketergantungan, alias cinta antara dua manusia, maka mereka menganggap hal itu sangatlah mustahil untuk Allah Swt. Interprestasi yang demikian ini memang lebih cenderung berhati-hati seperti halnya mereka (baca:kaum salaf) sangat menekankan metode tafwîdl dalam permasalahan yang bersifat ilâhiyah.

Al Junaidi Al Baghdadi menyebutkan, mahabbah itu sebagai suatu kecenderungan hati, artinya, hati seseorang cenderung kepada Allah SWT dan kepada segala sesuatu yang datang daripada- Nya tanpa usaha.

Abu Nasr as Sarraj at-Tusi seorang tokoh sufi terkenal membagi mahabbah kepada tiga tingkat : (1) Mahabbah orang biasa, yaitu orang yang selalu mengingat Allah SWT dengan zikir dan memperoleh kesenangan dalam berdialog dengan-Nya serta senantiasa memuji-Nya, (2) Mahabbah orang siddik (orang jujur, orang benar) yaitu orang yang mengenal Allah tentang kebesaran-Nya, kekuasaan-Nya dan ilmu-Nya. Mahabbah orang siddik ini dapat menghilangkan hijab, sehingga dia menjadi kasysyaf, terbuka tabir yang memisahkan diri seseorang dari Allah SWT. Mahabbah tingkat kedua ini sanggup menghilangkan kehendak dan sifatnya sendiri, sebab hatinya penuh dengan rindu dan cinta kepada Allah, (3) Mahabbah orang arif, yaitu cintanya orang yang telah penuh sempurna makrifatnya dengan Allah SWT. Mahabbah orang arif ini, yang dilihat dan dirasakannya bukan lagi cinta, tetapi diri yang dicintai. Pada akhirnya sifat-sifat yang dicintai masuk ke dalam diri yang mencintai. Cinta pada tingkat ketiga inilah yang menyebabkan mahabbah orang arif ini dapat berdialog dan menyatu dengan kehendak Allah SWT.
Banyak sekali dalil naqli, Al Qur'an dan Al Hadis yang menjadi dasar adanya mahabbah antara makhluk dengan khalik-Nya.

Firman Allah SWT,
Artinya : Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mu'min, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui (Q.S. Al Maidah 5 : 54).

Firman Allah SWT,
Artinya : Katakanlah, "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihimu dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Q.S. Ali Imran 3 : 31).
Sabda Rasulullah SAW, Diriwayatkan oleh Abu Hurayrah bahwa Rasulullah SAW telah bersabda, "Barangsiapa yang senang bertemu dengan Allah, maka Allah akan senang bertemu dengannya. Dan barangsiapa yang tidak senang bertemu dengan Allah, maka Allah pun tidak akan senang bertemu dengannya" (H.R. Bukhari).

Sabda Rasulullah SAW: Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, Rasulullah SAW menuturkan bahwa Jibril a.s memberitahukan bahwa Tuhan Allah SWT telah berfirman, "Barangsiapa yang menyakiti salah seorang wali-Ku, berarti telah memaklumkan perang kepada-Ku. Dan tidaklah Aku merasa ragu- ragu dalam melakukan sesuatu pun sebagaimana keraguan-Ku untuk mencabut nyawa hamba- Ku yang beriman, karena dia membenci kematian dan Aku tak suka menyakitinya, namun tidak ada jalan darinya. Cara yang paling baik bagi seorang hamba untuk mendekati-Ku adalah dengan melaksanakan kewajiban-kewajiban yang telah Ku-perintahkan kepadanya, dan senantiasa dia mendekat kepada-Ku dengan melakukan ibadat-ibadat sunnah sampai Aku mencintainya. Dan bagi barangsiapa yang Ku-cintai, maka Aku menjadi telinganya, matanya, tangannya dan tiang penopangnya".(H.R. Ibnu Abidunya, Al Hakim, Ibnu Mardawih dan Abu Na'im).

: Dari berbagai sumber

Keutamaan Cinta Dalam Ibadah



Ibnu Qayyîm al-Jawziyyah menghimpun banyak ungkapan dari para sufi besar berkenaan dengan cinta dan prioritasnya dalam peribadatan yang benar:
• Junaid mengatakan:
Saya mendengar al-Harits al-Muhâsibi berkata, cinta itu terjadi apabila engkau merasa condong secara penuh terhadap sesuatu, dan kemudian engkau lebih menyukai hal tersebut melampaui dirimu, jiwamu dan milikmu sendiri, kemudian kerelaanmu atas hal itu sepenuh lahir dan batin, dan kemudian engkau mengetahui kelemahanmu dalam cintamu kepada-Nya.
• ‘Abd Allâh Ibn al-Mubarak
Barang siapa diberi sebagian dari cinta dan ia tidak diberi rasa kagum dengan jumlah yang sama, maka ia telah tertipu.
• Yahya Ibn al-Mu`adz al-Razi berkata:
Cinta seberat atom lebih aku sukai daripada tujuh puluh tahun ibadah tanpa cinta.

• Abu Bakrah al-Qaththani berkata:
Pada musim haji terjadi diskusi tentang cinta di kota Mekah dan para syekh berbicara tentang hal itu. Junaid adalah yang termuda usianya di antara mereka. Mereka berkata kepada Junaid, “Katakanlah apa yang engkau miliki, wahai orang Irak.” Ia menundukkan kepalanya penuh hormat dan kedua matanya penuh airmata, kemudian berkata, “Seorang hamba meninggalkan dirinya sendiri, tak putus mengingat Tuhannya, terus-menerus memenuhi tugas-tugasnya, memandang kepada-Nya dengan hatinya, hati yang terbakar oleh cahaya Keagungan-Nya, dan minumannya begitu jernih dari gelas cinta-Nya. Apabila ia berkata, itu karena Allah dan apabila ia berucap itu dari Allah, apabila ia berpindah itu karena perintah dari Allah dan apabila ia diam ia bersama Allah. Ia oleh Allah, ia untuk Allah dan ia bersama Allah (fa huwa billâhi wa lillâhi wa ma`allâhi).” Para syekh itu lantas menangis keras dan berkata, “Tidak ada lagi cinta di atas itu, semogalah Allah menguatkanmu, wahai Mahkota para Pengenal (Tâj al-`ârifîn–penj.)!”


• Junaid juga mengatakan:
Orang yang mengenal Allah tidaklah dianggap sebagai orang yang mengenal sampai ia menjadi seperti tanah; sama saja baginya apakah orang baik atau orang jahat yang menginjak-nginjaknya; atau seperti hujan, ia memberi tanpa membeda-bedakan, baik kepada mereka yang ia sukai atau pun tidak ia sukai.

• Sumnun mengatakan:
Para pecinta Allah memperoleh kemuliaan di dunia dan di akhirat. Nabi saw bersabda, “Manusia itu bersama orang yang dicintainya,” Mereka bersama Allah baik selagi di dunia atau pun di akhirat.

• Yahya Ibn Muadz juga mengatakan:
Bukanlah orang yang benar seseorang yang menganggap diri mencintai-Nya seraya melanggar larangan-larangan-Nya.

• Ia juga mengatakan:
Orang yang mengenal Allah akan meninggalkan kehidupan duniawi ini dan ia tidak pernah merasa cukup dengan dua hal: menangisi dirinya sendiri, dan menangisi kerinduannya kepada Tuhannya.

• Penempuh jalan penyucian diri lainnya mengatakan:
Pengenal Allah tidaklah dikatakan pengenal sehingga apabila kekayaan Sulaiman diberikan kepadanya, kekayaan itu tidak akan sekejappun membuatnya sibuk dengan selain Allah.

: Dari berbagai Sumber