Rabu, Januari 23

الســـــــلام عليك يا حبيب الله


بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة





"Sejahteralah jasad Baginda setelah melalui hari-hari nya yang memenatkan serta meletihkan disebabkan kita... Sejahteralah jasad Baginda dapat berehat setelah perut nya yang diikat dengan batu kerana kelaparan disebabkan kita... Sejahteralah jasad yang pernah dilemparkan dengan batu sehingga melukakan nya disebabkan kita...


Sejahteralah jasad yang pernah dipatahkan geraham nya disebabkan kita... Sejahteralah jasad yang pernah dilukakan dahi nya dan mengalirlah darah nya lalu Baginda menahan nya dengan tangan nya untuk menjaga darah yang bersih itu dari terjatuh ke tanah sebagai Rahmat bagi mereka dan kita dari Kemurkaan ALLAH... Sejahteralah jasad yang pernah dimasuki sesuatu ke dalam daging pipi nya disebabkan kita....


Sejahteralah jasad yang mana kaki nya bengkak disebabkan pengabdian nya pada ALLAH serta da`wah untuk kita... Sejahteralah jasad yang memikul kesukaran, keletihan, kesakitan dan kelaparan disebabkan kita...."



اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور




Gambar : Akhina fiLlah
Kalimah : Habibana `Ali Zain al-`Abideen ibn `Abd al-Rahman al-Jifri حفظه الله تعالى
Selawat di bahagian atas : Riwayat dari Ruwayfi` ibn Tsabit al-Anshari رضي الله تعالى عنه
Selawat di bahagian bawah : Riwayat dari al-Imam al-Fakihani رضي الله تعالى عنه



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Hamdan wa as-Syukru liLlah...




Dengan Asma` ALLAH dan segala Puji Bagi ALLAH,
Ya ALLAH, limpahkanlah Selawat keatas Junjungan kami
Nabi Muhammad (ShalALLAHu`alaihiwasalam);
Selawat yang dengan keberkahan nya
Engkau lepaskan kami dari segala huru-hara dan bala bencana;
Selawat yang dengan keberkahan nya
Engkau tunaikan bagi kami segala hajat;
Selawat yang dengan keberkahan nya
Engkau sucikan kami dari segala kesalahan;
Selawat yang dengan keberkahan nya
Engkau tinggikan kedudukan kami di sisiMU;
Selawat yang dengan keberkahan nya
Engkau sampaikan segala matlamat kami
dari sekalian kebajikan dalam hidup ini dan selepas kematian;
Limpahkanlah juga Selawat ke atas ahli Keluarga
dan para Sahabat Baginda (ShalALLAHu`alaihiwasalam)
dengan disertai Salam Sejahtera.

- Selawat Munjiyyah.



As-Salamu`alaikum wa RahmatuLlahi wa Barakatuh,
Salam penghulu segala hari, moga disetiap denyutan nadi serta degupan jantung antum senantiasa berada dalam peliharaan, kasih sayang serta keredhaanNYA, ALLAH Jalla Jalaluh.


Hamdan wa asy-Syukru liLlah, kerna ana melihat ramai para pencinta RasuliLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam yang telah mengambil inisiatif untuk menghidupkan majlis Maulidin Nabi ShalALLAHu`alaihiwasalam di dalam bulan yang mulia penuh dengan rahmat dan barakah ini.

AstaghfiruLlah, mutakhir ini wujud suara dan perbuatan sumbang dari pihak musuh yang sengaja ingin memecah-belahkan ummat dengan menfitnah, menghina serta mencemuh Junjungan kita Baginda ShalALLAHu`alaihiwasalam, KitabuLlah serta Agama Islam yang mulia ini.


Semakin mereka menghina, maka semakin besarlah kemurkaan ALLAH `Azzawajalla, dan semakin besarlah bantuan ALLAH `Azzawajalla untuk gerakan kebangkitan menjadikan Sayyidina Muhammad ShalALLAHu`alaihiwasalam sebagai Idola sekaligus terpancarlah sinar cahaya kebenaran serta kemuliaan Agama Islam yang syumul ini. ALLAHu akbar...!


Insya`ALLAH wa bi izniLlah, ayuh kita ratakan shaf dan bangkit..! Moga perjuangan dan kecintaan kita kepada Agama serta Baginda ShalALLAHu`alaihiwasalam ini berterusan sehingga nafas kita yang terakhir dengan kita mentaati segala perintahNYA, menjauhi segala laranganNYA, mencontohi serta mengaplikasikan sebaik dan sebanyak mungkin sunnah nya Baginda ShalALLAHu`alaihiwasalam didalam setiap aspek kehidupan kita.


Akhirul kalam, ana sertakan disini, insya`ALLAH, beberapa rakaman, untuk kita manfaatkan bersama. Kepada mereka yang telah menjayakan nya secara langsung mahupun tidak, semoga ALLAH `Azzawajalla membalas nya dengan sebaik-baik ganjaran, zahir dan batin, dunia dan akhirat. ALLAHumma amiin.

Di Masjidil Falah
(ihsan dari Masjidil Falah) :

Bersama al-Fadhil Ustaz Nazirudin Md Nasir, Ustaz Md Tarmizi Abd Wahid,
dengan Ustaz Md Yusri Yubhi Md Yusoff didalam bahasa Inggeris.
- Paparan diSini , Muat-Turun diSini


Di Masjidil Iman : *
- Azan Solat Maghrib (rakaman bonus),
- Bersama al-Habib Dr Ahmad al-Kaff
dengan al-Fadhil Ustaz Fahrurazi Kiayi Kassim
,


Di Masjidil Istighfar
(ihsan dari Masjidil Istighfar) :

- Bersama al-Habib Dr Ahmad al-Kaff
dengan al-Fadhil Kiayi Aa Gym
,


Di Masjidil Khair : *
- Azan Solat Isya`(rakaman bonus),
- Bersama para pelapis Imamal Masjidil Khair,
- Bersama al-Fadhil Kiyai Thoha Yusuf Zakariya,


Di Monas, Jakarta, Indonesia
(ihsan dari Majelis RasuluLlah) :

Bersama al-Habib Munzir ibn Fuad Almusawa
dengan para Habaib serta alim Ulama`,
- Paparan diSini , Muat-Turun diSini


Di Singapore Expo hall 5 : *
- Bersama al-Fadhil Ustaz Fahrurazi Kiayi Kassim,


Di Singapore Expo hall 7 : *
- Bersama Shohibul Fadhilah al-Habib Hasan al-`Attas,
- Bersama al-Fadhil Ustaz Fahrurazi Kiayi Kassim
dengan ustaz Noor Mohd
,
- Bersama al-Fadhil Ustaz Hassan Saifoulrizal,
- Bersama al-Fadhilah Ustazah Siti Norba`yah, RahimahkumuLlah.


* Harap maaf diatas rakaman audio yang kurang memuaskan.





"Maka telah ku Isyaratkan untuk menyifatkan
Budi Pekerti (Beliau ShalALLAHu`alaihiwasalam)
yang menghidupkan dan mengguncang luruhkan kegundahan,


Dan ALLAH Telah Memuji nya maka apalah erti nya pujian kita
dan bagaimana (pujian kita ini) dinamakan pujian,


Akan tetapi cinta kasih dalam sanubari telah menuntut
untuk memuji hamba Pilihan Pencipta kita
yang telah menyeru kita dengan Kelembutan,


Maka setelah kita berpadu dengan cinta
dan kasih sayang (terhadap Nabi ShalALLAHu`alaihiwasalam)
maka disinilah kita mengangkat kedua tangan kita yang hina-dina
untuk berdoa dengan penuh pengharapan,


Kepada Tuhan Yang Maha Tunggal dalam keESAanNYA,
serta Maha Mulia dengan mengambil perantara
pada yang telah menyeru kita kepadaNYA,


HambaNYA yang Terpilih, KekasihNYA serta HambaNYA
yang terkemuka dan sebaik-baik Ciptaan di Alam Semesta
yang dengan nya (ShalALLAHu`alaihiwasalam)
ALLAH telah menciptakan kita,


Wahai Tuhan kami, Wahai Tuhan Kami, Wahai Tuhan kami,
Demi Nabi yang Terpilih terimalah kami dan kabulkanlah doa kami,


Hanya Engkaulah harapan kami, hanya Engkaulah harapan kami,
Wahai satu-satu nya Tempat Memohon
dan harapan di dunia dan di akhirat kami,


Perbaikilah keadaan kami dan ampunilah dosa-dosa kami
dan janganlah Engkau murkai kami apabila kami berbuat kesalahan,


Dan jadikanlah kami selalu berjalan pada ajaran
Nabi Thaahaa (ShalALLAHu`alaihiwasalam) yang Terpilih
dan kuatkanlah serta tetapkanlah langkah-langkah kami
pada jalan yang telah dilalui oleh Sang Kekasih,


Dan Perlihatkanlah kami Demi Anugerah dariMU,
Wajah NabiMU dalam Gemilang nya Kegembiraan
dengan Pandangan Kasih Sayang
serta Keredhaan yang selalu menaungi kami,


Dan ikatlah kami selalu
dengan Beliau (ShalALLAHu`alaihiwasalam)
dalam segala gerak-geri kami, dan juga orang-orang
yang mengikuti kami dan mencintai kami,


Demikian pula orang-orang yang beramal shalih
dan orang-orang yang mendengar da`wah kami,
orang yang kami berhutang budi pada mereka
dan orang-orang yang memohon nasihat dari kami,


Juga atas para hadirin dan penyelenggara, maka Wahai ALLAH,
inilah kami di hadapanMU dan Engkau Melihat Kami,


Dan bahwasa nya kami mengharapkanMU,
maka kabulkanlah permohonan kami dan dengarlah demi kemurahanMU,
Doa kami wahai Yang Maha Mendengar,


Dan pilihlah Kami sebagai Penolong Sunnah Thaahaa
(ShalALLAHu`alaihiwasalam) di seluruh pelusuk bumi,
dan hancurkanlah semua yang memusuhi kami,


Dan Pandanglah Kami dengan Kasih SayangMU
dan berilah kami minuman dari cangkir-cangkir
(Mahabbah Rasul ShalALLAHu`alaihiwasalam)
dan sembuhkanlah penyakit yang ada pada kami dengan segera,


Dan kabulkanlah segala hajat kami
dan akhirilah hidup kami dengan kebaikan
dan jadikanlah kebaikan pula di hari kemudian,


Wahai ALLAH kumpulkanlah kami bersama Kekasih-Kekasih Kami
di syurga FirdausMU, wahai yang hanya kepadaNYA harapan kami,


Demi Hamba (ShalALLAHu`alaihiwasalam)
yang Terpilih yang limpahan Selawat
selalu atas nya dan atas keluarga serta keturunan nya
sebanyak hembusan angin di pagi hari,


Maha Suci Tuhanmu Pencipta Yang Maha Memiliki Kekuasaan,
dari apa yang mereka sifatkan,


Dan Salam Sejahtera atas Para Rasul,
Dan Segala Puji Bagi ALLAH Pencipta Seluruh Alam..."
- Sedutan munajat dari Maulid Addhiya`Ullami nukilan indah
al-`Allamah as-Sayyid al-Habib Umar ibn Hafiz HafizahuLlah.



Amiin ALLAHumma amiin.
ALLAHu a`lam bisawab.



ya Dzaljalali wal Ikram




Terjemahan :


Ya ALLAH ! Yang Maha Agung dan Maha Pemurah

Matikanlah kami dalam agama Islam



Wahai yang Maha Mengetahui akan rahsia kami

Janganlah Engkau tanggalkan hijab daripada kami

Berilah kami ‘Afiyah, dan maafkanlah kami

Bantulah kami dimana saja kami berada



Wahai Yang Maha Pemurah! Berilah kami kurnia-MU

Kebaikan hanya datang dari-MU dan disisi-MU

Melebihi apa yang di harapkan hamba-MU

Maka berilah bantuan dengan rahmat-MU dengan segera



Wahai ALLAH yang Maha Esa

Hamba-MU berhajat di pintu kemurahan-MU

Menghadap-MU dengan penuh kesal

Serta insaf setelah tersilap



Wahai Pencipta seluruh makhluk !

Yang memberi keluasan pada mereka dalam kebaikan

Hamba memohon pada-MU agar menutup untuk hamba

Atas segala keburukan dan kesilapan



Wahai Yang Maha melihat kepada rahsia hatiku

Cukuplah bagiku pengetahuan-MU atasnya

Maka hapuslah dosaku dengan maaf-MU

Luruskanlah niat dan perbuatanku



Ya ALLAH! Kepada-MU aku berpegang

Kepada-MU juga aku bersandar

Dengan sungguh-sungguh, dan puncak tujuanku

Adalah keredhaan-MU selalu



Wahai ALLAH! Sesungguhnya hamba

Mohon maaf segala dosa

Semoga sangkaanku tidak akan hampa



Wahai ALLAH Yang Maha Kaya

Hamba mengadu serta menangis

Kerana banyaknya dosa diri dan dusta

Jahat perbuatan, kurang amalan

Banyak mengumpat, banyak mengata



Ya ALLAH ! Hamba-MU berdiri di pintu-MU

Kerana takut akan pedihnya seksa-MU

Ia (hamba-MU) mengharap akan pahala-MU

Sungguh curahan rahmat-MU sangat deras

Hamba mengharap pertolongan dari-MU wahai Tuhanku!

Untuk mengubat karat kotor hatiku

Serta hapuskan penderitaanku

Maka pandanglah (Wahai ALLAH) penderitaan ini nescaya terhindar



Wahai ALLAH! Engkau adalah penolongku

Berilah hamba segala yang baik

Jadikanlah Syurga tempat tinggalku

Tetapkanlah iman di akhir hayat



Ya ALLAH ! Ya ALLAH !

Ya ALLAH ! Kurniakanlah husnul khatimah



Nukilan Indah :
al-Imam AbduLlah bin Alawi al-Haddad RahimahuLlah.


:: muat-turun mp3 - disini ::

ALLAHu a`lam bisawab.

qasidah Waqtissahar


وَقْتِ السَّحَرْ
Waktu Larut Malam



وَقْتِ السَّحَرْ بِهْ يَطِيْب الْحَالْ لاَهْلِ الصَّفَا

Waktu larut malam adalah saat termuliakannya
keadaan orang-orang suci,

وَبِهْ يَجُوْدُ الْعَلِي بِالْفَضْلِ لأَهْلِ الْوَفَا

Dan pada waktu itu pula semakin pemurah Sang Maha Mulia
dengan anugerah untuk mereka yang menepati janji
untuk mengunjungi NYA (shalat malam),

كَمْ مِنْ سَقِيْمٍ بِهَذَا الْوَقْتِ نَالَ الشِّفَا

Berapa banyak orang-orang yang dimurkai
dan ditimpa musibah yang diwaktu larut malam itu
(mereka bermunajat pada NYA) maka mereka mendapatkan
kesejukan dan pencabutan atas musibahnya,

وَكَمْ بِهِ اِتَّصَلْ مِنْ عَبْدٍ بِالْمُصْطَفَى

Dan berapa banyak pula para hamba yang termuliakan
dengan terhubung hatinya
dengan sang Nabi (ShalALLAHu`alaihiwasalam),

وَقَابَلَتْهُ الْمَوِاهِبْ ظَاهِرًا وَالْخَفَا

Dan ia disambut dengan anugerah-anugerah
yang terlihat dan yang tersembunyi
(permasalahan dunia dan akhiratnya),

وَنَازَلَتْهُ لَطَائِفْ خَيْرِ مَنْ لَطَفَا

Dan turunlah untuknya kasih sayang dan kelembutan-kelembutan
dari yang sangat Indah kelembutan NYA.

عَنِ الْمَسَاوِي وَكُلِّ الذَّنْبِ فَضْلاً عَفَى

Dari kehinaan-kehinaan dan setiap dosa,
anugerah maaf NYA pun melimpah,

وَبَارِقِ الْفَضْلِ وَاْلإِ حْسَانِ لُهْ رَفْرَفَا

Dan pijaran cahaya kemuliaan
dan keluhuran untuknya terus bercahaya indah,

وَحَسْبُهُ جُوْدُ مَوْلاَنَا الْعَلِي وَكَفَى

Dan cukuplah kedermawanan Tuhan kita Yang Maha Tinggi
dan Maha Mencukupi segenap hamba NYA,

وَهَاهُنَا الْقَوْلَ يَا أهْلَ الْفَهُمْ قَدْ وَقَفَا

Dan sampai disinilah wahai yang Memahami,
terhenti ucapan dan kata-kata...

مَنْ ذَايُعَبِّرْ عَنِ الْغَوْثِ إِذَا وَكَفَا

Siapakah pula yang mampu menggambarkan
kemegahan curahan hujan rahmat NYA bila sedang melimpah...,

ياَرَبِّ زِدْنَا عَطَايَا يَارَبِّ زِدْ تُحَفَا

Wahai Tuhan tambahkan bagi kami pemberian-pemberian,
wahai Tuhan kami tambahkanlah sesuatu yang berharga,

وَاعْطِفْ عَلَيْنَا فَإِنَّكَ خَيْرَ مَنْ عَطَفَا

Dan berlemah-lembutlah pada kami,
sungguh Engkau sebaik-baik yang berlemah-lembut,

وَاعْلِي لَنَا فِي رِحَابِ الْعِزّ ِبِكْ غُرَفَا

Dan limpahkanlah kemuliaan bagi kami
dengan sambutan kemegahan kamar-kamar istana MU,

وَصَلِّ دَأْبًا عَلَى أحْمَدُ وَالِهَ الشُّرَفَا

Dan limpahkanlah shalawat selalu atas Nabi Muhammad
dan keluarganya yang mulia,

وَالصَّحْبِ أَهْلِ الْهُدَى وَمَنْ بِهِمْ إِقْتَفَا

Beserta para sahabatnya dan para pembawa petunjuk
dan semua yang mengikuti jejak mereka,

وَالْحَمْدُ اللهِ رَبِّي حَسْبُنَا وَكَفَى

Dan segala puji bagi ALLAH Tuhanku,
Yang Maha Melindungi kami dengan kecukupan.


Nukilan Indah:
al-`Allamah al-Habib Umar Bin Hafiz.
:: muat-turun audio disini ::

ALLAHu a`lam bisawab.

Selasa, Januari 22

ya RasulALLAH dan Istiqamah

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
'Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu


Ya RasulALLAH, Ya HabibALLAH
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya RasulALLAH, Ya HabibALLAH
Kami rindu padamu


ALLAHumma sholli `alaa Muhammad
Ya RABBI sholli `alaihi wassalim



Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu


Kutahu cintamu kepada ummat
Ummati ummati
Kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafa`atkan kami


Ya RasulALLAH, Ya HabibALLAH
Terimalah kami sebagai ummatmu
Ya RasulALLAH, Ya HabibALLAH
Kurniakanlah syafa`atmu



* Munsyid : Raihan

ALLAHu a`lam bisawab.


Sebuah hadis Rasulullah ada menyebut bahawa amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah yang kekal walaupun sedikit. Para ulamak juga sentiasa mengingatkan kita peri pentingnya istiqamah dalam setiap amal perbuatan kita. Istiqamah juga terbukti merupakan kunci kepada kejayaan seseorang di dalam amalannya dan peningkatannya dari satu darjat ke satu darjat di sisi Allah. Seorang yang ibadahnya sekejap berkurang sekejap bertambah mana mungkin sama dengan seseorang yang ibadahnya kekal berterusan. Malahan seorang yang istiqamah pasti diberikan kelazatan amalan tersebut oleh Allah Taala, maka akan berusaha menambahkannya lagi.


Seorang khatib di sini, baru-baru ini menceritakan beliau didatangi oleh seorang lelaki yang ingin menghafal Al-Quran secara laju dan sehingga 10 helaian dalam satu hari. Khatib tersebut melarangnya dan menyuruhnya menghafal 5 ayat sahaja dalam sehari. Dia enggan lalu pergi dari khatib tersebut dan ingin menghafal sendirian. Seorang lagi pemuda menghafal lima ayat sehari dan seorang lagi menghafal seayat sehari, tetapi dengan cara istiqamah. Hasilnya, pemuda yang mampu menghafal banyak ayat sehari sehingga hari ini belum mampu menghafal keseluruhan Al-Quran kerana tidak istiqamah dan terpaksa mengulangnya semula setelah terhenti beberapa hari atau minggu. Sedangkan pemuda kedua yang menghafal 5 ayat sehari telah pun menghafal keseluruhan Al-Quran. Inilah perbezaan nyata antara istiqamah dengan tidak.

Guru ana, Al-Habib Omar bin Abdullah As-Syatri selalu mengingatkan kami para pelajarnya supaya istiqamah.


Walau apa jua yang terjadi tidak boleh dijadikan alasan untuk meninggalkan majlis ilmu. Beliau sendiri menunjukkan contoh teladan yang baik dengan istiqamah apabila walaupun sakit pun akan tetap meneruskan pengajian kerana istiqamah. Malahan jika ada saudara mara yang meninggal dunia pada malam pengajian, beliau tidak akan meninggalkan pengajian dan hanya akan berziarah selepas tamat pengajian. Begitulah yang dididik dan ditekankan sentiasa kepada kami.


Ana sendiri ketika mengajar sesetengah pelajaran seperti faraidh akan menekankan perkara ini, dan akan tidak senang jika ada pelajar yang ponteng kelas, walau dengan apa jua alasan.


Namun begitu, syaitan tentu sekali akan berusaha keras untuk menghalang kita dari istiqamah. Begitu jua tuntutan nafsu yang ammarah bissu' akan melemahkan kita dari terus kekal berbuat kebajikan.

Oleh itu kita dituntut supaya sentiasa memohon kepada Allah agar dikurniakan istiqamah dan dibantu dalam berbuatan amalan kebajikan. Kesabaran juga amat diperlukan dalam memastikan diri terus kekal melakukannya. Inilah yang kita namakan sabar dalam melakukan ketaatan.


Antara tips atau nasihat para ulamak dalam mendidik diri untuk istiqamah adalah tidak memberatkan diri dengan apa yang tidak termampu. Selain itu mulakan amalan kita dengan berbuat perkara yang mudah dahulu, dan setelah pasti akan istiqamah dan mendapat kelazatannya, barulah ditambah sedikit demi sedikit. InsyaAllah kita diberi oleh Allah kemudahahan dalam melaksanakannya. Kita juga boleh membuat jadual dalam masa tersebut, ibadat yang kita ingin istiqamah dan ibadat yang bergantung kepada situasi dengan syarat berniat untuk terus istiqamah. Jadual ibadat yang kekal istiqamah tersebut perlu diwajibkan atau ditekankan ke atas diri seberapa boleh sehingga ia menjadi satu kelazatan pula.


Seorang penuntut ilmu misalnya takkan dapat mencapai kelazatan menuntut ilmu dan rahsia serta hikmah ilmu tersebut tanpa istiqamah. Maka itu dia perlu kekal dalam kelas-kelas pengajian dan mengulangkaji pelajarannya. Jangan dijadikan apa jua alasan untuk kita jauh dari majlis-majlis ilmu yang banyak di tempat kita berada. Selain itu boleh juga dijadikan segala perbuatan kita sebagai satu cara menuntut ilmu dengan malazimi dan mendampingi para ulamak.


Segala perbualan kita nescaya dikira sebagai satu bentuk menuntut ilmu. Maka mudahlah kita untuk terus istiqmah dengannya. Azam yang kuat dan cekal amat perlu dalam menuntut ilmu kerana dugaannya amat banyak sesuai dengan ganjarannya yang begitu besar.


Antara tanggungjawab seorang yang berilmu pula adalah menyampaikan ilmunya juga dengan istiqamah, tak kira di mana berada dan dengan apa jua cara. Seseorang yang boleh berdakwah dengan berkata-kata, maka perlulah selalu kekal dalam berdakwah dengan kata-katanya yang berhikmah dan mengajak kepada kebaikan. Seseorang yang boleh menulis, maka jadikanlah mata penanya (atau keyboardnya) sebagai wasilah dakwahnya. Begitu jua berdakwah dengan akhlak yang semestinya kekal sentiasa dilakukan tak kira apa situasi kita.


Penulisan blog juga adalah satu medium dakwah yang sepatutnya dijadikan satu senjata oleh para daie. Terdapat banyak blog hari ini yang digunakan untuk menyampaikan dakwah (walaupun ada yang menyampaikan dakwah yang tidak betul atau tidak tepat).
Maka itu penulis blog dakwah juga perlu sentiasa kekal istiqamah dalam menyampaikan dakwahnya. Apapun tidak boleh dijadikan alasan untuk kita lalai dari tanggungjawab ini.



Seorang sahabat bertanya kepada ana baru-baru ini apakah rahsia hits yang banyak dalam sebuah blog.


Jawapannya mudah bagi ana, istiqamah. Tanpa istiqamah pengunjung juga takkan berkunjung lagi dan tidak lagi menantikan dakwah kita yang seterusnya. Tetapi dengan istiqamah pengunjung akan sentiasa menantikan bilakah update seterusnya. Maka dakwah kita juga akan mendapat tempat di hati mad'u serta diterima baik. Tentu sekali syarat-syarat asas dalam penulisan kita juga ada iaitu penulisan yang berkualiti (dari segi bahasa dan isinya), dakwah yang betul dan tepat (isi, metodologi, keutamaan, manhaj) dan yang terutama ikhlas kerana Allah.

Semoga Allah memudahkan kita untuk terus istiqamah dalam apa jua amalan baik kita. Amin... - Nukilan indah : Ustaz Aljoofre .